Rakyat Malaysia tolak keganasan pemerintah tentera Myanmar

KUALA LUMPUR – 31 MAC 2021: Masyarakat sivil di Malaysia menyatakan bantahan mereka dengan jelas terhadap keganasan yang dilakukan oleh pemerintah tentera Myanmar ke atas rakyat Myanmar yang berprotes secara aman untuk menuntut demokrasi. Bantahan tersebut telah disampaikan kepada Kedutaan Myanmar pada hari ini melalui penyerahan memorandum yang disokong oleh organisasi-organisasi masyarakat sivil dan komuniti … Continue reading Rakyat Malaysia tolak keganasan pemerintah tentera Myanmar

Myanmar: Rejim tentera mengganas, rakyat tetap berjuang

(foto: Reuters) 28 Februari 2021 merupakan hari yang paling berdarah di Myanmar selepas berlakunya rampasan kuasa oleh pihak tentera pada empat minggu sebelum ini. Menurut maklumat yang diterima oleh Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, seramai 18 orang mati dan ramai lagi yang cedera pada 28 Februari 2021 akibat daripada tindakan keras yang diambil … Continue reading Myanmar: Rejim tentera mengganas, rakyat tetap berjuang

Parti Kiri Asia Tenggara sokong perjuangan rakyat Myanmar lawan kudeta tentera

(foto: Reuters) Parti-parti Kiri di Asia Tenggara, termasuk Parti Sosialis Malaysia (PSM), Partai Rakyat Pekerja (PRP) dari Indonesia, Partido Lakas ng Masa (PLM) dari Filipina dan Socialist Workers dari Thailand, menyatakan solidariti dan sokongan kepada perjuangan rakyat Myanmar yang sedang melawan kudeta tentera untuk menegakkan demokrasi. Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan pada 23 Februari 2021, … Continue reading Parti Kiri Asia Tenggara sokong perjuangan rakyat Myanmar lawan kudeta tentera

Myanmar: Rakyat tidak berdiam diri dengan kudeta tentera

(foto oleh Ye Aung Thu / AFP / Getty Images) Puluhan ribu rakyat turun berprotes di jalanan Yangon, bandaraya terbesar Myanmar, dua hari berturut-turut pada 6-7 Februari 2021 untuk menyatakan bantahan terhadap kudeta tentera baru-baru ini, walaupun Kerajaan Tentera Myanmar menyekat rangkaian internet untuk memadamkan suara bantahan. Tatmadaw, Angkatan Tentera Myanmar yang dipimpin oleh Jeneral … Continue reading Myanmar: Rakyat tidak berdiam diri dengan kudeta tentera

Myanmar: Kudeta tentera beri tamparan kepada usaha pendemokrasian

Pihak tentera Myanmar, Tatmadaw yang dipimpin oleh Jeneral Kanan Min Aung Hlaing, melancarkan rampasan kuasa pada hari ini (1 Februari 2021) untuk menjatuhkan Kerajaan Myanmar yang dipilih secara demokratik. Kaunselor Negara Myanmar (iaitu ketua kerajaan yang sama taraf dengan Perdana Menteri) Aung San Suu Kyi dan pemimpin-pemimpin daripada parti pemerintah, Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD), telah … Continue reading Myanmar: Kudeta tentera beri tamparan kepada usaha pendemokrasian

Catatan lawatan ke komuniti Rohingya di Tanjong Piandang, Perak

oleh Raveen Veerasenan Pada 14 Julai 2020, kami sekumpulan melawati beberapa keluarga pelarian Rohingya di Tanjung Piandang (sebuah mukim di Daerah Kerian, Perak) untuk menyerahkan bantuan kewangan dan makanan kepada mereka yang tinggal di sebuah kampung di mukim tersebut. Kami tiba di kampung tersebut pada pukul 11.15 pagi dan ditemui oleh Encik Suliman, seorang warga … Continue reading Catatan lawatan ke komuniti Rohingya di Tanjong Piandang, Perak