Rumah seorang warga B40 dapat diselamatkan daripada pelelongan pada saat-saat terakhir selepas aksi protes di ibu pejabat bank.
CIMB zalimi B40: Lelong rumah rakyat miskin semasa pandemik
Aksi protes serentak diadakan di Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban, Georgetown dan Johor Bahru, untuk bersolidariti dengan mangsa penipuan dan kezaliman bank komersial yang bersikap tidak berperikemanusiaan terhadap golongan berpendapatan rendah dan melelong rumah rakyat miskin pada ketika keluarga berpendapatan rendah ini ditimpa kesusahan sedangkan bank itu mengaut keuntungan lumayan.
Mana dia program sokongan rakyat?
Pemuda Sosialis berpendapat bahawa perlu adanya program sokongan untuk kejadian sebegini supaya akses rakyat kepada keperluan asas seperti pendidikan, kesihatan, perumahan, air, makanan, elektrik dan internet tidak terjejas.
Masalah rumah keluarga B40 dilelong bank selesai!
Masalah rumah sebuah keluarga B40 dilelong oleh bank telah mencapai satu penyelesaian yang baik, begitu katanya S. Arutchelvan, Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 21 April 2021.
Protes berjaya hentikan lelong rumah keluarga mendiang Chandrasekar
Sebuah keluarga yang tinggal di Sungai Siput, Perak, mengadakan protes di hadapan ibupejabat Bank OCBC, dengan tuntutan supaya pihak bank menghentikan tindakan kejam yang melelongkan rumah mereka selepas kematian ketua isi rumah yang merupakan peminjam wang dengan bank itu. Proses pelelongan telah diberhentikan dan rumah mereka berjaya diselamatkan selepas protes ini.
Hong Leong Bank zalim! Rumah keluarga B40 dilelong ketika pandemik
Pada ketika negara kita masih dibelenggu dengan ancaman pandemik dan kemurungan ekonomi, masih wujudnya insiden bank komersial membuli rakyat dan melelongkan rumah golongan B40 tanpa mempertimbangkan keadaan sebenar kehidupan rakyat bawahan.
Lanjutkan moratorium kepada B40 & M40
oleh Gandipan Nantha Gopalan Pemuda Sosialis ingin menggesa kerajaan untuk melanjutkan moratorium pinjaman bank kepada golongan yang berpendapatan rendah (B40 dan M40). Pelanjutan moratorium ini akan membantu golongan pekerja dan pemilik syarikat kecil/sederhana untuk mengharungi pandemik COVID-19. Kami ingin mengingatkan kerajaan bahawa terdapat ramai orang yang telah hilang punca pendapatan, mengalami potongan gaji dan ramai … Continue reading Lanjutkan moratorium kepada B40 & M40
Lelong rumah diberhentikan selepas protes di hadapan ibupejabat bank RHB
KUALA LUMPUR - 24 SEPTEMBER 2020: Aktivis-aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) bersama dengan Angamuthu a/l Munusamy, seorang peminjam wang daripada bank RHB, berprotes di hadapan ibupejabat bank RHB di Kuala Lumpur pada hari ini, untuk menggesa pada pihak bank RHB untuk menghentikan proses pelelongan rumah. Pelelongan rumah telah ditangguhkan selepas protes ini. Angamuthu a/l Munusamy, seorang … Continue reading Lelong rumah diberhentikan selepas protes di hadapan ibupejabat bank RHB
Lanjutan moratorium pinjaman bank bersasar – Tribunal diperlukan untuk selamatkan keluarga daripada naluri pemangsa bank!
oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Pada 27 Julai 2020, Menteri Kewangan Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz menjelaskan pendirian Kerajaan berkenaan moratorium pinjaman bank apabila ditanya oleh Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng dalam sesi soal jawab di Parlimen. Menteri Kewangan mengumumkan bahawa bank yang beroperasi di Malaysia telah bersetuju untuk melanjutkan moratorium pinjaman untuk tiga … Continue reading Lanjutan moratorium pinjaman bank bersasar – Tribunal diperlukan untuk selamatkan keluarga daripada naluri pemangsa bank!
Mengapa saya bantu keluarga mangsa kes penipuan ini?
oleh S. Arutchelvan Bukan selalu Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengadakan sidang akhbar mengenai isu individu kerana PSM biasanya kendali isu kumpulan atau masyarakat. Mengapa saya terpanggil untuk membuat sidang akhbar mengenai isu ini? Saya amat terkesan apabila melihat wajah dua orang kanak-kanak perempuan – seorang berumur 12 tahun dan seorang lagi berumur 16 tahun. Ibu dan bapa angkat mereka yang menjadi mangsa penipuan amat … Continue reading Mengapa saya bantu keluarga mangsa kes penipuan ini?