100 tahun dahulu, bermula pada 15 Mei 1919, puluhan ribu pekerja di bandar Winnipeg telah menghentikan kerja mereka untuk melancarkan salah satu aksi mogok yang terbesar dalam sejarah Kanada dan Amerika Utara. Selama 6 minggu dari pertengahan bulan Mei hingga penghujung bulan Jun 1919, Winnipeg menjadi tumpuan dan pusat kebangkitan kelas pekerja yang menggegarkan kelas … Continue reading Mogok Umum Winnipeg 1919
13 Mei dan politik perkauman
13 Mei 1969 ialah titik hitam dalam sejarah negara kita. Pada 50 tahun dahulu, selepas Parti Perikatan yang diterajui oleh UMNO gagal memperoleh majoriti 2/3 dalam Dewan Rakyat berikutan Pilihanraya Umum ke-3 pada 10 Mei 1969, tercetusnya satu rusuhan kaum yang meragut nyawa ramai orang pada 13 Mei 1969 dan Darurat diisytihar. Peristiwa tersebut telah … Continue reading 13 Mei dan politik perkauman
5 hari pertama bulan Mei
oleh S. Arutchelvan 1 Mei ialah Hari Pekerja Sedunia. Ia menjadi hari untuk menyambut kemenangan perjuangan kaum pekerja menuntut kerja 8 jam sehari yang dimulakan sejak tahun 1886. Kejayaan ini terutamanya berlaku di Amerika Syarikat dan Eropah di mana benua tersebut melalui Revolusi Industri pada masa itu. Di Malaysia pula, dua orang pemimpin agung kesatuan … Continue reading 5 hari pertama bulan Mei
Memperingati S.A. Ganapathy – pejuang pekerja yang ditakuti penjajah
(Hari ini dalam sejarah) 70 tahun dahulu, pada 4 Mei 1949, S. A. Ganapathy, seorang pemimpin gerakan pekerja yang unggul pada masa itu, telah dihukum mati oleh penjajah British. Ketika S. A. Ganapathy dihukum mati, beliau hanya berusia 32 tahun. S. A. Ganapathy lahir di Tamil Nadu, India, pada tahun 1917. Beliau datang ke Singapura … Continue reading Memperingati S.A. Ganapathy – pejuang pekerja yang ditakuti penjajah
Gerakan 4 Mei: Pembaharuan budaya untuk pembebasan
Tahun 2019 menandakan ulangtahun ke-100 Gerakan 4 Mei di China. Gerakan 4 Mei yang muncul sebagai satu gerakan budaya dan politik pembaharuan yang anti-imperialis, menyaksikan percambahan pemikiran pelbagai aliran dalam usaha mencari jalan untuk pembebasan nasional. Gerakan ini tercetus daripada kebangkitan semangat nasionalis yang hebat selepas tamatnya Perang Dunia I. Gerakan 4 Mei merupakan sebahagian … Continue reading Gerakan 4 Mei: Pembaharuan budaya untuk pembebasan
Memperingati P. Veerasenan – wira gerakan pekerja Malaya
(Hari ini dalam sejarah) 70 tahun dahulu, pada 3 Mei 1949, P. Veerasenan, seorang tokoh gerakan pekerja yang hebat pada masa itu, telah ditembak mati oleh penjajah British di Jelebu, Negeri Sembilan. Beliau dikatakan baru berusia 22 tahun ketika terkorban dalam tangan penjajah. P. Veerasenan bergiat aktif sebagai penggerak kesatuan sekerja di Malaya pada pertengahan … Continue reading Memperingati P. Veerasenan – wira gerakan pekerja Malaya
30 April: Hari Penubuhan PSM
Hari ini, 30 April 2019, menandakan ulangtahun ke-21 penubuhan Parti Sosialis Malaysia (PSM). 30 April 1998 menandakan hari lahirnya Parti Sosialis Malaysia (PSM) apabila pendaftaran untuk PSM dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada hari itu. PSM telah mengambil masa 10 tahun untuk berjuang mendapatkan pendaftarannya. PSM merupakan sebuah parti politik yang lahir daripada perjuangan … Continue reading 30 April: Hari Penubuhan PSM
Hari Peringatan Pekerja: Berkabung untuk yang mati, berjuang untuk yang hidup
28 April setiap tahun ialah Hari Peringatan Pekerja Antarabangsa, ataupun juga dikenali sebagai Hari Peringatan Antarabangsa untuk Yang Mati dan Yang Cedera. Hari ini didedikasikan untuk memperingati pekerja-pekerja yang mati, cedera, hilang upaya ataupun jatuh sakit kerana kerja mereka. Setiap tahun, orang yang mati di tempat kerja lebih ramai berbanding mereka yang mati dalam peperangan. … Continue reading Hari Peringatan Pekerja: Berkabung untuk yang mati, berjuang untuk yang hidup
Hari Pekerja Sedunia 1 Mei: Bukan sekadar hari cuti umum
(Rencana khas Hari Pekerja Sedunia 2019) 1 Mei setiap tahun ialah Hari Pekerja Antarabangsa. Di negara kita, Hari Pekerja merupakan hari kelepasan am ataupun cuti umum untuk semua pekerja. Namun, sambutan Hari Pekerja ini bukannya semata-mata satu hari untuk cuti umum ataupun sekadar “menghargai” sumbangan dan pengorbanan pekerja kepada pembangunan negara, malah Hari Pekerja merupakan … Continue reading Hari Pekerja Sedunia 1 Mei: Bukan sekadar hari cuti umum
Adakah perjuangan kelas masih relevan hari ini?
Perjuangan kelas merupakan penggerak sejarah masyarakat manusia. Perjuangan kelas telah membawa perubahan kepada masyarakat kita dalam pelbagai aspek.