Dapatkan informasi terkini mengenai Parti Sosialis Malaysia (PSM) sekarang dengan mengikuti saluran Telegram PSM.

==========

oleh Sharan Raj

Merujuk kepada peristiwa pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Ipoh yang didapati positif untuk ujian dadah Methamphetamine dan Amphetamine. Dari masa ke semasa, Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengetengahkan isu penindasan sistematik terhadap pemandu kenderaan berat yang sehingga menyebabkan penyalahgunaan dadah.

Gaji pemandu kenderaan berat amat rendah jikalau dibandingkan dengan beban kerjanya. Persatuan untuk syarikat-syarikat logistik juga beroperasi seperti kartel yang mengawal gaji pemandu. Malah ada sesetengah syarikat logistik menganggap pemandu sebagai “kontraktor bebas” untuk mengelakkan daripada membayar insurans kesihatan, KWSP dan PERKESO.

Pemandu kenderaan berat terpaksa bekerja lebih masa termasuk pada hujung minggu untuk memperolehi gaji cukup sara hidup. Jangka waktu kerja panjang memerlukan pemandu untuk mengekang masa tidur dan rasa penat. Methamphetamine dan Amphetamine mengurangkan keperluan rasa mengantuk dan penat tetapi mengurangkan pertimbangan dan respon yang menyebabkan kemalangan jalan raya.

Ramai orang tidak tahu bahawa Methamphetamine pernah digunakan oleh rejim Hitler ke atas tentera Jerman Nazi semasa Perang Dunia II. Methamphetamine digunakan untuk menyekat keletihan tetapi menimbulkan tingkah laku ganas dalam kalangan tentera Jerman Nazi.

Penggunaan Methamphetamine dan Amphetamine untuk jangka masa panjang akan menyebabkan tingkah laku agresif. Hal ini merupakan punca kebanyakan pemandu lori melakukan keganasan rumahtangga terhadap ahli keluarga masing-masing. Malaysia tidak boleh menyelesaikan masalah salah guna dadah untuk pekerjaan dengan anggapan bahawa ia hanya perangai individu, dan membanterasnya dengan penahanan polis, kerana ia tidak menyelesaikan masalah utama.

Kerajaan Persekutuan perlu mewujudkan kesatuan nasional untuk pemandu kenderaan berat supaya memperbaiki keadaan kerja melalui rundingan kolektif.

==========

Sharan Raj ialah Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *