Masyarakat kita, sama ada di dalam negara atau di peringkat antarabangsa, sedang menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran yang bukannya baharu apabila kita melangkah masuk ke tahun baharu 2026. Jika kita hendak dunia kita mengelak daripada menghala ke arah kemusnahan, kita harus meneruskan perjuangan rakyat untuk pembebasan, demokrasi sejati dan keadilan sosial.
Imbas kembali 2025: PSM dan perjuangan rakyat
Pada penghujung tahun 2025 dan menjelang ambang tahun baharu 2026 ini, marilah kita imbas kembali sepintas lalu sebahagian daripada aktiviti-aktiviti dan usaha-usaha PSM dalam memperjuangkan isu-isu rakyat sepanjang satu tahun yang lalu ini.
Tempoh enam bulan DAP: Helah politik atau reformasi sebenar?
DAP boleh menunjukkan kesungguhannya, memulihkan keyakinan rakyat dan membuktikan bahawa janjinya bukan sekadar retorik, dengan langkah perundangan yang konkrit.
Jutawan vs marhaen
Meskipun Cuomo cuba melakukan kejutan pada saat-saat akhir melalui dukungan Trump serta jutawan lain seperti Elon Musk, namun majoriti pengundi New York menolak politik perkauman dan elitisme yang mengelilingi Cuomo sepanjang kempen kali ini. Bagi mereka, New York memerlukan pemimpin yang berani melawan sistem demi memberi kesejahteraan kepada rakyatnya, bukan tunduk kepada individu-individu tertentu.
Komun Paris 1871 (Siri Revolusi Dunia – 10)
Komun Paris 1871 ialah salah satu episod sejarah perjuangan kelas pekerja yang paling mengujakan. Dalam tempoh hanya beberapa minggu pada tahun 1871, kelas pekerja yang dikepung oleh musuh-musuh reaksioner telah menunjukkan kepada dunia bahawa golongan pekerja boleh mentadbir masyarakat secara demokratik, tanpa perlunya kapitalis. Buat pertama kali dalam sejarah, walaupun terhad kepada sebuah bandar, kita dapat menyaksikan bagaimana kelas pekerja boleh berorganisasi sebagai sebuah kelas pemerintah. Sehingga hari ini, pengalaman perjuangan bersejarah Komun Paris telah menyediakan pengajaran yang penting dan inspirasi yang bersemangat kepada semua golongan sosialis yang ingin memperjuangkan pembebasan masyarakat sebenar.
Indonesia: 9 tuntutan pekerja dan rakyat
Perserikatan Sosialis mengemukakan 9 tuntutan pekerja dan rakyat Indonesia pada ketika tercetusnya gelombang protes rakyat menentang rejim pemerintahan Prabowo Subianto.
Santuni rakyat dengan kemerdekaan sejati
Rakyat hanya benar-benar disantuni dengan adanya kemerdekaan sejati. Menegakkan kemerdekaan sejati merupakan proses yang memerlukan penglibatan rakyat dari bawah dengan kesedaran politik yang bersifat pembebasan. Tiada jalan pintas untuk kemerdekaan sejati.
Amalan “mempontianakkan” musuh politik memperbodohkan dan memecahkan rakyat
Kita harus menolak permainan politik yang “mempontianakkan” pihak lawan.
PSM bertekad membina Kuasa Ketiga yang progresif: Catatan Kongres Nasional PSM ke-27
Kongres Nasional PSM ke-27 menjana semangat baharu kepada ahli-ahli PSM untuk terus memajukan usaha perjuangan rakyat dan membina kuasa ketiga yang progresif.
Resolusi Kongres Nasional PSM yang ke-27
Resolusi yang diterima oleh Kongres Nasional PSM yang ke-27 di Kuala Kangsar.
