Kenapa kacau simpanan hari tua pekerja?

Semasa membentangkan Belanjawan 2021 yang bertemakan “Teguh Kita, Menang Bersama” pada 6 November 2020, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, “… yang saya pasti dinanti-nantikan, Kerajaan mengumumkan kemudahan pengeluaran simpanan KWSP daripada Akaun 1 secara bersasar sebanyak RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 untuk 12 bulan. Pengeluaran ini adalah bagi membantu ahli-ahli yang … Continue reading Kenapa kacau simpanan hari tua pekerja?

Belgium: Pekerja beraksi pertahan perlindungan sosial

Lebih kurang 20,000 orang pekerja Belgium berarak dan berprotes di bandaraya Brussels, ibu negara Belgium, pada 28 Januari 2020, bersempena dengan aksi mogok nasional yang dianjurkan kesatuan sekerja untuk mempertahankan perlindungan sosial. Aksi massa ini dianjurkan oleh Persekutuan Umum Buruh Belgium (ABVV/FGTB), sebuah gabungan kesatuan sekerja sosialis di Belgium. Demonstran yang turun beraksi di jalanan … Continue reading Belgium: Pekerja beraksi pertahan perlindungan sosial

Perancis: Mogok hebat paksa kerajaan berkompromi

Setelah aksi mogok umum yang berterusan untuk lebih 6 minggu di Perancis untuk menentang “pembaharuan” terhadap sistem pencen oleh Kerajaan pimpinan Presiden Emmanuel Macron, dan gas pemedih mata terus berterbangan di jalanan bandar besar seperti Paris, Kerajaan Perancis akhirnya terpaksa menawarkan kompromi dalam usahanya menghentikan perjuangan kelas pekerja yang sedang menggugat kekuasaan pemerintah Perancis ini. … Continue reading Perancis: Mogok hebat paksa kerajaan berkompromi

Perancis: Pekerja mogok untuk lawan “pembaharuan” pencen

Walaupun momentum gerakan Jaket Kuning (Gilets jaunes) sudah merosot pada ketika ia menyambut ulangtahun pertamanya pada bulan lalu, tetapi negara Perancis sekarang dilanda pula dengan gelombang aksi mogok pekerja yang terbesar sejak tahun 2010. Pekerja-pekerja Perancis yang marah pada rancangan kerajaan Presiden Emmanuel Macron untuk melaksanakan “pembaharuan” terhadap pencen yang bakal menghakis perlindungan hari tua mereka, … Continue reading Perancis: Pekerja mogok untuk lawan “pembaharuan” pencen

Hentikan skim pencen penjawat awam? Adakah Kerajaan Pakatan Harapan kehilangan akal?

oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Baru-baru ini, kenyataan daripada penjawat awam berpangkat tertinggi, Datuk Seri Borhan Dolah, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, dan juga Datuk Seri Dr. Ismail Hj Bakar, Ketua Setiausaha Negara, mengatakan bahawa Kerajaan sedang mempertimbangkan secara serius tentang cadangan untuk menghentikan skim pencen bagi penjawat awam. Tun Dr. Mahatir melibatkan dirinya dalam kontroversi … Continue reading Hentikan skim pencen penjawat awam? Adakah Kerajaan Pakatan Harapan kehilangan akal?

Lanjutkan usia persaraan satu tindakan salah

oleh Wan Zamzahidi bin Wan Zahid Hari ini, kita membaca di media-media utama tentang kenyataan Menteri Sumber Manusia, S. Kulasegaran bahawa kerajaan sedang mengkaji cadangan untuk menaikkan had sia persaraan wajib dari 60 tahun kepda 65 tahun. Ianya dikatakan ini adalah cadangan daripada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) atas sebab melihat kepada keadaan sekarang yang … Continue reading Lanjutkan usia persaraan satu tindakan salah

Langkah-langkah untuk menangani masalah yang dihadapi B20

oleh Dr. Jeyakumar Devaraj  (Berikut ialah cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Dr. Jeyakumar Devaraj kepada Pejabat Perdana Menteri, berkaitan dengan isu-isu yang dihadapi golongan berpendapatan terendah di negara kita. Cadangan-cadangan ini terkandung dalam memorandum yang diserahkan pada 24 Januari 2019 kepada Muhammed Abdul Khalid, selaku Penasihat Ekonomi kepada Perdana Menteri.) B20 merujuk kepada 20% isi rumah … Continue reading Langkah-langkah untuk menangani masalah yang dihadapi B20

Tingkatkan umur persaraan demi dapatkan wang simpanan yang cukup untuk bersara?

Menurut laporan akhbar The Sunday Daily pada 3 Oktober 2018, dengan tajuk “Government mulls reviewing retirement age” (Kerajaan pertimbangkan untuk mengkaji semula umur persaraan), Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran berkata bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengkaji semula umur persaraan 60 tahun pada masa kini, kerana terdapat ramai persara tidak mempunyai simpanan yang mencukupi untuk … Continue reading Tingkatkan umur persaraan demi dapatkan wang simpanan yang cukup untuk bersara?