Papua Barat: Kematian Filep Karma harus disiasat terperinci

Filep Karma (1959-2022) Kenyataan media oleh Kumpulan Kerja Papua Barat, Biro Antarabangsa Parti Sosialis Malaysia (PSM).  Parti Sosialis Malaysia (PSM) ingin menyampaikan salam takziah ke atas pemergian seorang tokoh pejuang hak asasi manusia, Filep Karma. Mayat Filep Karma ditemui di Pantai Base G, Jayapura, pada 1 November 2022 selepas melakukan hobi menyelam di kawasan berkenaan.  … Continue reading Papua Barat: Kematian Filep Karma harus disiasat terperinci

Indonesia: Aktivis pendukung perjuangan Papua akhirnya dibebaskan dari penjara

Surya Anta Ginting, seorang aktivis Indonesia yang giat mendukung perjuangan rakyat Papua Barat untuk menentukan nasib sendiri, telah dibebaskan dari penjara Salemba di Jakarta Pusat pada 26 Mei 2020, bersama-sama dengan 3 orang lagi tahanan politik dari Papua Barat, iaitu Ambrosius Mulait, Charles Kossay, dan Dano Tabuni. Seorang lagi tahanan politik, Arina Elopere yang ditahan di … Continue reading Indonesia: Aktivis pendukung perjuangan Papua akhirnya dibebaskan dari penjara

Tahun rakyat bangkit berontak: Imbas kembali 2019 (Antarabangsa)

Tahun 2019 merupakan satu tahun yang penuh dengan perjuangan. Dari awal tahun hingga ke akhir tahun, dari benua Afrika ke Asia dan Amerika Latin, rakyat turun beramai-ramai ke jalanan untuk berprotes, ada yang berjaya menjatuhkan rejim bersifat kediktatoran, ada yang berjaya memaksa kerajaan yang memerintah membatalkan dasar anti-rakyat yang cuba dibawanya, ada yang masih bertahan … Continue reading Tahun rakyat bangkit berontak: Imbas kembali 2019 (Antarabangsa)

Berapa banyak lagi nyawa perlu hilang sebelum dunia buka mata terhadap penindasan di Papua Barat?

Papua Barat masih dilanda dengan protes dan tindakan keganasan daripada pihak berkuasa Indonesia beberapa hari yang lalu, dengan ramai orang mati dan cedera. Pengarah Eksekutif Amnesty International Indonesia, Usman Hamid, menyifatkan 23 September 2019 sebagai “salah satu hari yang paling berdarah dalam tempoh 20 tahun kebelakangan ini di Papua”. Angka kematian yang diumumkan oleh pihak … Continue reading Berapa banyak lagi nyawa perlu hilang sebelum dunia buka mata terhadap penindasan di Papua Barat?

Papua Barat: Jalan berliku-liku menuju penentuan nasib sendiri

Satu gelombang protes besar-besaran tercetus di Papua Barat pada bulan Ogos 2019 berikutan serangan polis terhadap asrama pelajar Papua di Surabaya dan layanan rasis yang diterima oleh pelajar Papua. Protes dan keganasan daripada penindasan pihak berkuasa Indonesia, telah menyebabkan beberapa orang mati dan ramai cedera. Seruan untuk “Papua Merdeka” dan “referendum” sering kedengaran dalam protes … Continue reading Papua Barat: Jalan berliku-liku menuju penentuan nasib sendiri