Permintaan kerajaan Bangladesh kepada kerajaan Malaysia untuk menangkap dan mengekstradisi dua ornag individu yang terlibat dalam skandal penipuan kuota pengambilan pekerja migran adalah dialu-alukan.
Pencaruman KWSP wajib bagi pekerja migran satu langkah baik
Adalah penting untuk mewujudkan faedah pekerja yang standard bagi kedua-dua pekerja tempatan dan pekerja migran.
Perlukan perubahan dasar untuk hapuskan perhambaan moden – Komen sempena Hari Migran Antarabangsa 2021
Pada zaman moden ini, masih wujudnya syarikat korporat yang mempunyai mentaliti pemilik hamba, dan melayan pekerja-pekerja mereka seperti hamba.
Pekerja migran di hospital kerajaan ditinggalkan majikan tanpa makanan
Pekerja-pekerja migran yang ditinggalkan oleh majikan mereka tanpa makanan beberapa bulan yang lepas mendapat sedikit kelegaan baru-baru ini apabila mereka mendapat balik gaji tertunggak satu bulan, dan masih tunggu lagi untuk gaji sebulan yang belum dibayar…
Perhambaan yang tersembunyi
Perhambaan zaman moden selalunya tidak mempunyai kesan visual yang jelas, tetapi ia agak berleluasa. Tanpa penguatkuasan yang berkesan, undang-undang buruh yang sepatutnya melindungi pekerja itu hanya sekadar hak di atas kertas.
Masyarakat sivil gesa PM hentikan operasi penangkapan warga asing tanpa dokumen dan fokus pada matlamat kawal penularan wabak COVID-19
Forum Kesihatan Rakyat mengemukakan satu petisyen yang disokong oleh 81 buah organisasi kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, dengan seruan kepada pihak Kerajaan supaya menghentikan operasi penangkapan warga asing tanpa dokumen yang sebenarnya tidak membantu dalam mengawal penularan wabak COVID-19.
Pekerja migran yang ditahan di Sabah alami pencabulan hak asasi secara sistematik
Pekerja-pekerja migran yang ditahan dan dihantar pulang ke negara asal mereka dari Malaysia, telah mengalami pencabulan hak asasi manusia secara sistematik. Ini bukannya perkara yang baharu, tetapi terus didedahkan, termasuk dalam laporan pencarian fakta mengenai keadaan migran Indonesia yang dihantar pulang dari negeri Sabah ke Indonesia yang diterbitkan baru-baru ini oleh Koalisi Buruh Migran Berdaulat … Continue reading Pekerja migran yang ditahan di Sabah alami pencabulan hak asasi secara sistematik
Hentikan layanan buruk terhadap warga migran semasa pandemik COVID-19
oleh Gabungan Hak Pekerja Migran untuk Pembelaan (MWR2R) Gabungan Hak Pekerja Migran untuk Pembelaan(Migrant Workers’ Right to Redress, MWR2R) terus berasa khuatir tentang beberapa perkara yang menjejaskan para warga migran - pekerja migran, pelarian, pencari suaka, dan pasangan bukan warganegara - sejak pandemik COVID-19 melanda negara kita. Terdapat dua perkara yang banyak mendapat liputan media. … Continue reading Hentikan layanan buruk terhadap warga migran semasa pandemik COVID-19
Situasi COVID-19 di Malaysia membimbangkan
25 Januari 2021 yang akan datang ini menandakan genapnya setahun kes COVID-19 pertama disahkan Malaysia. Sepanjang setahun yang lalu, bukan sahaja negara Malaysia, malah negara-negara di seluruh dunia, telah mengalami impak yang teruk akibat daripada pandemik yang paling hebat pada zaman kita. Setakat ini (8 Januari 2021), jumlah kes jangkitan COVID-19 yang terkumpul di seluruh … Continue reading Situasi COVID-19 di Malaysia membimbangkan
Pekerja migran di pawagam GSC tidak dibayar gaji 6 bulan
SUBANG JAYA - 8 SEPTEMBER 2020: 9 orang pekerja dari Sri Lanka yang bekerja di panggung wayang telah diusir keluar dari asrama pekerja tanpa dibayar gaji oleh majikan mereka sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada bulan Mac 2020. Pekerja-pekerja dari Sri Lanka yang diupah oleh syarikat UMR Solutions Sdn Bhd ini, telah dibawa masuk … Continue reading Pekerja migran di pawagam GSC tidak dibayar gaji 6 bulan