oleh Sharan Raj

Majlis Pekerjaan Negara (MPN) yang diwujudkan oleh Perikatan Nasional (PN) telah menyatakan akan mewujudkan 500,000 pekerjaan dengan memberikan lebih insentif kepada pelabur asing. Kenyataan Pemuda UMNO Shahril Hamdan bahawa Malaysia tidak mampu bersaing dengan negara yang menawarkan gaji rendah harus diambil berat.

Di samping itu, kapitalis antarabangsa enggan melabur kerana ketiadaan permintaan umum daripada rakyat sedunia. Maka, PN tidak boleh mengharapkan kapitalis antarabangsa untuk menyelamatkan negara.

Berikut adalah 3 cadangan daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk mewujudkan 30,000 pekerjaan dengan serta-merta untuk mengurangkan kadar pengangguran.

PolisiHuraianPotensi kerja baru
Benarkan tanah pertanian terbiar diusahakan oleh rakyat.Ketika ini, kos tanah pertanian yang tinggi menghalang anak muda daripada menceburi bidang pertanian tetapi terdapat 119,273.38 hektar tanah terbiar pada tahun 2014.   Maka, setiap individu yang berminat perlu dibenarkan untuk mengusahakan tanah berkeluasan kurang daripada 10 hektar selama 25 tahun tanpa modal hadapan.  

Selepas 25 tahun atau pengusaha tanah sudah bersara, tanah tersebut boleh diberikan kepada tenaga muda yang baru.  

Namun, kerajaan harus menghancurkan kartel dan kroni “orang tengah” yang sedang memiskinkan petani dan pesawah kecil di Malaysia.
12,000
Meningkatkan kecekapan tenaga di bangunan dengan Energy Performance Contract (EPC)Pada tahun 2015, bangunan kerajaan menggunakan 10% daripada keseluruhan penjanaan eletrik, bernilai hampir RM5 bilion, di Malaysia.  

EPC boleh digunakan  untuk meningkatkan kecekapan tenaga di bangunan kerajaan, di samping mewujudkan pekerjaan baru di sektor pembinaan dan merancakkan permintaan bahan binaan.  

Dengan EPC, kerajaan tidak perlu mengurangkan wang modal tetapi membayar kontraktor daripada pengurangan bil eletrik bulanan.
4,000
Penjimatan subsidi petrol-diesel disalurkan kepada pengangkutan awamKerajaan dijangka menerima penjimatan daripada subsidi petrol-diesel bernilai RM 12 bilion untuk tempoh tahun 2020-2021 kerana harga minyak yang rendah.  

Penjimatan tersebut perlu disalurkan untuk mewujudkan sistem pengangkutan awam. Kerajaan boleh membeli 13,300 bas eletrik dengan RM12 bilion untuk pengangkutan awam.  
14,000

=========

Sharan Raj ialah Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) merangkap Setiausaha PSM Melaka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *