PRK Semenyih: PH hilang satu kerusi kepada BN di DUN Selangor

Pilihanraya Kecil (PRK) untuk kawasan DUN Semenyih yang berlangsung pada 2 Mac 2019, menyaksikan Barisan Nasional (BN) merampas semula satu kerusi DUN Selangor daripada Pakatan Harapan (BN). BN sekarang ini menguasai 5 kerusi dalam DUN Selangor bersama dengan PAS yang ada 1 kerusi, sementara PH masih memegang 50 kerusi. Ini merupakan satu amaran kepada Kerajaan … Continue reading PRK Semenyih: PH hilang satu kerusi kepada BN di DUN Selangor

Pilihan dalam tangan pengundi Semenyih

SEMENYIH, SELANGOR – 1 MAC 2019: “Kami telah melakukan yang sebaik mungkin untuk menampilkan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang berkualiti sebagai pilihan untuk mewakili rakyat dalam Dewan Undangan Negeri Selangor, dan kini terletak dalam tangan pengundi Semenyih untuk menentukan siapa yang bakal dipilih menjadi ADUN Semenyih,” begitu katanya S. Arutchelvan selaku Pengarah Jentera Kempen … Continue reading Pilihan dalam tangan pengundi Semenyih

Isu yang boleh dibangkitkan oleh PSM dalam DUN Selangor

Antara isu-isu yang pernah dibangkitkan oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM) sebelum ini kepada Kerajaan negeri Selangor yang akan terus disuarakan dalam DUN Selangor sekiranya dapat menang dalam PRK Semenyih: 1. Perluaskan demokrasi tempatan dari bawah PSM menuntut pelaksanaan segera Pilihanraya Kerajaan Tempatan. Laksanakan pemilihan secara demokratik untuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan kampung-kampung, kerana ini … Continue reading Isu yang boleh dibangkitkan oleh PSM dalam DUN Selangor

Prestasi calon PSM jauh lebih baik berbanding calon lain dalam PRK Semenyih

Calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk Pilihanraya Kecil (PRK) Semenyih, Nik Aziz Afiq, nampaknya jauh lebih menyerlah dalam pelbagai segi berbanding calon-calon lain, sama ada calon daripada Pakatan Harapan, Basisan Nasional atau calon bebas. Ketika calon-calon daripada parti politik aliran utama yang memerlukan pemimpin kanan yang terkenal ataupun "bintang" politik datang berkempen untuk mereka, malah … Continue reading Prestasi calon PSM jauh lebih baik berbanding calon lain dalam PRK Semenyih

Calon PSM paling menyerlah dalam PRK Semenyih

SEMENYIH, SELANGOR – 23 FEBRUARI 2019: Kempen Pilihanraya Kecil (PRK) kawasan DUN Semenyih sudah berjalan separuh pada hari ini. Jentera Kempen PSM untuk PRK Semenyih telah mengemukakan penilaiannya terhadap perjalanan kempen setakat ini dalam sidang akhbar yang diadakan pada hari ini. Setakat ini, sudah terbukti bahawa calon PSM untuk PRK Semenyih, Nik Aziz Afiq, paling … Continue reading Calon PSM paling menyerlah dalam PRK Semenyih

Mengapa PSM patut dimenangkan di Semenyih?

oleh Arveent Kathirtchelvan Saya agak tertarik dengan artikel yang ditulis oleh Dr Rais Hussin tempoh hari, berkenaan Pilihanraya Kecil Semenyih yang bakal menjelang. Beliau bijak memilih tajuk artikelnya, yang cuba mengalihkan fokus pilihanraya ini kepada sebuah pertandingan satu lawan satu di antara Pakatan Harapan (PH) dengan kontinjen PAS-Barisan Nasional (BN), lalu mengangkatnya sebagai "Hari Penentuan" … Continue reading Mengapa PSM patut dimenangkan di Semenyih?

PSM berprotes bantah tol di Semenyih

SEMENYIH, SELANGOR – 20 FEBRUARI 2019: Pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah mengadakan satu aksi protes pada hari ini untuk menuntut supaya salah satu tol lebuhraya di kawasan Semenyih dimansuhkan bagi meringankan beban rakyat Semenyih. Para peserta protes berhimpun di hadapan plaza tol Semenyih yang terletak di Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS). Mereka memegang plakad yang tertulis … Continue reading PSM berprotes bantah tol di Semenyih

Kenapa calon BN dan PH tak berani berdebat dengan calon PSM?

Setelah sejarah tercipta dalam Pilihanraya Kecil (PRK) kawasan Parlimen Cameron Highlands dengan menyaksikan debat antara calon yang disiarkan  secara langsung di saluran TV perdana untuk kali pertama, PRK kawasan DUN Semenyih nampaknya tidak akan dapat menyambung sejarah ini, sebaliknya melangkah ke belakang, apabila calon-calon daripada dua parti gergasi enggan menyertai debat antara calon pilihanraya yang … Continue reading Kenapa calon BN dan PH tak berani berdebat dengan calon PSM?

Debat calon PRK Semenyih: PSM kecewa dengan calon-calon yang enggan menghormati proses demokrasi

oleh S. Arutchelvan Jentera PSM untuk PRK N24 Semenyih amat kecewa dengan keengganan calon-calon daripada Barisan Nasional dan Pakatan Harapan untuk menyertai debat yang dianjurkan oleh badan bukan kerajaan BERSIH 2.0. Kami melihat sikap sebegini adalah amat bertentangan dengan semangat demokrasi yang terbuka dalam era Malaysia Baru ini. Lebih mendukacitakan adalah apabila calon Pakatan Harapan yang merupakan … Continue reading Debat calon PRK Semenyih: PSM kecewa dengan calon-calon yang enggan menghormati proses demokrasi

Kenali Nik Aziz Afiq – calon PSM untuk PRK Semenyih

Nik Aziz Afiq Bin Haji Abdul, calon yang paling muda dalam Pilihanraya Kecil (PRK) kawasan DUN Semenyih, lahir pada 7 Julai 1994 di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur. Beliau dinamakan sempena Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, mantan Menteri Besar Kelantan selaku pemimpin yang dikagumi oleh ayahnya, Haji Abdul. Ayah Nik Aziz Afiq sendiri … Continue reading Kenali Nik Aziz Afiq – calon PSM untuk PRK Semenyih