(Galeri gambar) Aksi sambutan Hari Pekerja 2021 di Malaysia

Hari cuti pada 1 Mei adalah tidak bermakna sekiranya tiada aksi sambutan Hari Pekerja Sedunia yang membawa aspirasi pekerja untuk memperjuangkan hak pekerja dan kesejahteraan bersama. Oleh sebab keadaan penularan wabak COVID-19 masih membimbangkan di negara kita, maka tahun ini juga tiadanya aksi massa yang besar-besaran. Namun demikian, aktivis-aktivis dan organisasi-organisasi yang bergabung dalam Jawatankuasa … Continue reading (Galeri gambar) Aksi sambutan Hari Pekerja 2021 di Malaysia

Protes berjaya hentikan lelong rumah keluarga mendiang Chandrasekar

Sebuah keluarga yang tinggal di Sungai Siput, Perak, mengadakan protes di hadapan ibupejabat Bank OCBC, dengan tuntutan supaya pihak bank menghentikan tindakan kejam yang melelongkan rumah mereka selepas kematian ketua isi rumah yang merupakan peminjam wang dengan bank itu. Proses pelelongan telah diberhentikan dan rumah mereka berjaya diselamatkan selepas protes ini.

Myanmar: Rejim tentera mengganas, rakyat tetap berjuang

(foto: Reuters) 28 Februari 2021 merupakan hari yang paling berdarah di Myanmar selepas berlakunya rampasan kuasa oleh pihak tentera pada empat minggu sebelum ini. Menurut maklumat yang diterima oleh Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, seramai 18 orang mati dan ramai lagi yang cedera pada 28 Februari 2021 akibat daripada tindakan keras yang diambil … Continue reading Myanmar: Rejim tentera mengganas, rakyat tetap berjuang