AIR KUNING, PERAK: Sambungan talian telefon sudah terputus selama 4 bulan, tetapi bil telekomunikasi masih perlu dibayar. Ini ialah aduan yang diterima oleh Bawani KS, calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk kawasan DUN48 Ayer Kuning di Perak, semasa mengadakan tinjauan mesra di kawasan Kampung Baru Sungai Kroh pada 13 November 2022.

Aduan tersebut diajukan oleh seorang lelaki tua yang berumur 70 tahun yang tinggal di Kampung Baru Sungai Kroh. Dia berkata bahawa wayar kabel telefon yang bersambung ke Kampung Baru Sungai Kroh telah dicuri baru-baru ini dan ia menyebabkan perkhidmatan telefon rumah di kawasan itu telah terganggu selama 4 bulan yang lalu. Akibat daripada gangguan perkhidmatan telefon itu, penduduk setempat terpaksa membayar yuran bulanan kepada syarikat telekomunikasi untuk 4 bulan yang lalu walaupun telefon di dalam rumah mereka tidak berfungsi.

Menurut lelaki tua yang membuat aduan itu, pihak berkenaan memberitahu padanya bahawa sambungan talian telefon ke rumahnya akan ditamatkan sekiranya dia enggan membayar yuran bulanan untuk 3 bulan. Tetapi, dia sudah tidak dapat menggunakan talian telefon selama 4 bulan yang lalu walaupun dia membayar yuran bulanan. Walaupun penduduk setempat telah membangkitkan isu ini beberapa kali kepada pihak Telekom Malaysia Berhad, tetapi sehingga kini masih tiada penyelesaian untuk masalah ini. Ini menyebabkan keluarganya mengalami tekanan mental di rumah.

Bawani memberitahu pada lelaki tua yang membuat aduan itu bahawa dia akan menghubungi jabatan yang berkenaan dan mendesak untuk mengambil tindakan terhadap masalah ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *