c269e044fcf670046eda0ae3cd211be2 - Copy.jpg

SEMENYIH, SELANGOR – 17 FEBRUARI 2019: Selain mengisytiharkan harta pada hari ini, Nik Aziz Afiq, calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk Pilihanraya Kecil (PRK) kawasan DUN Semenyih, turut melafazkan Ikrar Anti-Rasisme di hadapan wartawan-wartawan dan pengundi-pengundi Semenyih.

Nik Aziz mengatakan bahawa diskriminasi perkauman dan politik perkauman bagai satu penyakit kronik yang menghancurkan rakyat Malaysia pada masa kini.

Dalam Ikrar Anti-Rasisme yang dilafazkan oleh Nik Aziz, beliau berjanji sebagai seorang pendukung perjuangan menentang perkauman bahawa:

  1. Tidak akan mempermainkan apa jua isu politik perkauman untuk meraih undi atau sokongan daripada rakyat.
  2. Menjauhi daripada menggunakan apa jua unsur perkauman dalam semua aktiviti kempen pilihanraya, termasuk ceramah, komen, kenyataan akhbar, tulisan media sosial, risalah, sepanduk atau apa-apa bahan kempen yang akan mendiskriminasi atau mewujudkan kebencian terhadap suatu kaum yang lain atau warga migran.
  3. Memastikan bahawa semua aktiviti dan perjuangan PSM adalah berdasarkan kepada kelas masyarakat dan bukannya berdasarkan warna kulit atau kaum. Kumpulan sasar dan perjuangan PSM adalah berdasarkan kaum tertindas tanpa mengira warna kulit.

One thought on “Nik Aziz berikrar tolak politik perkauman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *