Rakyat berarak tuntut hak perumahan untuk semua

KUALA LUMPUR – 30 SEPTEMBER 2018: Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah mengadakan satu aksi perarakan berjalan dari Stesen LRT Masjid Jamek ke Bukit Bintang pada hari ini, dengan tuntutan hak perumahan bersempena dengan sambutan Hari Habitat Sedunia. Hari Habitat Sedunia disambut pada hari Isnin pertama bulan Oktober setiap tahun. PSM menganjurkan aksi jalanan pada tahun … Continue reading Rakyat berarak tuntut hak perumahan untuk semua

Perumahan untuk Semua (Deklarasi Hari Habitat 2018)

Deklarasi Hari Habitat 2018 Perumahan untuk Semua  oleh Karthiges (Biro Perumahan dan Peneroka PSM) Selamat menyambut Hari Habitat. Malaysia kini meraikan kejatuhan regim Barisan Nasional dan rakyat mengharapkan sebuah negara yang bernafas baru yang mengimpikan bahawa keperluan serta hak asasi rakyat dijamin dengan sewajarnya. Perumahan merupakan satu keperluan asas rakyat dan selama ini rakyat tidak menikmati … Continue reading Perumahan untuk Semua (Deklarasi Hari Habitat 2018)

Ireland: Aktivis duduki rumah kosong, tuntut selesai masalah perumahan

oleh Hadri A Rahman Masalah perumahan di Republik Ireland adalah masalah yang kian meruncing. Dianggarkan pada bulan Mac 2018 sahaja, ada seramai 10,000 golongan gelandangan di seluruh negara tersebut, termasuklah 3,755 orang kanak-kanak. Malahan, menurut maklumat yang diperolehi daripada Dublin Region Homeless Executive (DRHE), pada bulan Jun 2018, sebanyak 800 keluarga tinggal di hotel dan … Continue reading Ireland: Aktivis duduki rumah kosong, tuntut selesai masalah perumahan

Penduduk Green Cow lawan pengusiran paksa

CAMERON HIGHLANDS, PAHANG: 2 buah rumah penduduk di Green Cow, Kea Farm, Cameron Highlands, diancam dengan perobohan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands (PDTCH) dalam satu operasi pengusiran paksa yang berlaku pada 20 September 2018. Pihak PDTCH dan polis telah bertindak menggunakan kekerasan semasa perobohan rumah penduduk di situ, dan sebahagian rumah penduduk telah … Continue reading Penduduk Green Cow lawan pengusiran paksa

Menteri Wilayah Persekutuan akan teliti isu perumahan bekas pekerja Ladang Bukit Jalil

KUALA LUMPUR – 20 SEPTEMBER 2018: Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad telah bersetuju untuk meneliti isu perumahan bekas pekerja Ladang Bukit Jalil, berikutan satu perjumpaan dengan wakil penduduk Bukit Jalil bersama dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM) pada hari semalam, 19 September 2018. Jawatankuasa Bekas Pekerja Ladang Bukit Jalil mengadakan satu sidang akhbar pada hari ini … Continue reading Menteri Wilayah Persekutuan akan teliti isu perumahan bekas pekerja Ladang Bukit Jalil

Penduduk Rumah Pangsa 18 tingkat hidup sebulan tanpa lif minta campurtangan segera kerajaan

PUTRAJAYA – 18 SEPTEMBER 2018: Penduduk-penduduk dari Pangsapuri Mutiara Fadason, Jinjang, Kuala Lumpur, telah hadir ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada hari ini untuk menyerahkan memorandum berkenaan dengan masalah lif rosak yang membelenggu penduduk di situ untuk hampir sebulan yang lalu. Penduduk-penduduk Blok C Pangsapuri Mutiara Fadason memohon bantuan kecemasan daripada pihak Kementerian untuk … Continue reading Penduduk Rumah Pangsa 18 tingkat hidup sebulan tanpa lif minta campurtangan segera kerajaan

Derita hidup 25 hari tanpa lif di rumah pangsa 18 tingkat

KEPONG, KUALA LUMPUR: Penduduk-penduduk Blok C Pangsapuri Mutiara Fadason terpaksa menggunakan tangga selama 25 hari berturut-turut akibat daripada satu-satunya lif di blok tersebut rosak. Sebelum ini, terdapat dua lif di blok tersebut yang berfungsi, tetapi satu daripada lif tersebut ditutup selama beberapa tahun dan hanya lif yang satu lagi dapat digunakan. Kini, lif tersebut rosak … Continue reading Derita hidup 25 hari tanpa lif di rumah pangsa 18 tingkat

Dato’ diberi kuasa oleh Mahathir untuk roboh rumah?

KLANG, SELANGOR - Pada 22 Ogos 2018, ketika waktu malam, Kampung Bukit Kuda yang terletak di Klang, Selangor, telah didatangi 6 orang lelaki. Mereka terdiri daripada seorang bernama Khairul yang menggelar dirinya sebagai Dato’, seorang bernama Faizal yang menggelar dirinya sebagai tuan tanah, dan 4 orang lagi pegawai polis dari Ibupejabat Polis Daerah Klang Utara. … Continue reading Dato’ diberi kuasa oleh Mahathir untuk roboh rumah?