Perubahan parti politik tanpa perubahan sistem hanya sekadar mengitar semula masalah-masalah dan penyakit lama.
Pilihanraya Presiden Perancis 2022: Macron dan Le Pen mara ke pusingan penentu
Pengundi Perancis sekali lagi terpaksa berdepan dengan pilihan yang sukar, sama ada terus memilih untuk mengekalkan seorang Presiden yang mengamalkan dasar neoliberal yang membawa kesengsaraan kepada rakyat biasa, ataupun mengundi seorang politikus pelampau kanan yang mengapi-apikan sentimen perkauman dan hendak memerintah dengan cara yang lebih autoritarian.
Perlunya parti yang melawan arus
Kita perlukan suatu peralihan, daripada mengundi parti-parti yang menjual retorik “kaum” kepada alternatif politik yang meletakkan perjuangan kelas masyarakat sebagai agenda utamanya.
Bukan soal parti anak muda, tetapi prinsip dan ideologi perjuangan
oleh Nik Aziz Afiq bin Abdul Saya tertarik dengan laporan akhbar di mana YB Syed Saddiq diberitakan tidak menyertai parti Pejuang yang ditubuhkan “bos”” beliau, sebaliknya bercadang untuk menubuhkan parti baru berteraskan anak muda dan lebih utama ia berbilang kaum. Ketertarikan saya itu cepat pula pudar apabila kenyataan seterusnya dibaca bahawa meskipun menubuhkan parti lain, beliau tetap berikan sokongan … Continue reading Bukan soal parti anak muda, tetapi prinsip dan ideologi perjuangan
Pilihanraya Singapura: PAP kekal berkuasa tapi sokongan merosot
Pilihanraya Umum Singapura telah diadakan pada 10 Julai 2020 di bawah bayangan pandemik COVID-19, dengan keputusannya menyaksikan parti pemerintah Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang berkuasa sejak tahun 1959 (iaitu sebelum negara Singapura mencapai kemerdekaan) masih menguasai majoriti selesa dalam Parlimen Singapura, tetapi sokongan pengundi kepada PAP telah merosot secara signifikan dengan parti pembangkang telah memperoleh … Continue reading Pilihanraya Singapura: PAP kekal berkuasa tapi sokongan merosot
Thailand: Parti anti-tentera dibubarkan mahkamah
Walaupun Thailand tidak lagi diperintah oleh kediktatoran tentera secara rasminya, tetapi kekuasaan kediktatoran tentera masih bertapak kukuh di negara itu, dengan bukti terbarunya adalah parti politik yang paling lantang bersuara menentang kekuasaan tentera telah dibubarkan oleh mahkamah dan pemimpinnya dilarang daripada mengambil bahagian dalam politik untuk 10 tahun. Mahkamah Perlembagaan Thailand memutuskan pada 21 Februari … Continue reading Thailand: Parti anti-tentera dibubarkan mahkamah
Pilihanraya Sepanyol: Hantu Franco sedang dihidupkan kembali
Sepanyol mengadakan pilihanraya umumnya yang kedua dalam tahun ini pada 11 November 2019, dengan keputusannya parti pemerintah berhaluan kiri-tengah, Parti Pekerja Sosialis Sepanyol (PSOE) pimpinan penyandang jawatan Perdana Menteri Pedro Sánchez, kekal sebagai parti terbesar dalam Parlimen tetapi jumlah kerusi sudah berkurang, sementara parti pelampau kanan Vox menunjukkan peningkatan yang hebat dari segi sokongan undi. … Continue reading Pilihanraya Sepanyol: Hantu Franco sedang dihidupkan kembali
Pilihanraya Belgium: Parti Pekerja bangkit sebagai alternatif nyata
Pilihanraya Parlimen Eropah pada tahun ini menghasilkan keputusan yang pedih dan mengecewakan untuk parti-parti berhaluan kiri di Eropah, dengan kerusi yang dikuasai oleh Kiri Bersatu Eropah / Kiri Hijau Nordik (GUE/NGL) telah merosot dari 52 kepada 38. Namun, prospek untuk golongan kiri tidak begitu malap malah wujudnya harapan yang memberangsangkan di Belgium, apabila Parti Pekerja … Continue reading Pilihanraya Belgium: Parti Pekerja bangkit sebagai alternatif nyata
Pilihanraya Sepanyol: Polarisasi kiri-kanan yang ketara
Parti Pekerja Sosialis Sepanyol (PSOE) yang dipimpin oleh penyandang jawatan Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sánchez, sebuah parti berhaluan kiri-tengah yang sudah lama wujud, telah muncul sebagai parti yang terbesar dalam Parlimen Sepanyol, berikutan pilihanraya umum yang diadakan pada 28 April 2019, dengan peroleh undi dan kerusi yang lebih banyak berbanding 3 tahun dahulu. Parti Rakyat … Continue reading Pilihanraya Sepanyol: Polarisasi kiri-kanan yang ketara
Takut apa pada Sosialisme?
(Rencana khas Ulangtahun ke-21 penubuhan PSM) oleh S. Arutchelvan Beberapa hari yang lalu, Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia Soam Heng Choon memberi amaran bahawa negara ini bukan negara Sosialis dan memberi teguran terhadap sebarang niat oleh kerajaan untuk mengawal harga perumahan. Beliau berkata kita kena membenarkan pasaran bebas untuk menentukan harga barangan. Inilah … Continue reading Takut apa pada Sosialisme?