Kesatuan pekerja pembersihan membidas UEM Edgenta dan UEMS

IPOH, PERAK: Kesatuan Pekerja-pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan di Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia (KPSPSHKSM) mengadakan satu sidang akhbar pada 7 Jun 2020, untuk membidas kenyataan daripada syarikat UEM Edgenta Bhd pada 2 Jun 2020 (menurut berita Malaysiakini bertajuk "Protokol keselamatan ada untuk lindungi pekerja, kata UEM Edgenta"), selepas protes kesatuan dan penangkapan aktivis kesatuan di hadapan Hospital … Continue reading Kesatuan pekerja pembersihan membidas UEM Edgenta dan UEMS

Aktivis kesatuan didakwa langgar peraturan PKP kerana protes menentang penindasan terhadap kesatuan

IPOH, PERAK - 4 JUN 2020: 5 orang aktivis yang ditangkap pada 2 Jun 2020 kerana mengadakan protes membantah penindasan terhadap kesatuan sekerja di hadapan Hospital Besar Ipoh (Hospital Raja Permaisuri Bainun) didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh pada hari ini. Mereka yang didakwa ialah M. Sarasvathy selaku Setiausaha Eksekutif Kesatuan Pekerja-pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan di … Continue reading Aktivis kesatuan didakwa langgar peraturan PKP kerana protes menentang penindasan terhadap kesatuan

Mahkamah tolak reman terhadap 5 orang aktivis kesatuan pekerja pembersihan hospital

IPOH, PERAK - 3 JUN 2020: Mahkamah Majistret Ipoh telah menolak permohonan reman daripada pihak polis terhadap 5 orang aktivis kesatuan yang ditahan semalam semasa aksi protes membantah tindakan majikan yang menindas kesatuan sekerja yang dianggotai oleh pekerja-pekerja pembersihan di hospital-hospital kerajaan. Pihak polis cuba memohon reman selama 4 hari terhadap kelima-lima orang yang telah ditahan … Continue reading Mahkamah tolak reman terhadap 5 orang aktivis kesatuan pekerja pembersihan hospital

Aktivis Kesatuan Pekerja Pembersihan Hospital ditahan kerana bantah penindasan terhadap kesatuan

IPOH, PERAK - 2 JUN 2020: 5 orang aktivis kesatuan telah ditahan polis pada hari ini di hadapan Hospital Ipoh kerana mengadakan aksi protes secara aman untuk menyuarakan bantahan mereka terhadap tindakan majikan yang menganiayai kesatuan sekerja yang dianggotai oleh pekerja-pekerja pembersihan di hospital-hospital kerajaan. 5 orang yang ditahan polis ialah: M. Sarasvathy, Setiausaha Eksekutif … Continue reading Aktivis Kesatuan Pekerja Pembersihan Hospital ditahan kerana bantah penindasan terhadap kesatuan

Pengawal keselamatan dibuli polis bantuan TNB Ipoh

IPOH, PERAK - 13 MAC 2020: Sekumpulan pengawal keselamatan daripada Delta Force Security Services & Consultancy Sdn. Bhd. mengadakan satu aksi protes pada hari ini di hadapan ibupebajat Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Ipoh, untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap salahguna kuasa dan pembulian sesuka hati terhadap pengawal keselamatan oleh seorang anggota polis bantuan yang … Continue reading Pengawal keselamatan dibuli polis bantuan TNB Ipoh

Tolak rampasan kuasa: Bubar DUN Perak untuk Pilihanraya Negeri

oleh K. Segar Parti Sosialis Malaysia (PSM) Negeri Perak amat kecewa dengan pengumuman yang dibuat oleh Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu mengenai pendirian beliau untuk bersama-sama dengan UMNO, PAS dan beberapa ADUN PPBM dalam membentuk Kerajaan Negeri Perak. Tambahan lagi, 3 orang ADUN daripada Pakatan Harapan (PH), iaitu ADUN Tronoh (DAP) Yong Choo Kiong, … Continue reading Tolak rampasan kuasa: Bubar DUN Perak untuk Pilihanraya Negeri

Pekerja pembersihan hospital yang tidak disambung kerja mengadu di JPP

IPOH, PERAK: 6 orang pekerja pembersihan di Hospital Batu Gajah dan Hospital Parit Buntar telah memfailkan aduan kes di bawah seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan, berikutan pembuangan kerja selepas syarikat kontraktor baru, Edgenta UEMS, mengambilalih kontrak kerja pembersihan di hospital mereka bekerja. Mereka telah memfailkan kes di Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) Perak. Kontrak pembersihan di … Continue reading Pekerja pembersihan hospital yang tidak disambung kerja mengadu di JPP

MB Perak perlu ambil serius tentang masalah pengusiran petani kecil

Jawatankuasa Petani Kecil Chemor bersama dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM), telah menyerahkan satu memorandum kepada Kerajaan Negeri Perak pada 21 Oktober 2019, untuk membawa kepada perhatian Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu tentang masalah yang dihadapi oleh petani-petani kecil yang belum ditangani. Petani-petani kecil yang terlibat datang dari 3 kawasan, iaitu dua kumpulan dari Tanah … Continue reading MB Perak perlu ambil serius tentang masalah pengusiran petani kecil

Orang Asli Kampung Lawai tolak wang “sagu hati” dari pembalak

Komuniti Orang Asli Kampung Lawai yang terletak Jalong Tinggi, Sungai Siput, Perak, telah menolak pemberian wang “sagu hati” yang berkaitan dengan aktiviti pembalakan berdekatan dengan kampung mereka. Pada 3 Oktober 2019, dua orang penduduk Kampung Lawai, Halim Bin Ngah dan Isnin Bin Long ,telah memanggil semua penduduk Kampung Lawai untuk bermesyuarat di Dewan Adat Kampung … Continue reading Orang Asli Kampung Lawai tolak wang “sagu hati” dari pembalak