25 Januari 2021 yang akan datang ini menandakan genapnya setahun kes COVID-19 pertama disahkan Malaysia. Sepanjang setahun yang lalu, bukan sahaja negara Malaysia, malah negara-negara di seluruh dunia, telah mengalami impak yang teruk akibat daripada pandemik yang paling hebat pada zaman kita. Setakat ini (8 Januari 2021), jumlah kes jangkitan COVID-19 yang terkumpul di seluruh … Continue reading Situasi COVID-19 di Malaysia membimbangkan
Pekerja migran di pawagam GSC tidak dibayar gaji 6 bulan
SUBANG JAYA - 8 SEPTEMBER 2020: 9 orang pekerja dari Sri Lanka yang bekerja di panggung wayang telah diusir keluar dari asrama pekerja tanpa dibayar gaji oleh majikan mereka sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada bulan Mac 2020. Pekerja-pekerja dari Sri Lanka yang diupah oleh syarikat UMR Solutions Sdn Bhd ini, telah dibawa masuk … Continue reading Pekerja migran di pawagam GSC tidak dibayar gaji 6 bulan
Tahanan migran di Sabah “dilayan seperti binatang”
Keadaan pekerja migran tanpa dokumen yang berada di pusat tahanan imigresen di Sabah yang dilayan secara tidak berperikemanusiaan, telah didedahkan baru-baru ini dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Koalisi Buruh Migran Berdaulat dan Komisi Hak Asasi Manusia (Komnas HAM) Indonesia dalam satu sidang akhbar pada 5 Ogos 2020. Komnas HAM, iaitu suruhanjaya hak asasi … Continue reading Tahanan migran di Sabah “dilayan seperti binatang”
Pastikan majikan pekerja migran patuhi undang-undang dalam perang terhadap COVID-19
oleh Cecilia Anthonysamy Alasan utama pekerja migran tanpa dokumen ditangkap, yang diberikan oleh kerajaan pada masa kita sibuk berperang menumpaskan penularan COVID-19 adalah disebabkan oleh posisi sebegini: “Kerajaan perlu menegakkan kedaulatan undang-undang dan tidak boleh membiarkan warga asing memasuki negara ini secara haram ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan.” (Petikan daripada laporan portal berita Malaysiakini, 24 Mei 2020). Migran menjadi tidak … Continue reading Pastikan majikan pekerja migran patuhi undang-undang dalam perang terhadap COVID-19
Begitu ramai PATI, tanggungjawab siapa?
oleh Rani Rasiah Serbuan yang kerap dan keras oleh pihak Imigresen ke atas komuniti migran semasa Perintah Kawalan Pengerakan menjadi salah satu ciri utama pandemik COVID-19 di Malaysia. Serbuan tersebut mendatangkan pelbagai reaksi daripada orang ramai dan didominasi oleh sentimen anti-pendatang dan xenofobia. Siapa yang harus dipersalahkan untuk Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) atau warga asing tanpa dokumen ini? … Continue reading Begitu ramai PATI, tanggungjawab siapa?
PATI – Sasaran kebencian yang tersasar
oleh S. Arutchelvan PATI (Pendatang Tanpa Izin), dalam erti kata yang lain juga dikenali sebagai Pendatang Haram. Bahasa yang lebih lembut ialah “Pekerja Tanpa Dokumen”. Seminggu dua ini, media massa penuh dengan rasa kebencian terhadap pekerja migran dan pelarian. Beberapa insiden menyemarakkan dan mencetuskan kebencian ini. Salah satunya adalah bot yang membawa masyarakat pelarian Rohingya … Continue reading PATI – Sasaran kebencian yang tersasar
Penangkapan besar-besaran terhadap migran boleh jejas usaha lawan COVID-19
Pada 1 Mei 2020 yang lalu, iaitu ketika dunia menyambut Hari Pekerja Antarabangsa di bawah bayangan ancaman pandemik COVID-19, berlakunya penangkapan besar-besaran terhadap pekerja-pekerja migran tanpa dokumen di Kuala Lumpur. Penangkapan besar-besaran ini berlaku di kawasan Masjid India yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan yang Diperketatkan (PKPD). Dilaporkan seramai 586 orang, termasuk kanak-kanak bawah umur, telah … Continue reading Penangkapan besar-besaran terhadap migran boleh jejas usaha lawan COVID-19
Diskriminasi terhadap pekerja migran di Masjid India akan bawa bencana kepada semua
oleh Soh Sook Hwa Apabila kita menyaksikan negara Kuba menghantar pasukan perubatan ke Eropah untuk membantu dalam memerangi pandemik COVID-19, Kerajaan Malaysia menunjukkan sikap tidak berperikemanusiaan kepada dunia dengan enggan memberikan sumbangan makanan kepada pekerja migran di Selangor Mansion dan Malayan Mansion. Kedua-dua bangunan yang terletak di Kuala Lumpur ini telah diwartakan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) susulan … Continue reading Diskriminasi terhadap pekerja migran di Masjid India akan bawa bencana kepada semua
Catatan COVID-19: Bagaimana nasib pekerja asing?
oleh Nik Aziz Afiq Pada 3 April lalu, saya dan rakan-rakan sekolah lama saya di Semenyih berpeluang menyertai sebuah misi bantuan kemanusiaan untuk membantu mereka yang terputus bekalan makanan. Sedikit kelainan dalam misi ini ialah ia bukan menyasarkan warga tempatan, sebaliknya para pekerja dan mahasiswa warga Indonesia. Mungkin ada yang tertanya apa perlunya dibantu warga … Continue reading Catatan COVID-19: Bagaimana nasib pekerja asing?
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) – Adakah situasi terkawal?
oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Dengan kita sekarang ini sudah melalui fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 16 Mac 2020, adalah masanya untuk menilai kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ke atas penularan wabak COVID-19. Graf di bawah yang mencatatkan bilangan kes baru COVID-19 yang disahkan untuk 9 hari yang lalu (22-30 … Continue reading Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) – Adakah situasi terkawal?