Kenapa kita membayar gaji Menteri kepada Nga Kor Ming untuk menjaga kemudahan tandas awam? Ini adalah kerja untuk ahli-ahli majlis tempatan!
Pilihanraya tempatan harus dilaksanakan di seluruh Malaysia serta-merta!
Pemuda Sosialis PSM menggesa untuk melaksanakan pilihanraya tempatan di seluruh negara serta-merta!
Pemulihan pilihanraya tempatan penting untuk demokrasi multi-parti
Menurut satu laporan kajian yan diterbitkan baru-baru ini, naratif yang menyatakan “orang Melayu akan dipinggirkan dalam pilihanraya tempatan” sudah menjadi suatu mitos politik yang ketinggalan zaman dan tidak berasas langsung. Pilihanraya tempatan, jika dipulihkan pada hari ini, tidak akan mewujudkan keadaan monopoli politik kaum bukan Melayu di kawasan bandar. Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH … Continue reading Pemulihan pilihanraya tempatan penting untuk demokrasi multi-parti
Pilihanraya tempatan: Jika pernah bersedia menyakinkan Mahathir, kenapa pula gagal yakinkan Muhyiddin?
oleh Choo Chon Kai Parti Sosialis Malaysia (PSM) amat kecewa dengan kenyataan Zuraida Kamaruddin selaku Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada hari ini di Dewan Rakyat bahawa Kerajaan Perikatan Nasional tidak akan melaksanakan rancangan untuk mengembalikan pilihanraya tempatan. Pilihanraya Kerajaan Tempatan ataupun Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) merupakan salah satu tunjang yang penting kepada sebuah demokrasi … Continue reading Pilihanraya tempatan: Jika pernah bersedia menyakinkan Mahathir, kenapa pula gagal yakinkan Muhyiddin?
Pilihanraya Kerajaan Tempatan satu keperluan! – Kembalikan demokrasi kepada akar umbi
oleh Nik Aziz Afiq Bin Abdul Sidang Dewan Rakyat pada 14 Julai lalu menimbulkan satu isu yang hangat diperkatakan, iaitu berkenaan pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), apabila Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin menjawab soalan di Parlimen dengan mengatakan bahawa idea pilihanraya tempatan tidak mendapat sokongan ketika berada dalam Pakatan Harapan (PH) dan tidak … Continue reading Pilihanraya Kerajaan Tempatan satu keperluan! – Kembalikan demokrasi kepada akar umbi
Hong Kong: Pilihanraya tempatan jadi “referendum” terhadap Kerajaan
Pilihanraya tempatan di Hong Kong yang berlangsung pada 24 November 2019, menjadi “referendum” terhadap pemerintahan Kerajaan Hong Kong pimpinan Ketua Eksekutif Carrie Lam Cheng Yuet-ngor selepas gelombang protes rakyat yang berterusan untuk hampir setengah tahun. Kem pro-demokrasi mendapat kemenangan besar sementara kem pro-Beijing menemui kekalahan yang paling teruk dalam sejarah pilihanrayanya. Pilihanraya tempatan Hong Kong … Continue reading Hong Kong: Pilihanraya tempatan jadi “referendum” terhadap Kerajaan
PSM Pulau Pinang bangkit 6 isu utama dalam pertemuan dengan Ketua Menteri
GEORGETOWN, PULAU PINANG: Parti Sosialis Malaysia (PSM) Pulau Pinang telah berjumpa dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yew pada 14 Disember 2018 untuk membincangkan isu-isu dasar negeri Pulau Pinang. Satu memorandum daripada PSM Pulau Pinang yang menyenaraikan 6 isu penting berkenaan dengan halatuju pembangunan Pulau Pinang telah diserahkan kepada Ketua Menteri. Walaupun PSM Pulau … Continue reading PSM Pulau Pinang bangkit 6 isu utama dalam pertemuan dengan Ketua Menteri
Jangan kitar semula alasan yang tempang untuk tangguh pilihanraya tempatan
Parti Sosialis Malaysia (PSM) amat kecewa dan tersinggung dengan kenyataan kelmarin oleh Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad bahawa kerajaan tidak akan melaksanakan pilihanraya tempatan kerana mungkin akan membawa kepada konflik perkauman dalam negara. Ini adalah satu alasan yang tempang yang telah pun dikitar semula berulang kali untuk menafikan hak rakyat untuk memilih wakil mereka di … Continue reading Jangan kitar semula alasan yang tempang untuk tangguh pilihanraya tempatan
Belgium: Parti kiri radikal mendapat kejayaan dalam pilihanraya tempatan
oleh Hadri A Rahman Dalam pilihanraya tempatan yang diadakan di Belgium pada 14 Oktober lalu, Parti Pekerja Belgium (PDVA-PTB) telah menunjukkan kemajuan yang menggalakkan di Flanders (wilayah Belgium yang berbahasa Belanda), Wallonia (wilayah Belgium yang berbahasa Perancis) dan juga Brussels (ibu negara Belgium). Di Brussels, Parti Pekerja telah mendapat sebanyak 11.6% daripada undian yang dibuang. … Continue reading Belgium: Parti kiri radikal mendapat kejayaan dalam pilihanraya tempatan
Kembalikan pilihan raya tempatan
Institusi demokrasi di negara kita hanya akan disempurnakan dengan adanya pilihan raya kerajaan tempatan.