Dapatkan informasi terkini mengenai Parti Sosialis Malaysia (PSM) sekarang dengan mengikuti saluran Telegram PSM.

==========

oleh Gandipan Nantha Gopalan

1. Pemuda Sosialis memandang serius hutang isi rumah yang telah meningkat ke 93.3% dan penurunan gaji lepasan siswazah yang telah sampai ke tahap gaji minimum negara. Pemuda Sosialis amat kecewa dengan tindakan kerajaan yang langsung tidak mengendahkan isu ini.

2. Pemuda Sosialis berpendapat bahawa kedua-kedua situasi ini berlaku bukan sahaja akibat pandemik, malah ia adalah kesan kegagalan dasar-dasar kerajaan selama lebih 20 tahun kebelakangan ini. Dasar penswastaan yang berleluasa dan polisi-polisi yang berpihak kepada keuntungan besar syarikat-syarikat swasta dan sistem perbankan telah membawa negara kita ke situasi dan ekonomi yang rapuh hari ini.

3. Walaupun masalah tunjangnya adalah akibat sistem ekonomi kapitalisme neoliberal, Pemuda Sosialis dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah mencadangkan beberapa pendekatan yang boleh diambil oleh kerajaan untuk membantu rakyat terutamanya sepanjang pandemik ini.

4. Pemuda Sosialis menggesa kerajaan untuk melaksanakan moratorium automatik terhadap pembayaran balik pinjaman bank, terutamanya kepada golongan B40, sehingga ekonomi menjadi stabil. Moratorium automatik akan memastikan rakyat mempunyai sedikit sebanyak wang untuk mereka memenuhi keperluan harian mereka dan memastikan ekonomi tempatan berjalan sedikit lancar. Pemuda Sosialis tidak memahami keperluan kerajaan untuk meneruskan pembayaran balik apabila pihak bank masih mencatatkan keuntungan berjuta-juta malah berbilion-bilion ringgit semasa moratorium fasa pertama.

5. Pemuda Sosialis berpendapat bahawa pendekatan-pendekatan yang diambil untuk “upskilling” dan melatih semula siswazah sebagai usaha menurunkan pengangguran tidak efektif langsung. Insentif-insentif kepada syarikat swasta langsung tidak masuk akal dalam usaha menangani pengangguran. Pemuda Sosialis ingin menggesa kerajaan untuk membuka luas sektor kerajaan melalui Skim Jaminan Pekerjaan sebagai satu usaha mewujudkan peluang pekerjaan. Pekerjaan-pekerjaan yang diwujudkan dalam skim ini harus diberikan gaji kehidupan wajar yang berpatutan berdasarkan jangka masa tertentu.

6. Kerajaan boleh fokus untuk merancakkan penyelidikan dan pengindustrian teknologi yang melibatkan tenaga hijau, menambahkan pekerja-pekerja sosial yang boleh membantu rakyat miskin dan mengutip data untuk kerajaan dan menambahkan tenaga pekerja di sektor kesihatan dan pendidikan. Pekerjaan yang diwujudkan melalui Skim Jaminan Pekerjaan akan menjadi satu anjakan paradigma yang efektif dalam menangani masalah pengangguran di negara kita. Pekerjaan-pekerjaan yang terjamin dengan gaji kehidupan wajar ini juga akan menekan majikan-majikan swasta yang menggunakan kesempatan kemelesetan ekonomi untuk mengurangkan tawaran gaji. Soalannya di sini, adakah kerajaan masa kini atau yang akan datang mempunyai keinginan politik untuk melaksanakannya? 

7. Pemuda Sosialis juga berpendapat bahawa satu skim Pendapatan Asas Sejagat (UBI) yang diubah suai dilancarkan supaya dapat membantu golongan miskin dan juga kepada pekerja-pekerja berpendapatan rendah yang telah kehilangan kerja. Kehilangan kerja dalam tempoh masa ini bukanlah salah rakyat atau golongan pekerja. Ia adalah disebabkan kegagalan polisi dalam mewujudkan pekerjaan dan disebabkan pandemik.

8. Pemuda Sosialis kecewa dengan respon Menteri-menteri kerajaan Perikatan Nasional yang menasihati lepasan graduan untuk menerima kerja yang mencecah paras gaji minimum. Alasan bahawa mempunyai kerja dalam tempoh masa ini lebih baik daripada menganggur adalah jawapan yang angkuh dan tidak bijak daripada Menteri-menteri tertentu.

9. Pemuda Sosialis berpendapat bahawa selagi kita bergantung kepada pelaburan asing untuk mewujudkan pekerjaan tanpa membuka luas sektor kerajaan, masalah pengangguran tidak akan diselesaikan langsung. Pendekatan seperti memberi elaun kepada para majikan yang mengambil lepasan graduan, pelepasan cukai dan lain-lain yang hanya fokus untuk menggembirakan para majikan tidak akan menyelesaikan masalah ini. Kegagalan pendekatan ini dapat kita lihat sejak zaman pentadbiran Pakatan Harapan yang gagal melibat terus dalam proses mewujudkan pekerjaan.

==========

Gandipan Nantha Gopalan ialah Setiausaha Pemuda Sosialis PSM.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s