Hentikan projek pembalakan di Jalong Tinggi! – Bincang dengan masyarakat Orang Asli tempatan dulu

Masyarakat Orang Asli yang tinggal di 10 buah kampung di kawasan Jalong Tinggi, Perak, sedang menghadapi ancaman daripada projek pembalakan yang telah dilancarkan di kawasan berdekatan Kampung Lawai sejak dua bulan yang lalu. Sebuah syarikat sedang menggunakan jentolak untuk menebang habis pokok-pokok hutan di tapak yang sangat dekat dengan Kampung Lawai. Masyarakat Orang Asli di … Continue reading Hentikan projek pembalakan di Jalong Tinggi! – Bincang dengan masyarakat Orang Asli tempatan dulu

Komuniti Orang Asli Pos Piah serahkan wang “sumbangan” dari pembalak kepada SPRM

  Oleh sebab pihak polis enggan membantu masyarakat Orang Asli Pos Piah, Sungai Siput, Perak, untuk memulangkan wang "sumbangan" daripada syarikat pembalakan yang bersifat sogokan, maka Jaringan Komuniti Orang Asli Pos Piah menyerahkan wang tersebut kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM)! Susulan daripada aduan polis yang dibuat pada 20 Ogos 2019 di Ibupejabat Polis Ipoh, … Continue reading Komuniti Orang Asli Pos Piah serahkan wang “sumbangan” dari pembalak kepada SPRM

Syarikat pembalakan cuba sogok Orang Asli Pos Piah tapi ditolak

Sebuah syarikat pembalakan cuba menyogok komuniti Orang Asli di Pos Piah, Sungai Siput, Perak, tetapi menemui kegagalan apabila Orang Asli di situ enggan menerima wang sogokan. Pada Ogos 2019, seorang penyelia syarikat pembalakan yang bernama Afiq bersama taukenya mengunjung rumah seorang Orang Asli yang bernama Najib bin Alang di Kampung Ketled Pos Piah. Najib bin … Continue reading Syarikat pembalakan cuba sogok Orang Asli Pos Piah tapi ditolak

Orang Asli Kampung Sungai Papan pertahan tanah adat daripada ancaman pembalakan

Masyarakat Orang Asli suku Temiar di Kampung Sungai Papan, Gerik, Perak, telah mendirikan sekatan jalan (blockade) untuk menghalang pembalakan di kawasan tanah adat mereka, tetapi menghadapi gangguan yang berterusan daripada pihak berkuasa dan syarikat pembalak. Pada 20 Julai 2019, pembalak telah merobohkan sekatan jalan yang didirikan Orang Asli dengan bantuan pihak polis. 3 orang daripada … Continue reading Orang Asli Kampung Sungai Papan pertahan tanah adat daripada ancaman pembalakan

Tauke balak sogok Tok Batin untuk teruskan pembalakan

PUTRAJAYA - 3 SEPTEMBER 2018: Jeffry Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah & Wilayah Adat Orang Asli Pos Lanai, Kuala Lipis, Pahang, telah membuat satu aduan di Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) pada hari ini, berkenaan dengan isu tauke balak yang sedang memberi sogokan kepada Tok Batin di sekitar kawasan Pos Lanai untuk mematahkan bantahan Orang … Continue reading Tauke balak sogok Tok Batin untuk teruskan pembalakan