BANGI, SELANGOR: Pada 12 Mac 2020, Lo Yoon Keong atau lebih dikenali sebagai Ah Keong, menang dalam kes di Mahkamah Buruh Bangi berkenaan isu pembuangan kerja tidak sah terhadapnya oleh pihak majikan. Ini merupakan satu kemenangan kepada seorang pemandu lori yang tidak berpelajaran dan dinafikan jaminan kerja oleh majikannya, Kong Hardware Trading. Ah Keong berjaya mendapat gaji ganti notis dan … Continue reading Pemandu lori menang kes di Mahkamah Buruh Bangi
Penindasan kelas tidak mengira kaum – satu catatan Arutchelvan
oleh S. Arutchelvan Hari ini (20 Februari 2020), saya bersama dengan saudari Paremas Elumalai telah menghadiri satu perbicaraan kes di Mahkamah Buruh Bangi. Namun, pihak majikan untuk kes ini, Kong Hardware Trading, tidak hadir ke perbicaraan dan Pengerusi Mahkmah, Tuan Junaidi, mengarahkan untuk kes dijalankan secara ex-parte. Dalam kes ini, seorang pemandu lori yang bernama Lo Yoon Keong, telah dibuang kerja oleh majikannya tanpa notis secara tiba-tiba dan tanpa sebarang alasan. … Continue reading Penindasan kelas tidak mengira kaum – satu catatan Arutchelvan
KWSP jangan biar pekerja jadi mangsa
oleh Rani Rasiah 1. Menurut Seksyen 48(4)(b) Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), majikan yang gagal memotong caruman daripada gaji pekerja untuk sesuatu bulan, dibenarkan membuat potongan caruman tersebut daripada gaji mana-mana enam bulan berikutan sahaja, dan bukan selepas itu. 2. Tetapi dua buah syarikat pengangkutan - Hong Heng Transport & Trading Sdn Bhd di Keramat … Continue reading KWSP jangan biar pekerja jadi mangsa
Syarikat pengangkutan yang keji cuba tipu wang pemandu lori
IPOH, PERAK – 1 JUN 2019: Sekumpulan pemandu lori membuat aduan polis di Ibupejabat Polis Daerah Ipoh pada hari ini terhadap syarikat Hong Heng Transport & Trading Sdn Bhd yang berniat jahat kerana cuba mendapatkan wang secara tidak sah daripada pekerja-pekerjanya. Pemandu-pemandu lori yang membuat aduan polis ini sedang atau pernah bekerja untuk majikan Hong … Continue reading Syarikat pengangkutan yang keji cuba tipu wang pemandu lori
Mahkamah batalkan saman majikan, pemandu lori menang kes caruman KWSP
Pada awal tahun 2017, Gabungan Pemandu Lori telah membuat aduan di ibupejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terhadap 9 buah syarikat pengangkutan kerana membuat caruman mengikut jumlah yang sepatutnya. Salah sebuah syarikat ialah Teik Joo Chan Sdn Bhd. Selepas penyiasatan, KWSP mendapati syarikat Teik Joo Chan Sdn Bhd bertanggungjawab dan mengarahkan pihak majikan untuk membayar … Continue reading Mahkamah batalkan saman majikan, pemandu lori menang kes caruman KWSP
Suami isteri tuntut keadilan kerana dibuang kerja atas pertuduhan tidak sah
Roman dan isterinya Maheswary bekerja di sebuah ladang di Gemencheh, Negeri Sembilan. Maheswary bekerja dengan Nam Bee Company, manakala Roman bekerja sebagai pemandu lori di The Muar Rice and Transport Co. Sdn Bhd, anak syarikat kepada Nam Bee Company. Kedua-dua mereka telah diberhentikan kerja atas dua pertuduhan, iaitu memukul seorang warga Nepal dan mengingkar arahan … Continue reading Suami isteri tuntut keadilan kerana dibuang kerja atas pertuduhan tidak sah
Majikan guna helah untuk elak caruman penuh KWSP
Apa itu “pembayaran balik perjalanan” (trip reimbursement)? Kebanyakan pemandu lori tidak akan faham kata-kata besar ini. Tetapi pemandu-pemandu lori di syarikat logistik Cold Chain Network (CCN), sedar bahawa ini cuma satu helah majikan untuk melarikan diri daripada membuat caruman KWSP yang sepenuhnya. S. Maniam, salah seorang pemandu lori syarikat tersebut telah mengheret majikannya iaitu syarikat … Continue reading Majikan guna helah untuk elak caruman penuh KWSP