Perumahan mampu milik atau mampus milik? Rasional PH terputus dari realiti rakyat

Parti Sosialis Malaysia (PSM) amat terkejut dengan rasional Perdana Menteri Mahathir Mohamad yang menyatakan bahawa rakyat tidak rugi membeli rumah walaupun harganya RM 400,000 kerana dalam jangka masa panjang harga rumah akan naik mencecah RM 1 juta. Beliau menyatakan demikian semasa Majlis Perasmian Karnival Komuniti Berdaya pada 17 Februari lalu.  Dalam majlis itu, Pakatan Harapan … Continue reading Perumahan mampu milik atau mampus milik? Rasional PH terputus dari realiti rakyat

Penduduk Tanah Wakaf Abdul Cauder Butterworth diancam perobohan rumah

BUTTERWORTH, PULAU PINANG - 13 FEBRUARI 2019: Sebanyak 19 buah keluarga yang tinggal di Tanah Wakaf Abdul Cauder, Jalan Mengkuang, Butterworth, Pulau Pinang, akan diusir secara paksa oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP). Penduduk sudah dimaklumkan bahawa tindakan perobohan rumah akan dilakukan pada hari esok, 14 Februari 2019. Penduduk kampung enggan keluar kerana … Continue reading Penduduk Tanah Wakaf Abdul Cauder Butterworth diancam perobohan rumah

Langkah-langkah untuk menangani masalah yang dihadapi B20

oleh Dr. Jeyakumar Devaraj  (Berikut ialah cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Dr. Jeyakumar Devaraj kepada Pejabat Perdana Menteri, berkaitan dengan isu-isu yang dihadapi golongan berpendapatan terendah di negara kita. Cadangan-cadangan ini terkandung dalam memorandum yang diserahkan pada 24 Januari 2019 kepada Muhammed Abdul Khalid, selaku Penasihat Ekonomi kepada Perdana Menteri.) B20 merujuk kepada 20% isi rumah … Continue reading Langkah-langkah untuk menangani masalah yang dihadapi B20

Harga rumah mampu milik seharusnya antara RM 39,000 hingga RM 100,000 , bukannya RM 90,000 hingga RM 300,000

  oleh R. Karthiges Parti Sosialis Malaysia (PSM) mempertikaikan kenyataan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin baru-baru ini semasa mengumumkan rancangan kerajaan untuk merangka Dasar Perumahan Mampu Milik Negara (DRMM), dengan meletakkan harga rumah antara RM 90,000 hingga RM 300,000 adalah kurang tepat. PSM memang mengalu-alukan satu dasar yang komprehensif untuk rumah mampu … Continue reading Harga rumah mampu milik seharusnya antara RM 39,000 hingga RM 100,000 , bukannya RM 90,000 hingga RM 300,000

Penduduk Kampung Seri Kesinai diancam pengusiran

KANGAR – 28 JANUARI 2019: Pejabat Menteri Besar Negeri Perlis telah dikunjungi oleh satu rombongan penduduk dari Kampung Seri Kesinai, Padang Besar, Perlis, pada hari ini yang membawa tuntutan supaya Menteri Besar Perlis Azlan bin Man mencampurtangan untuk menyelesaikan masalah pengusiran paksa yang sedang dihadapi mereka. Sebanyak 15 buah keluarga yang menetap untuk selama 35-40 … Continue reading Penduduk Kampung Seri Kesinai diancam pengusiran

Syarikat Berjaya perlu selesai segera masalah perumahan 5 ladang di Batang Berjuntai

KUALA LUMPUR – 19 DISEMBER 2018: Wakil daripada masyarakat pekerja ladang di 5 buah ladang di Batang Berjuntai, Selangor, telah menyerahkan satu surat kepada wakil syarikat Berjaya Corporation Berhad pada hari ini, untuk menuntut penyelesaian kepada masalah perumahan mereka yang berlarutan untuk 2 dekad. Surat yang ditujukan kepada Vincent Tan selaku Pengerusi Berjaya Corporation Berhad … Continue reading Syarikat Berjaya perlu selesai segera masalah perumahan 5 ladang di Batang Berjuntai

Rumah mampu milik atau mampu mimpi? (Bahagian 2)

oleh Sivarajan Arumugam Dalam Bahagian 1 penulisan ini, telah disenaraikan pelbagai permasalahan dalam penyediaan perumahan mampu milik kepada rakyat terbanyak di negara kita. Kini, isu perumahan mampu milik juga sedang hebat diperbincangkan dalam media, selepas pembentangan Belanjawan 2019 baru-baru ini. Dalam bahagian 2 penulisan ini, kita akan bincangkan beberapa cadangan penting ke arah menyelesaikan masalah … Continue reading Rumah mampu milik atau mampu mimpi? (Bahagian 2)

Jangan pesongkan masalah, tangani isu pokok! – Respon kepada ADUN Jawi

oleh Kartiges Merujuk pada laporan dalam akhbar The Star yang bertajuk ”Wakil rakyat menyeru kerajaan negeri membantu selesaikan isu rumah flat” bertarikh 9 November 2018, Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyangkal kenyataan ADUN Jawi, Jason H’ng Mooi Lye yang mempertikaikan penambahan skim perumahan rumah pangsa kos rendah (RPKR) di negeri Pulau Pinang. Antara hujahnya adalah rumah … Continue reading Jangan pesongkan masalah, tangani isu pokok! – Respon kepada ADUN Jawi

Belanjawan 2019: Reformasi dengan acuan yang sama

oleh Sivarajan Arumugam Belanjawan 2019, sebagai Belanjawan Kerajaan Persekutuan baru Pakatan Harapan yang pertama, telah dibentangkan pada 2 November lalu. Sebelum Belanjawan ini dibentangkan, Perdana Menteri Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah memberi amaran bahawa rakyat harus mengikat perut atau berkorban demi untuk menjamin kestabilan kewangan negara. Belanjawan 2019 ini akan menjadi … Continue reading Belanjawan 2019: Reformasi dengan acuan yang sama

Penduduk Pangsapuri Ampang Jajar diancam pengusiran

GEORGE TOWN, PULAU PINANG – 31 OKTOBER 2018: Sekumpulan penduduk dari Pangsapuri Ampang Jajar telah yang menghadapi ancaman pengusiran daripada Bahagian Perumahan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah berhimpun di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri di KOMTAR pada hari ini, untuk menyerahkan satu memorandum yang memohon pada Kerajaan Negeri Pulau Pinang supaya membatalkan notis pengusiran … Continue reading Penduduk Pangsapuri Ampang Jajar diancam pengusiran