PSM menyeru pada Kerajaan Malaysia supaya membatalkan dengan serta-merta keputusan untuk mengurangkan gaji pekerja kontrak di sekolah-sekolah kerajaan.
Pastikan pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan sekolah diutamakan dalam vaksinasi bersama guru di sekolah
Pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan di sekolah harus disenaraikan sebagai penerima vaksin dengan secepat mungkin, dan diiktiraf sebagai barisan hadapan pada ketika negara kita sedang berdepan dengan pandemik.
Keluarga B20 perlukan program sokongan pendapatan bersasar
Adalah tidak berguna hanya sekadar melaungkan “kita jaga kita” sekiranya kita tidak menangani realiti bahawa PKP mempengaruhi lapisan masyarakat yang berbeza dengan kesan yang berbeza. Kita perlu memastikan bahawa mereka yang paling terjejas oleh PKP diberikan sokongan yang diperlukan oleh mereka.
Malaysia Bekerja: Nasionalisasi semula kerja perkhidmatan sokongan
(Siri “Malaysia Bekerja” - 3) oleh Sharan Raj Kenyataan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz bahawa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan menjana 500,000 pekerjaan tanpa polisi kukuh merupakan sebuah gimik politik. Kekurangan pengetahuan ekonomi rakyat dan menjana pekerjaan oleh Zafrul sedang menyebabkan rakyat merana. Kerajaan perlu mengambilalih dan menambah pekerja penyelenggaraan seperti pekerja pembersihan … Continue reading Malaysia Bekerja: Nasionalisasi semula kerja perkhidmatan sokongan
Iktiraf pekerja pembersihan hospital sebagai frontliner
Kenyataan oleh Kesatuan Pekerja-Pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan Di Hospital-Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia (KPSPSHKSM) Kesatuan Pekerja-Pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan Di Hospital-Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia (KPSPSHKSM) mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk memasukkan pekerja kontrak di hospital kerajaan dalam fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Keputusan kerajaan tersebut jelas menunjukkan bahawa pekerja pembersihan hospital kerajaan juga harus diiktiraf sebagai … Continue reading Iktiraf pekerja pembersihan hospital sebagai frontliner
JPKK gesa Kementerian Kewangan hapuskan sistem kontrak untuk jimat dana kerajaan
PUTRAJAYA – 18 DISEMBER 2020: Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) menyerahkan satu memorandum kepada Kementerian Kewangan pada hari ini, dengan tuntutan menghapuskan sistem kontrak di premis kerajaan supaya mengembalikan jaminan kerja kepada pekerja-pekerja perkhidmatan sokongan seperti pekerja pembersihan, tukang kebun dan pengawal keselamatan yang bertugas di premis kerajaan. Antara mereka yang hadir semasa penyerahan memorandum … Continue reading JPKK gesa Kementerian Kewangan hapuskan sistem kontrak untuk jimat dana kerajaan
Kembalikan jaminan kerja: JPKK lancar kempen desak penghapusan sistem kontrak di hospital dan sekolah kerajaan
Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) melancarkan kempen “Hapus Sistem Kontrak – Jaminan Kerja untuk Semua” dalam satu sidang akhbar atas talian yang diadakan pada 19 November 2020. Sidang akhbar anjuran JPKK ini telah mengetengahkan isu-isu yang dihadapi oleh pekerja-pekerja barisan hadapan (frontliner) yang dilupakan atau diabaikan dalam keadaan ancaman pandemik pada ketika ini, di samping … Continue reading Kembalikan jaminan kerja: JPKK lancar kempen desak penghapusan sistem kontrak di hospital dan sekolah kerajaan
Pengawal keselamatan sekolah menang kes di Mahkamah Tinggi Seremban
SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN: Mahkamah Tinggi Seremban telah memutuskan pada 15 Jun 2020 untuk menolak rayuan kes daripada pihak majikan BT Security Services Sdn Bhd, memberikan satu lagi kemenangan kepada warga pekerja. Kes yang diputuskan semalam merupakan kes rayuan yang difailkan oleh syarikat BT Security Services Sdn Bhd pada bulan September 2019 terhadap keputusan Mahkamah Buruh Seremban yang … Continue reading Pengawal keselamatan sekolah menang kes di Mahkamah Tinggi Seremban
Kenapa pekerja pembersihan hospital kerajaan tidak diiktiraf sebagai barisan hadapan?
oleh M. Sarasvathy Menurut kenyataan daripada Ketua Pengarah Kesihatan Dr. Noor Hisham Abdullah pada 29 Mac 2020, jumlah kematian yang disebabkan oleh wabak COVID-19 mencecah 35 orang. Malah, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dipanjangkan oleh kerajaan sehingga 14 Mac 2020. Keadaan ini menunjukkan bahawa ancaman penularan wabak COVID-19 adalah semakin serius dan orang ramai berisiko untuk … Continue reading Kenapa pekerja pembersihan hospital kerajaan tidak diiktiraf sebagai barisan hadapan?
Kenapa Edgenta UEMS abaikan kesihatan pekerja pembersihan di Hospital Teluk Intan?
Pekerja-pekerja pembersihan yang ditempatkan di jabatan hospital yang disahkan terdapat jangkitan COVID-19 dalam kalangan kakitangan, dinafikan saringan COVID-19 oleh pihak syarikat kontraktor yang mengupah mereka. Adakah syarikat kontraktor Edgenta UEMS tidak mempedulikan keselamatan dan nyawa pekerjanya? Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Dr Noor Hisham Abdullah pada hari ini (25-3-2020), seramai 37 orang petugas kesihatan … Continue reading Kenapa Edgenta UEMS abaikan kesihatan pekerja pembersihan di Hospital Teluk Intan?
