Setahun selepas perubahan rejim: cabaran untuk rakyat

Setahun yang lalu, pada 9 Mei 2018, Pilihanraya Umum ke-14 telah diadakan dan sejarah baru tercipta untuk tanahair kita, apabila berlakunya perubahan rejim yang pertama di peringkat Persekutuan selepas lebih 6 dekad. UMNO-Barisan Nasional menerima kekalahan yang paling teruknya dalam sejarah pilihanraya dan kehilangan kuasa di peringkat Persekutuan, di samping kecundang di negeri-negeri seperti Kedah, … Continue reading Setahun selepas perubahan rejim: cabaran untuk rakyat

Hari Pekerja 2019: Tinggikan gaji, hentikan diskriminasi

KUALA LUMPUR – 1 MEI 2019: Tiada makna untuk hari cuti pada 1 Mei jika tiada aksi sambutan Hari Pekerja Sedunia… Suasana jalanan di Kuala Lumpur pada hari ini telah dimeriahkan oleh laungan slogan “hidup pekerja!” dan lagu perjuangan, apabila lebih kurang 500 orang daripada pelbagai latar belakang berarak di pusat bandaraya untuk meraikan Hari … Continue reading Hari Pekerja 2019: Tinggikan gaji, hentikan diskriminasi

Deklarasi Hari Pekerja 1 Mei 2019

Deklarasi Hari Pekerja 1 Mei 2019 Tema Sambutan Hari Pekerja tahun ini yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Mei Satu adalah “TINGGIKAN GAJI, HENTIKAN DISKRIMINASI”. Tema ini dipilih sejajar dengan keadaan terkini, iaitu rakyat Malaysia tidak menerima gaji yang setimpal dengan kerja yang dilakukan oleh mereka. Baru-baru ini, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan satu laporan yang … Continue reading Deklarasi Hari Pekerja 1 Mei 2019

Takut apa pada Sosialisme?

(Rencana khas Ulangtahun ke-21 penubuhan PSM) oleh S. Arutchelvan  Beberapa hari yang lalu, Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia Soam Heng Choon memberi amaran bahawa negara ini bukan negara Sosialis dan memberi teguran terhadap sebarang niat oleh kerajaan untuk mengawal harga perumahan. Beliau berkata kita kena membenarkan pasaran bebas untuk menentukan harga barangan. Inilah … Continue reading Takut apa pada Sosialisme?

U-turn ratifikasi Statut Rom: Adakah Kerajaan PH serius dalam pembaharuan?

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah membuat satu lagi U-turn dalam usaha pembaharuannya, dan kali ini dilakukan di mata seluruh dunia! Kerajaan Malaysia menarik diri daripada meratifikasi Statut Rom hanya sebulan selepas menandatangan untuk menjadi negara anggotanya. Menteri Luar Negeri Saifuddin Abdullah telah menandatangani Surat Cara Penerimaan Statut Rom untuk menyertai Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada … Continue reading U-turn ratifikasi Statut Rom: Adakah Kerajaan PH serius dalam pembaharuan?

UMNO dan PAS “berkahwin”?

UMNO dan PAS telah mengumumkan kerjasama secara rasmi baru-baru ini. Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan berkata bahawa kerjasama antara UMNO dan PAS akan memfokuskan aspek penyatuan ummah. Menurutnya, kerjasama dua parti ini bukannya penggabungan menjadi sebuah parti baru tetapi atas dasar kebersamaan terhadap isu-isu yang mempunyai asas kepada kedua-dua parti. Ada orang menyifatkan kerjasama UMNO … Continue reading UMNO dan PAS “berkahwin”?

Sedikit fakta tentang gaji minimum

Dalam isu kenaikan gaji minimum, adanya pihak yang cuba mempertahankan kenaikan gaji minimum hanya RM 50 yang begitu sedikit dengan beberapa alasan, seperti gaji minimum yang terlalu tinggi akan menakutkan pelabur, kilang akan tutup, kerajaan tiada dana untuk melaksanakannya kerana hutang negara terlalu tinggi, dan sebagainya. Di sini adalah beberapa hujah/fakta yang menunjukkan alasan yang … Continue reading Sedikit fakta tentang gaji minimum

Hukuman mati bakal dimansuhkan, Jangan U-TURN!

10 Oktober setiap tahun ialah Hari Menentang Hukuman Mati Sedunia. Hari Menentang Hukuman Mati Sedunia pada tahun ini amat bermakna untuk Malaysia, kerana Kerajaan Malaysia akhirnya mengambil keputusan untuk memansuhkan hukuman mati! Menurut Liew Vui Keong, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk memansuhkan hukuman mati untuk semua kesalahan. Sementara … Continue reading Hukuman mati bakal dimansuhkan, Jangan U-TURN!

Ada apa dengan Perjanjian Malaysia?

16 September setiap tahun ialah Hari Malaysia, iaitu hari untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Tahukah anda bahawa Malaysia dibentuk berasaskan Perjanjian Malaysia? Tahukah anda pula bahawa Perjanjian Malaysia tidak ditandatangani di mana-mana tempat di Malaysia, sebaliknya di London, ibu negara United Kingdom? Kemerdekaan negara-negara yang dijajah dan proses penyahjajahan merupakan satu trend … Continue reading Ada apa dengan Perjanjian Malaysia?