Apabila hanya tinggal 1,086 pasang kasut…

(foto: Challenger Malaysia) PETALING JAYA, SELANGOR: Masyarakat sivil Malaysia yang prihatin pada 1,086 orang warga Myanmar yang dihantar pulang ke negara Myanmar pada 23 Februari 2021 melalui kapal perang Tentera Laut Myanmar pada ketika rejim pemerintahan tentera Myanmar sedang membunuh rakyatnya di negara sendiri, telah menyatakan bantahan mereka terhadap tindakan penghantaran pulang itu dan bersolidariti … Continue reading Apabila hanya tinggal 1,086 pasang kasut…

Vaksin, pekerja migran dan keimunan kelompok

oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Terdapat perbincangan yang sedang berlaku di Malaysia mengenai sama ada kita patut menawarkan pemvaksinan COVID-19 secara percuma kepada pekerja-pekerja migran yang berada di Malaysia atau tidak. Sesetengah warga Malaysia marah tentang wang cukai kita yang mungkin akan digunakan untuk mensubsidi pekerja-pekerja migran ini khususnya mereka yang tidak berdokumen. Sesetengah orang pula … Continue reading Vaksin, pekerja migran dan keimunan kelompok

Hentikan layanan buruk terhadap warga migran semasa pandemik COVID-19

oleh Gabungan Hak Pekerja Migran untuk Pembelaan (MWR2R) Gabungan Hak Pekerja Migran untuk Pembelaan(Migrant Workers’ Right to Redress, MWR2R) terus berasa khuatir tentang beberapa perkara yang menjejaskan para warga migran - pekerja migran, pelarian, pencari suaka, dan pasangan bukan warganegara - sejak pandemik COVID-19 melanda negara kita. Terdapat dua perkara yang banyak mendapat liputan media. … Continue reading Hentikan layanan buruk terhadap warga migran semasa pandemik COVID-19

Situasi COVID-19 di Malaysia membimbangkan

25 Januari 2021 yang akan datang ini menandakan genapnya setahun kes COVID-19 pertama disahkan Malaysia. Sepanjang setahun yang lalu, bukan sahaja negara Malaysia, malah negara-negara di seluruh dunia, telah mengalami impak yang teruk akibat daripada pandemik yang paling hebat pada zaman kita. Setakat ini (8 Januari 2021), jumlah kes jangkitan COVID-19 yang terkumpul di seluruh … Continue reading Situasi COVID-19 di Malaysia membimbangkan

Tahanan migran di Sabah “dilayan seperti binatang”

Keadaan pekerja migran tanpa dokumen yang berada di pusat tahanan imigresen di Sabah yang dilayan secara tidak berperikemanusiaan, telah didedahkan baru-baru ini dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Koalisi Buruh Migran Berdaulat dan Komisi Hak Asasi Manusia (Komnas HAM) Indonesia dalam satu sidang akhbar pada 5 Ogos 2020. Komnas HAM, iaitu suruhanjaya hak asasi … Continue reading Tahanan migran di Sabah “dilayan seperti binatang”

Pastikan majikan pekerja migran patuhi undang-undang dalam perang terhadap COVID-19

oleh Cecilia Anthonysamy Alasan utama pekerja migran tanpa dokumen ditangkap, yang diberikan oleh kerajaan pada masa kita sibuk berperang menumpaskan penularan COVID-19 adalah disebabkan oleh posisi sebegini: “Kerajaan perlu menegakkan kedaulatan undang-undang dan tidak boleh membiarkan warga asing memasuki negara ini secara haram ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan.” (Petikan daripada laporan portal berita Malaysiakini, 24 Mei 2020). Migran menjadi tidak … Continue reading Pastikan majikan pekerja migran patuhi undang-undang dalam perang terhadap COVID-19

Begitu ramai PATI, tanggungjawab siapa?

oleh Rani Rasiah Serbuan yang kerap dan keras oleh pihak Imigresen ke atas komuniti migran semasa Perintah Kawalan Pengerakan menjadi salah satu ciri utama pandemik COVID-19 di Malaysia. Serbuan tersebut mendatangkan pelbagai reaksi daripada orang ramai dan didominasi oleh sentimen anti-pendatang dan xenofobia. Siapa yang harus dipersalahkan untuk Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) atau warga asing tanpa dokumen ini? … Continue reading Begitu ramai PATI, tanggungjawab siapa?

Catatan COVID-19: Bagaimana nasib pekerja asing?

oleh Nik Aziz Afiq Pada 3 April lalu, saya dan rakan-rakan sekolah lama saya di Semenyih berpeluang menyertai sebuah misi bantuan kemanusiaan untuk membantu mereka yang terputus bekalan makanan. Sedikit kelainan dalam misi ini ialah ia bukan menyasarkan warga tempatan, sebaliknya para pekerja dan mahasiswa warga Indonesia. Mungkin ada yang tertanya apa perlunya dibantu warga … Continue reading Catatan COVID-19: Bagaimana nasib pekerja asing?