Myanmar: Rakyat tidak berdiam diri dengan kudeta tentera

(foto oleh Ye Aung Thu / AFP / Getty Images) Puluhan ribu rakyat turun berprotes di jalanan Yangon, bandaraya terbesar Myanmar, dua hari berturut-turut pada 6-7 Februari 2021 untuk menyatakan bantahan terhadap kudeta tentera baru-baru ini, walaupun Kerajaan Tentera Myanmar menyekat rangkaian internet untuk memadamkan suara bantahan. Tatmadaw, Angkatan Tentera Myanmar yang dipimpin oleh Jeneral … Continue reading Myanmar: Rakyat tidak berdiam diri dengan kudeta tentera

Peru: Rakyat bangkit jatuhkan rejim kudeta 5-hari

Gelombang protes rakyat yang hebat melanda Peru berikutan pemecatan Martín Vizcarra sebagai Presiden negara itu pada 9 November 2020 yang dianggap sebagai “kudeta parlimen” oleh ramai orang. Manuel Merino yang mengambilalih kuasa sebagai Presiden dan membentuk kerajaan berhaluan pelampau kanan dengan sokongan daripada laksamana-laksamasa Tentera Laut Peru, hanya bertahan selama 5 hari! Walaupun Martín Vizcarra … Continue reading Peru: Rakyat bangkit jatuhkan rejim kudeta 5-hari

Venezuela: Cubaan kudeta tentera gagal, ancaman masih berterusan

Puak berhaluan kanan di Venezuela melancarkan satu kudeta tentera pada 30 April 2019, sebagai usaha terbaru mereka untuk menjatuhkan Kerajaan Bolivar pimpinan Nicolás Maduro, tetapi nampaknya gagal mencapai matlamat pada ketika ini. Pada 30 April 2019,  Juan Guaidó, pemimpin puak berhaluan kanan yang menggelar dirinya sebagai “Presiden Sementara” telah menyeru anggota tentera di Venezuela untuk … Continue reading Venezuela: Cubaan kudeta tentera gagal, ancaman masih berterusan

Sudan: Kuasa rakyat jatuhkan diktator

Setelah gelombang protes yang hebat tercetus di negara Sudan untuk beberapa bulan kebelakangan ini, Omar al-Bashir, Presiden Sudan yang berkuasa untuk hampir 30 tahun, telah dijatuhkan pada 11 April 2019. Ini merupakan kemenangan kedua perjuangan rakyat baru-baru ini dalam tempoh 10 hari yang lepas, setelah kejatuhan rejim diktator di Algeria, hasil daripada mobilisasi massa yang … Continue reading Sudan: Kuasa rakyat jatuhkan diktator

Venezuela: Imperialis AS iktiraf Presiden haram

  Kerajaan Amerika Syarikat (AS) pimpinan Donald Trump sedang menyokong usaha rampasan kuasa terbaru di Venezuela, dengan mengiktiraf Juan Guaido, pemimpin puak pembangkang berhaluan kanan di Venezuela, sebagai “Presiden Sementara” untuk negara tersebut. Tindakan ini menjadikan krisis politik di Venezuela bertambah buruk lagi, bersesuaian dengan niat imperialis AS untuk menghancurkan proses Revolusi Bolivar yang pro-pekerja … Continue reading Venezuela: Imperialis AS iktiraf Presiden haram