(Galeri gambar) Aksi sambutan Hari Pekerja 2021 di Malaysia

Hari cuti pada 1 Mei adalah tidak bermakna sekiranya tiada aksi sambutan Hari Pekerja Sedunia yang membawa aspirasi pekerja untuk memperjuangkan hak pekerja dan kesejahteraan bersama. Oleh sebab keadaan penularan wabak COVID-19 masih membimbangkan di negara kita, maka tahun ini juga tiadanya aksi massa yang besar-besaran. Namun demikian, aktivis-aktivis dan organisasi-organisasi yang bergabung dalam Jawatankuasa … Continue reading (Galeri gambar) Aksi sambutan Hari Pekerja 2021 di Malaysia

Jangan gadaikan warisan dan ekosistem Bukit Bendera semata-mata untuk menarik pelancong – Maklum balas mengenai Draf Rancangan Kawasan Khas Bukit Bendera 2020 (Penggantian)

oleh Choo Chon Kai Parti Sosialis Malaysia (PSM) Pulau Pinang ingin mengemukakan pandangan mengenai Draf Rancangan Kawasan Khas Bukit Bendera (RKKBB) 2020 (Penggantian) yang mengandungi beberapa masalah dan kelemahan yang membimbangkan. Visi dan teras yang bercanggah Kesilapan yang paling serius ialah menetapkan Visi RKKBB 2020(P) untuk “Transformasi Bukit Bendera sebagai Destinasi Pelancongan Bernilai Tinggi” [rujuk … Continue reading Jangan gadaikan warisan dan ekosistem Bukit Bendera semata-mata untuk menarik pelancong – Maklum balas mengenai Draf Rancangan Kawasan Khas Bukit Bendera 2020 (Penggantian)

Adakah pemimpin nelayan Pulau Pinang dimangsakan kerana bantah penambakan laut?

Nazri bin Ahmad, seorang pemimpin nelayan Pulau Pinang yang lantang bersuara membantah projek penambakan laut yang menjejaskan rezeki para nelayan, telah dimangsakan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dengan digugurkan keahliannya daripada Persatuan Nelayan Negeri Pulau Pinang baru-baru ini. Nazri yang juga merupakan Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Pulau Pinang, telah memperjuangkan nasib para nelayan yang bakal … Continue reading Adakah pemimpin nelayan Pulau Pinang dimangsakan kerana bantah penambakan laut?

Kampung Kastam diancam pengusiran

PULAU PINANG: Penduduk-penduduk Kampung Kastam, yang terletak di Bukit Gelugor, Pulau Pinang, sedang menghadapi ancaman pengusiran paksa daripada pihak pemaju dan mereka bertekad untuk mempertahankan hak perumahan mereka. Dalam satu sidang media yang diadakan oleh penduduk-penduduk Kampung Kastam pada 29 Februari 2020, mereka menyuarakan bantahan mereka terhadap intimidasi baru-baru ini yang dilakukan oleh syarikat pemaju … Continue reading Kampung Kastam diancam pengusiran

Forum Peduli Rakyat suarakan keluhan rakyat Pulau Pinang

GEORGETOWN, PULAU PINANG: Dari isu perumahan dan pengangkutan awam, sehingga isu pencemaran alam dan perubahan iklim, peserta-peserta yang hadir dalam Forum Peduli Rakyat yang diadakan di Pulau Pinang pada 15 Februari 2020 telah menyatakan keprihatinan mereka terhadap isu-isu tempatan yang mempengaruhi kehidupan rakyat biasa dan menuntut pada kerajaan supaya mendengar keluhan rakyat serta mengambil tindakan … Continue reading Forum Peduli Rakyat suarakan keluhan rakyat Pulau Pinang

Bazir masa! Gagal buktikan kesalahan masih rayu di mahkamah tinggi!

Pihak pendakwaraya yang gagal membuktikan kes prima facie terhadap Karthiges dan Nathan, dua orang yang ditangkap pada tahun lalu semasa mempertahankan rumah penduduk miskin daripada pengusiran paksa di unit rumah PPR Padang Tembak, telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Sebutan kes untuk pendengaran rayuan kes ini telah ditetapkan pada 9 Januari 2020 yang akan … Continue reading Bazir masa! Gagal buktikan kesalahan masih rayu di mahkamah tinggi!

Kenapa nelayan bantah projek penambakan di Selatan Pulau Pinang?

Nelayan-nelayan di Pulau Pinang telah mengadakan satu aksi protes dan penyerahan memorandum kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 4 November 2019. Berikut ialah isi kandungan memorandum yang diserahkan oleh Nazri Bin Ahmad, selaku Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Pulau Pinang (Pen Mutiara), kepada wakil Ketua Menteri Pulau Pinang: 1. Kami, para pemimpin yang mewakili nelayan pantai, … Continue reading Kenapa nelayan bantah projek penambakan di Selatan Pulau Pinang?

“Nelayan bukannya tolak pembangunan, tetapi bantah kemusnahan yang dibuat atas nama pembangunan!” – Aksi Hari Solidariti Nelayan

GEORGETOWN, PULAU PINANG - 4 NOVEMBER 2019: Laungan slogan “Tolak tambak!”, “Hidup nelayan!” dan sebagainya telah menggegarkan Padang Kota Lama pada hari ini apabila ratusan orang berhimpun untuk menyatakan solidariti untuk nelayan-nelayan di negeri Pulau Pinang yang bakal terjejas oleh cadangan penambakan laut di bahagian selatan Pulau Pinang. Dataran Pidato di Padang Kota Lama dihiasi … Continue reading “Nelayan bukannya tolak pembangunan, tetapi bantah kemusnahan yang dibuat atas nama pembangunan!” – Aksi Hari Solidariti Nelayan

Aktivis anti-pengusiran dibebaskan dari pertuduhan

GEORGETOWN, PULAU PINANG – 13 SEPTEMBER 2019: Karthiges dan Nathan, dua orang yang cuba mempertahankan rumah penduduk miskin daripada pengusiran paksa di unit rumah PPR Padang Tembak tetapi ditangkap pada tahun lalu, telah menang dan dibebaskan daripada pertuduhan pada hari ini oleh Mahkamah Majistret Georgetown. Setelah meneliti semakan terhadap saksi dan bahan bukti yang dikemukakan … Continue reading Aktivis anti-pengusiran dibebaskan dari pertuduhan