20190504 - SA_Ganapathy.jpg(Hari ini dalam sejarah)

70 tahun dahulu, pada 4 Mei 1949, S. A. Ganapathy, seorang pemimpin gerakan pekerja yang unggul pada masa itu, telah dihukum mati oleh penjajah British. Ketika S. A. Ganapathy dihukum mati, beliau hanya berusia 32 tahun.

S. A. Ganapathy lahir di Tamil Nadu, India, pada tahun 1917. Beliau datang ke Singapura pada tahun 1929. S. A. Ganapathy menyertai Parti Komunis Malaya (PKM) pada tahun 1939. Pada tahun 1943-1949, beliau pernah menjadi pengajar dalam Tentera Nasional India (INA) yang memperjuangkan kemerdekaan India daripada penjajahan British. Selepas tamatnya Perang Dunia II, S. A. Ganapathy bergiat aktif semula dalam PKM dengan melakukan kerja-kerja organisasi untuk kesatuan sekerja.

S. A. Ganapathy dilantik sebagai Presiden Pan Malayan Federation of Trade Unions (PMFTU). PMFTU merupakan gabungan kesatuan sekerja yang paling kuat di Malaya pada masa itu, dan mengambil pendirian tegas dalam menentang penjajah British untuk kemerdekaan Malaya yang sepenuh.

S. A. Ganapathy pernah menyertai Persidangan Hubungan Asia yang diadakan di New Delhi, India, pada 25 Mac hingga 2 April 1947, selaku wakil PMFTU dari Malaya. Antara perwakilan lain dari Malaya yang menghadiri persidangan tersebut ialah Abdullah CD dan Dr. Burhannuddin al-Helmy (Parti Kebangsaan Melayu Malaya, PKMM).

Penjajah British mengisytihar Darurat pada bulan Jun 1948, dan mengharamkan segala aktiviti kesatuan sekerja yang anti-penjajah ketika itu. Ramai aktivis politik dan anggota kesatuan sekerja ditahan semasa Darurat. S. A. Ganapathy terpaksa menyembunyikan diri selepas pengisytiharan Darurat.

Pada 1 Mac 1949, S. A. Ganapathy ditangkap oleh mata-mata khas yang berkhidmat untuk pihak British di sebuah ladang getah di Rawang Selangor. Pada 15 Mac 1949, S. A. Ganapathy dijatuhkan hukuman mati atas pertuduhan memiliki senjata api. Rayuan kes S. A. Ganapathy di Mahkamah Agung ditolak pada 1 April 1949. Pada 4 Mei 1949, S. A. Ganapathy digantung mati oleh penjajah British.

Dari penangkapan sehingga pelaksanaan hukuman mati hanya mengambil tempoh masa 2 bulan, menunjukkan penjajah British begitu takut pada S. A. Ganapathy sehingga perlu membunuhnya dengan serta-merta. Sehari sebelum pelaksanaan hukuman mati S. A. Ganapathy, iaitu 3 Mei 1949, seorang lagi pemimpin gerakan pekerja, P. Veerasenan, penggantinya sebagai Presiden PMFTU, telah ditembak mati oleh penjajah British.

S. A. Ganapathy ialah seorang pejuang gerakan pekerja yang mendedikasikan hidupnya kepada usaha memperbaiki kehidupan kelas pekerja dan menuntut kemerdekaan Malaya sepenuhnya daripada penjajah British. PMFTU di bawah pimpinan S. A. Ganapathy telah membentuk gabungan bersama dengan PUTERA-AMCJA untuk memperjuangkan perlembagaan yang demokratik untuk Malaya, sebagai perlindungan asas untuk merealisasikan kesejahteraan untuk rakyat biasa.

Kisah dan semangat perjuangan pemimpin gerakan pekerja yang mengorbankan nyawa mereka untuk kepentingan rakyat terbanyak, seperti S. A. Ganapathy, tidak patut kita lupakan.

2 thoughts on “Memperingati S.A. Ganapathy – pejuang pekerja yang ditakuti penjajah

  1. S. A. Ganapathy lahir di Tamil Nadu, India, pada tahun 1917.
    Pada 1 Mac 1919, S. A. Ganapathy ditangkap oleh mata-mata khas yang berkhidmat untuk pihak British di sebuah ladang getah di Rawang Selangor. Pada 15 Mac 1919, S. A. Ganapathy dijatuhkan hukuman mati atas pertuduhan memiliki senjata api.
    Betulkan kesilapan ini.

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s