Mana tanah gantian untuk petani jika isu dah selesai?

Berikutan penyerahan memorandum oleh 7 orang petani dari Tanah Hitam kepada Pejabat Menteri Besar Perak pada 25 Julai 2019, Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu berkata bahawa masalah berkenaan sudah lama diselesaikan kerajaan sebelum pengumuman pemberian tanah kepada pemain pasukan bola sepak negeri Perak (menurut laporan Sinar Harian Online – 28 Julai 2019). Dalam satu … Continue reading Mana tanah gantian untuk petani jika isu dah selesai?

PSM lancar Kempen Perumahan di Johor

Johor Bahru: Parti Sosialis Malaysia (PSM) Johor melancarkan Kempen Perumahan di peringkat negeri Johor pada 28 Mei 2019 dalam satu sidang akhbar khas. Kempen tersebut bertujuan untuk mendesak Kerajaan Negeri Johor supya menyediakan perumahan yang benar-benar mampu milik untuk semua rakyat. Aktivis PSM Johor P. Mohan berkata, “Banyak rumah di negeri Johor dijual pada harga … Continue reading PSM lancar Kempen Perumahan di Johor

Notis 13 Mei untuk Ladang Bukit Jalil

oleh S. Arutchelvan  Notis Merah Pada 6 Mei 2019, notis merah dilekatkan di struktur lama Sekolah Tamil Ladang Bukit Jalil. Notis daripada Pihak Berkuasa Tanah Wilayah Persekutuan memberikan sehingga 13 Mei untuk kosongkan bangunan itu. Pada 7 Mei 2019, dua buah kereta yang membawa anggota daripada Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan sekali lagi memberikan … Continue reading Notis 13 Mei untuk Ladang Bukit Jalil

Penduduk Ladang Bukit Jalil diancam pengusiran paksa

BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR – 8 MEI 2019: Penduduk-penduduk di Ladang Bukit Jalil sedang menghadapi ancaman pengusiran paksa selepas menerima notis pengosongan tapak yang dikeluarkan oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan pada hari semalam (7 Mei 2019). Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan telah menggunakan Seksyen 425(1) Kanun Tanah Negara untuk mengarahkan … Continue reading Penduduk Ladang Bukit Jalil diancam pengusiran paksa

Isu pengusiran paksa penduduk Tanah Wakaf Abdul Cauder Butterworth

BUTTERWORTH, PULA PINANG: Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah menjalankan pengusiran paksa terhadap penduduk kampung yang masih tinggal di Tanah Wakaf Abdul Cauder, Jalan Mengkuang, Butterwoth, pada 14 Februari 2019, melalui tindakan pelaksanaan notis pengosongan tanah oleh bailif Mahkamah Butterworth. Penduduk-penduduk kampung telah cuba berunding dengan pihak MAINPP tetapi pihak MAINPP bertegas untuk … Continue reading Isu pengusiran paksa penduduk Tanah Wakaf Abdul Cauder Butterworth

Penduduk Kampung Seri Kesinai diancam pengusiran

KANGAR – 28 JANUARI 2019: Pejabat Menteri Besar Negeri Perlis telah dikunjungi oleh satu rombongan penduduk dari Kampung Seri Kesinai, Padang Besar, Perlis, pada hari ini yang membawa tuntutan supaya Menteri Besar Perlis Azlan bin Man mencampurtangan untuk menyelesaikan masalah pengusiran paksa yang sedang dihadapi mereka. Sebanyak 15 buah keluarga yang menetap untuk selama 35-40 … Continue reading Penduduk Kampung Seri Kesinai diancam pengusiran

Mahkamah Rayuan lebih hargai petani berbanding Kerajaan Negeri Perak

PUTRAJAYA - 14 NOVEMBER 2018: Mahkamah Rayuan nampaknya lebih menghargai sumbangan petani dan menghormati hak petani untuk mencari rezeki berbanding dengan Kerajaan Negeri Perak, apabila memutuskan untuk mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi yang mengusir petani-petani di Tronoh, Perak. Kerajaan Negeri Perak sama ada semasa zaman Barisan Nasional dahulu ataupun Pakatan Harapan sekarang, telah gagal menghargai sumbangan … Continue reading Mahkamah Rayuan lebih hargai petani berbanding Kerajaan Negeri Perak

Penduduk Pangsapuri Ampang Jajar diancam pengusiran

GEORGE TOWN, PULAU PINANG – 31 OKTOBER 2018: Sekumpulan penduduk dari Pangsapuri Ampang Jajar telah yang menghadapi ancaman pengusiran daripada Bahagian Perumahan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah berhimpun di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri di KOMTAR pada hari ini, untuk menyerahkan satu memorandum yang memohon pada Kerajaan Negeri Pulau Pinang supaya membatalkan notis pengusiran … Continue reading Penduduk Pangsapuri Ampang Jajar diancam pengusiran

Hentikan pengusiran paksa terhadap petani kawasan pertanian Kampung Kuala Bikam

BIDOR, PERAK: Sejak bulan Ogos 2018, kawasan pertanian dan penternakan ikan air tawar di kawasan tanah kerajaan yang terbiar di sekitar Kampung Kuala Bikam diancam oleh syarikat pengambilan pasir dan ejen-ejennya. Seramai 30 orang petani dan penternak dari Kampung Kuala Bikam sedang mengusahakan tanah bekas lombong seluas 190 ekar untuk lebih daripada 30 tahun  dengan … Continue reading Hentikan pengusiran paksa terhadap petani kawasan pertanian Kampung Kuala Bikam

Penduduk Green Cow lawan pengusiran paksa

CAMERON HIGHLANDS, PAHANG: 2 buah rumah penduduk di Green Cow, Kea Farm, Cameron Highlands, diancam dengan perobohan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands (PDTCH) dalam satu operasi pengusiran paksa yang berlaku pada 20 September 2018. Pihak PDTCH dan polis telah bertindak menggunakan kekerasan semasa perobohan rumah penduduk di situ, dan sebahagian rumah penduduk telah … Continue reading Penduduk Green Cow lawan pengusiran paksa