Puluhan ribu orang berdemonstrasi di pusat bandar Rom, Itali, pada 16 Oktober 2021, untuk bersolidariti dengan kesatuan sekerja di negara itu yang diserang oleh golongan fasis yang anti-vaksin.
Pekerja pembersihan Hospital Tanjung Rambutan berpiket: Hentikan penindasan terhadap frontliner
Pekerja-pekerja pembersihan di Hospital Bahagia Ulu Kinta berpiket, dengan tuntutan kenaikan gaji yang adil untuk semua pekerja, peningkatan semula cuti umum kepada 15 hari setahun, pengembalian faedah perubatan kepada RM1,000, pembekalan pakaian seragam yang mencukupi, elaun tambahan untuk kerja di wad COVID-19, elaun-elaun lain dan layanan yang samarata daripada pihak pengurusan.
Guatemala: Protes rakyat tuntut perletakan jawatan Presiden Giammattei
Ribuan rakyat Guatemala telah berdemonstrasi sejak 29 Julai 2021 di tempat-tempat yang berlainan di negara itu untuk menuntut perletakan jawatan Alejandro Giammattei sebagai Presiden Guatemala.
Sekretariat Solidariti Rakyat terus #Lawan: Aksi #KeluarDanLawan bukan pengakhiran
Sekretariat Solidariti Rakyat berkata, “Kami mengingatkan Muhyiddin Yassin serta seluruh kabinet untuk segera berundur dan meletakkan jawatan. Ini bukan pengakhiran kepada tuntutan anak muda. Kita tidak akan sesekali berundur. Sekiranya hari ini kita tidak melawan, kita akan ditindas lagi dan lagi!”
Rakyat turun aksi #KeluarDanLawan gesa Muhyiddin letak jawatan
Ratusan orang, khususnya anak-anak muda, turun ke jalanan di ibu negara pada hari ini dalam aksi #KeluarDanLawan untuk menyatakan bantahan terhadap Kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin yang gagal menangani krisis mendalam pada masa kini.
Doktor kontrak berprotes tuntut jaminan kerja
Doktor-doktor kontrak mengadakan aksi protes serentak di hospital-hospital kerajaan di seluruh negara untuk menuntut jaminan kerja.
Malaysia sakit, rakyat bangkit: #TINDAK15 gesa tindakan segera selamat nyawa rakyat
Malaysia sakit, rakyat bangkit! Lebih 600 orang berhimpun secara maya untuk mengemukakan tuntutan #TINDAK15 bagi pelaksanaan segera supaya menyelamatkan nyawa rakyat dan membebaskan masyarakat Malaysia daripada kemelut krisis COVID-19 yang sedang melanda pada masa kini.
Protes anti-G8 di Genoa 2001: Perjuangan anti-kapitalis masih berterusan
20 tahun selepas protes anti-G8 di Genoa, perjuangan untuk alternatif kepada kapitalisme masih berterusan…
Colombia: Aksi protes rakyat tewaskan rancangan percukaian neoliberal
Selepas aksi mogok dan protes besar-besaran selama 5 hari berturut-turut, walaupun berdepan dengan penindasan yang kejam daripada pihak berkuasa, tetapi oleh sebab kegigihan kelas pekerja untuk melawan, akhirnya kuasa rakyat berjaya memaksa Kerajaan Colombia pimpinan Presiden Iván Duque Márquez untuk menarik balik rancangannya yang hendak melaksanakan “pembaharuan” percukaian yang bersifat neoliberal. Ini merupakan satu kemenangan penting untuk rakyat Colombia dalam usaha perjuangan mereka melawan serangan dasar ekonomi neoliberal.
(Galeri gambar) Sambutan Hari Pekerja 1 Mei 2021 di seluruh dunia
Sepintas lalu suasana sambutan Hari Pekerja 2021 di seluruh dunia...
