PSM telah mengemukakan permintaan yang sangat munasabah dan minimum kepada Pakatan Harapan sebagai syarat untuk kerjasama pilihan raya.
PRN Johor: BN menang besar tanpa majoriti undi popular
Adalah jelas bahawa PRN Johor kali ini merupakan pertandingan antara tiga gabungan parti utama, iaitu BN, PH dan PN. Namun, oleh sebab sistem pengundian FPTP, BN muncul sebagai pemenang besar kerana undi yang menolak BN telah berpecah antara PH dan PN serta parti-parti kecil yang lain.
Pengajaran daripada PRN Melaka 2021
Kita sedang kekurangan negarawan yang dapat mengambil langkah untuk “mengeset semula” imbangan politik di dalam negara kita.
PRN Melaka: Tamparan kepada PH yang terima ahli politik katak
Walaupun BN menang 75% kerusi DUN Melaka, tetapi jika dilihat dari segi perolehan undi, ia hanya meraih 38.39% undi, sedikit lebih tinggi berbanding 37.84% undi yang diperolehinya dalam PRU-14 pada tahun 2018. Parti komponen dalam PN seperti BERSATU patutnya berasa kesal kerana tidak pro-aktif dalam mempercepatkan proses pembaharuan sistem pilihanraya yang merangkumi usaha untuk memperkenalkan sistem perwakilan berkadar.
Memorandum persefahaman Kerajaan-Pembangkang patut pertahan kebebasan media
Tiada sebarang desakan tentang kebebasan media yang merupakan alat utama untuk mendidik dan membina pemikiran kritis dalam kalangan masyarakat, yang terkandung dalam Perjanjian Keyakinan dan Pembekalan (CSA) yang ditandatangani antara Kerajaan Persekutuan dengan Pakatan Harapan selaku pembangkang utama dalam Parlimen.
Tuntutan emosi atau tuntutan rasional: Perlukah Muhyiddin berundur atau semua parti duduk bincang?
Ternyata sekali, polemik pengumuman Muhyiddin adalah semata-mata untuk menyelamatkan bahteranya yang sedang tenggelam. Kita tidak perlu memberi talian hayat kepada pentadbiran ini dengan harapan mereka akan membawa reformasi yang dicadangkan. Mereka tidak pernah jujur dan besar kemungkinan tidak akan jujur pada masa akan datang.
Teruknya Pakatan Harapan! – Komen Arul mengenai perobohan kedai di Kampung Manickam
Jika Mat Sabu di depan saya, saya akan tanya, inikah kualiti ADUN Parti Amanah? Ahli Parlimen dari DAP pula tidak mahu turun dan berkata beliau boleh lawat tempat ini pada hari Ahad nanti. Inikah cara rakyat akan dilayan? Inikah kualiti ADUN dan Ahli Parlimen PH?
Imbas kembali 2020: Pergolakan dalam negara Malaysia
Kita sudah sampai ke penghujung tahun 2020 dan bakal menyambut Tahun Baru 2021. Marilah kita imbas kembali sepintas lalu pergolakan politik dan sosio-ekonomi yang berlaku di negara Malaysia sepanjang tahun 2020. 1. Penularan wabak COVID-19 dan PKP Pandemik penyakit koronavirus 2019 (COVID-19) menular di seluruh dunia sejak awal tahun 2020, dan Malaysia juga tidak dapat … Continue reading Imbas kembali 2020: Pergolakan dalam negara Malaysia
Rakyat tak nak ketidakstabilan politik, tetapi juga tak nak Darurat
oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Kebanyakan rakyat Malaysia tidak mahu pilihanraya umum diadakan dalam tempoh 3 bulan akan datang. Kita sudah melihat bagaimana Pilihanraya Negeri Sabah telah menyebabkan peningkatan hebat dalam angka kes jangkitan COVID-19 yang membawa kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), sekatan perjalanan di sebahagian kawasan dan kesulitan ekonomi untuk jutaan keluarga. Rakyat Malaysia … Continue reading Rakyat tak nak ketidakstabilan politik, tetapi juga tak nak Darurat
Pilihanraya Negeri Sabah: WARISAN hilang kuasa
Pilihanraya Negeri Sabah telah diadakan pada 26 September 2020. Gabungan WARISAN Plus yang dipimpin oleh penyandang jawatan Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal terkandas dan kehilangan kuasa pentadbiran di Negeri Di Bawah Bayu kepada Barisan Rakyat Sabah yang terdiri daripada Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), dan Parti Bersatu Sabah (PBS). Seramai 749,083 orang atau 66.61% … Continue reading Pilihanraya Negeri Sabah: WARISAN hilang kuasa