Pekerja migran yang ditahan di Sabah alami pencabulan hak asasi secara sistematik

Pekerja-pekerja migran yang ditahan dan dihantar pulang ke negara asal mereka dari Malaysia, telah mengalami pencabulan hak asasi manusia secara sistematik. Ini bukannya perkara yang baharu, tetapi terus didedahkan, termasuk dalam laporan pencarian fakta mengenai keadaan migran Indonesia yang dihantar pulang dari negeri Sabah ke Indonesia yang diterbitkan baru-baru ini oleh Koalisi Buruh Migran Berdaulat … Continue reading Pekerja migran yang ditahan di Sabah alami pencabulan hak asasi secara sistematik

Ini masanya untuk beri perhatian kepada Sabah

oleh Gandipan Nantha Gopalan Pemuda Sosialis menggesa Kerajaan Malaysia untuk segera memberi perhatian kepada negeri Sabah yang semakin mengalami kesulitan akibat wabak COVID-19. Pemuda Sosialis menggesa kerajaan untuk mengambil tindakan seperti berikut: 1. Kerajaan perlu mempercepatkan proses memberi dana kepada negeri Sabah supaya dapat mengendalikan situasi COVID-19 di Sabah. Merujuk kepada laporan Persatuan Perubatan Malaysia, … Continue reading Ini masanya untuk beri perhatian kepada Sabah

Pilihanraya Negeri Sabah: WARISAN hilang kuasa

Pilihanraya Negeri Sabah telah diadakan pada 26 September 2020. Gabungan WARISAN Plus yang dipimpin oleh penyandang jawatan Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal terkandas dan kehilangan kuasa pentadbiran di Negeri Di Bawah Bayu kepada Barisan Rakyat Sabah yang terdiri daripada Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), dan Parti Bersatu Sabah (PBS). Seramai 749,083 orang atau 66.61% … Continue reading Pilihanraya Negeri Sabah: WARISAN hilang kuasa

Pilihanraya Negeri Sabah: Bolehkah krisis politik diselesaikan?

Pada ketika Kerajaan Persekutuan nampaknya penuh dengan ketidakpastian dan terdapat banyak anggapan bahawa Parlimen Persekutuan mungkin akan dibubarkan bila-bila masa, negeri Sabah telah mendahuluinya dengan Pilihanraya Negeri yang lebih awal, selepas Negeri di Bawah Bayu ini dilanda krisis politik yang melibatkan cubaan rampasan kuasa oleh Perikatan Nasional (PN) untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri pimpinan Shafie Apdal. … Continue reading Pilihanraya Negeri Sabah: Bolehkah krisis politik diselesaikan?

Tahanan migran di Sabah “dilayan seperti binatang”

Keadaan pekerja migran tanpa dokumen yang berada di pusat tahanan imigresen di Sabah yang dilayan secara tidak berperikemanusiaan, telah didedahkan baru-baru ini dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Koalisi Buruh Migran Berdaulat dan Komisi Hak Asasi Manusia (Komnas HAM) Indonesia dalam satu sidang akhbar pada 5 Ogos 2020. Komnas HAM, iaitu suruhanjaya hak asasi … Continue reading Tahanan migran di Sabah “dilayan seperti binatang”

Ada apa dengan Perjanjian Malaysia?

16 September setiap tahun ialah Hari Malaysia, iaitu hari untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Tahukah anda bahawa Malaysia dibentuk berasaskan Perjanjian Malaysia? Tahukah anda pula bahawa Perjanjian Malaysia tidak ditandatangani di mana-mana tempat di Malaysia, sebaliknya di London, ibu negara United Kingdom? Kemerdekaan negara-negara yang dijajah dan proses penyahjajahan merupakan satu trend … Continue reading Ada apa dengan Perjanjian Malaysia?