Malaysia Bekerja: Nasionalisasi semula kerja perkhidmatan sokongan

(Siri “Malaysia Bekerja” - 3) oleh Sharan Raj Kenyataan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz bahawa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan menjana 500,000 pekerjaan tanpa polisi kukuh merupakan sebuah gimik politik. Kekurangan pengetahuan ekonomi rakyat dan menjana pekerjaan oleh Zafrul sedang menyebabkan rakyat merana. Kerajaan perlu mengambilalih dan menambah pekerja penyelenggaraan seperti pekerja pembersihan … Continue reading Malaysia Bekerja: Nasionalisasi semula kerja perkhidmatan sokongan

Afrika Selatan: Pekerja bermogok tuntut perubahan dasar yang radikal

(foto: Twitter SAFTU) Ratusan ribu pekerja Afrika Selatan mengambil bahagian dalam mogok besar-besaran yang diadakan pada 24 Februari 2021. Mogok umum yang diadakan oleh Persekutuan Kesatuan Sekerja Afrika Selatan (SAFTU) yang terdiri daripada 24 buah kesatuan sekerja ini mengetengahkan tuntutan pekerja untuk perubahan radikal terhadap dasar ekonomi negara Afrika Selatan, termasuk pemiliknegaraan semua industri monopoli … Continue reading Afrika Selatan: Pekerja bermogok tuntut perubahan dasar yang radikal

India: 250 juta orang mogok lawan dasar neoliberal Modi

Negara India menyaksikan aksi mogok yang boleh dikatakan terbesar dalam sejarah pada 26 November 2020, dengan lebih 250 juta orang pekerja dan petani, bersama-sama dengan golongan pelajar dan masyarakat sivil, mengambil bahagian dalam mogok yang diadakan di seluruh negara itu. Aksi mogok nasional ini diadakan bersempena Hari Perlembagaan India, yang jatuh pada 26 November setiap … Continue reading India: 250 juta orang mogok lawan dasar neoliberal Modi

Kenapa kacau simpanan hari tua pekerja?

Semasa membentangkan Belanjawan 2021 yang bertemakan “Teguh Kita, Menang Bersama” pada 6 November 2020, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, “… yang saya pasti dinanti-nantikan, Kerajaan mengumumkan kemudahan pengeluaran simpanan KWSP daripada Akaun 1 secara bersasar sebanyak RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 untuk 12 bulan. Pengeluaran ini adalah bagi membantu ahli-ahli yang … Continue reading Kenapa kacau simpanan hari tua pekerja?

Afrika Selatan: Mogok pekerja ketengah isu korupsi dan kehilangan kerja

Mogok besar-besaran di Afrika Selatan pada 7 Oktober 2020 yang melumpuh negara itu, telah mengetengahkan pelbagai isu sosio-ekonomi yang menjejaskan kehidupan kelas pekerja. Demonstrasi telah diadakan di bandar-bandar dan pekan-pekan seluruh negara Afrika Selatan untuk menyuarakan ketidakpuasan hati golongan pekerja terhadap masalah korupsi, kehilangan kerja, kegagalan kerajaan Afrika Selatan dalam menyediakan perlindungan kepada rakyat ketika … Continue reading Afrika Selatan: Mogok pekerja ketengah isu korupsi dan kehilangan kerja

Indonesia: Undang-undang Omnibus diluluskan walaupun dibantah hebat pekerja

(foto: Barcroft Media / Getty Images) Kerajaan Indonesia pimpinan Presiden Joko Widodo (atau lebih dikenali sebagai Jokowi) telah berdegil untuk memperkenalkan Undang-undang Sapu Jagat (Omnibus Law) walaupun mendapat tentangan yang hebat daripada gerakan pekerja dan masyarakat sivil di negara itu. Parlimen Indonesia telah meluluskan Undang-undang Omnibus yang dikenali sebagai Undang-undang Cipta Kerja pada 5 Oktober … Continue reading Indonesia: Undang-undang Omnibus diluluskan walaupun dibantah hebat pekerja

Indonesia: Aksi massa tolak Omnibus Law yang ancam hak pekerja dan alam sekitar

75 tahun dahulu, pada 17 Ogos 1945, Sukarno yang diiringi oleh Mohammad Hatta mengisytihar kemerdekaan Indonesia, menandakan permulaan Revolusi Nasional Indonesia yang akhirnya membebaskan negara itu sepenuhnya daripada penjajahan kolonialis Belanda. 75 tahun kemudian, ketika negara Indonesia menyambut Hari Kemerdekaannya, dan pada masa yang sama sedang menghadapi ancaman pandemik COVID-19, Kerajaan Indonesia yang dipimpin oleh … Continue reading Indonesia: Aksi massa tolak Omnibus Law yang ancam hak pekerja dan alam sekitar