IPOH, PERAK – 2 OKTOBER 2020: 5 orang aktivis kesatuan yang didakwa atas pertuduhan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana mengadakan aksi protes membantah penindasan terhadap kesatuan sekerja di hadapan Hospital Besar Ipoh, telah dilepaskan tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Ipoh, selepas pihak pendakwaraya menerima representasi daripada pihak peguam yang mewakili aktivis-aktivis tersebut untuk menggugurkan … Continue reading Aktivis kesatuan pekerja pembersihan hospital dilepaskan daripada pertuduhan di mahkamah
Petani Mambang Diawan ditahan secara tidak sah dengan alasan “menceroboh” tanah swasta
Dua orang petani di Mambang Diawan yang ditahan semalaman pada 28 September 2020 bersama dengan peguam K. Kunasekaran di luar Ibupejabat Polis Daerah Kampar. IPOH, PERAK – 29 September 2020: Dua orang petani di Mambang Diawan, Perak, telah ditangkap polis pada 28 September 2020 dan ditahan semalaman di lokap Ibupejabat Polis Daerah Kampar, dengan alasan … Continue reading Petani Mambang Diawan ditahan secara tidak sah dengan alasan “menceroboh” tanah swasta
Mahkamah Rayuan benarkan penangguhan pelaksanaan pengusiran terhadap petani Chemor
PUTRAJAYA: Pada 22 September 2020, Mahkamah Rayuan telah membenarkan permohonan penggantungan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh yang difailkan oleh 3 orang petani dari Chemor, Perak, maka menangguhkan pengusiran paksa yang sedang dihadapi oleh petani-petani berkenaan untuk sementara waktu. 3 orang petani telah bercucuk tanam di kawasan Kuala Kuang, Chemor, Perak, selama lebih setengah abad. Mereka … Continue reading Mahkamah Rayuan benarkan penangguhan pelaksanaan pengusiran terhadap petani Chemor
Bantahan pekerja pembersihan hospital secara spontan menundukkan majikan
Pada 11 September 2020, pekerja-pekerja pembersihan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, Perak, telah mengadakan aksi bantahan secara spontan selama dua jam sehingga berjaya memaksa pihak majikan bersetuju dengan permintaan mereka! Syarikat kontraktor perkhidmatan sokongan di hospital tersebut, Edgenta UEMS, telah memperkenalkan sistem pengimbasan kad ID untuk menggantikan mesin kad tebuk (punched card) bagi pekerja … Continue reading Bantahan pekerja pembersihan hospital secara spontan menundukkan majikan
Majikan berdegil hendak usir pekerja Ladang Windsor tanpa rumah alternatif
Tiga orang bekas pekerja Ladang Windsor, di Ulu Sepetang, Taiping, Perak, telah menerima notis pengusiran pada 3 September 2020 yang dikeluarkan oleh peguam bagi pihak Tradewinds Plantech Sdn Bhd, iaitu syarikat yang menguruskan Ladang Windsor yang merupakan milikan Malakoff Corporation Berhad. Ketiga-tiga orang bekas pekerja ini diarahkan untuk mengosongkan rumah yang dihuni mereka di Ladang … Continue reading Majikan berdegil hendak usir pekerja Ladang Windsor tanpa rumah alternatif
Pekerja Ladang Windsor gesa sambung semula air dan elektrik
KUALA LUMPUR - 21 OGOS 2020: Pekerja-pekerja dari Ladang Windsor di Ulu Sepetang, Kamunting, Perak, berprotes di hadapan ibupejabat syarikat Malakoff Corporation Berhad di Brickfields, Kuala Lumpur, pada hari ini, untuk menggesa pada pihak syarikat yang merupakan pemilik tanah ladang tersebut supaya jangan mengusir pekerja secara paksaan. Mereka menyeru untuk menyambung semula bekalan air dan … Continue reading Pekerja Ladang Windsor gesa sambung semula air dan elektrik
Pekerja Ladang Windsor diancam pengusiran
Pekerja-pekerja ladang meminta untuk pelaksanaan skim perumahan tetapi dilayan pula dengan pengusiran paksa daripada pihak pengurusan ladang pada ketika negara kita masih dilanda ancaman pandemik COVID-19. Inilah kemelut yang sedang dihadapi oleh pekerja-pekerja di Ladang Windsor. 6 orang pekerja Ladang Windsor yang sudah melebihi usia persaraan tetapi masih bekerja secara kontrak telah diberhentikan kerja oleh … Continue reading Pekerja Ladang Windsor diancam pengusiran
Catatan lawatan ke komuniti Rohingya di Tanjong Piandang, Perak
oleh Raveen Veerasenan Pada 14 Julai 2020, kami sekumpulan melawati beberapa keluarga pelarian Rohingya di Tanjung Piandang (sebuah mukim di Daerah Kerian, Perak) untuk menyerahkan bantuan kewangan dan makanan kepada mereka yang tinggal di sebuah kampung di mukim tersebut. Kami tiba di kampung tersebut pada pukul 11.15 pagi dan ditemui oleh Encik Suliman, seorang warga … Continue reading Catatan lawatan ke komuniti Rohingya di Tanjong Piandang, Perak
Pekerja syarikat bas ekspres tidak dibayar gaji 3 bulan
IPOH, PERAK - 30 JUN 2020: Lebih 30 orang pekerja daripada syarikat Konsortium Bas Ekspres Semenanjung (KBES) telah membuat aduan pada hari ini di Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Ipoh, kerana majikan mereka tidak membayar gaji kepada mereka sejak bulan Mac lalu. Aduan tersebut dibuat oleh Jawatankuasa Pekerja Konsortium Bas Ekspres Semenanjung (JKPKBES Taiping). Pekerja-pekerja yang … Continue reading Pekerja syarikat bas ekspres tidak dibayar gaji 3 bulan
Pekerja pembersihan yang diberhentikan kerja dapat kembali pekerja selepas rundingan damai
IPOH, PERAK: 2 daripada 3 orang pekerja pembersihan di Proton Tanjung Malim telah dipulihkan kerja selepas proses rundingan damai di Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) Perak pada 24 Jun 2020. Sesi yang diadakan pada 24 Jun 2020 ini merupakan rundingan damai yang kedua di bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan yang diadakan antara 3 orang pekerja … Continue reading Pekerja pembersihan yang diberhentikan kerja dapat kembali pekerja selepas rundingan damai