55 tahun dahulu, Malaysia dibentuk dalam penindasan terhadap pembangkang yang anti-imperialis

55 tahun dahulu, pada 16 September 1963, “Persekutuan Malaysia” ditubuhkan. Persekutuan Malaysia semasa penubuhannya merupakan penggabungan antara Persekutuan Tanah Melayu (ataupun dikenali sebagai Malaya), Sabah, Sarawak dan Singapura. Namun, penubuhan Malaysia berlaku pada zaman yang penuh gelora politik perjuangan yang diiringi dengan penindasan keras terhadap gerakan politik yang menentang pengaruh kuasa imperialis di rantau ini. … Continue reading 55 tahun dahulu, Malaysia dibentuk dalam penindasan terhadap pembangkang yang anti-imperialis

One Two Jaga: Tragedi dalam sisi gelap realiti masyarakat

Filem drama aksi jenayah “One Two Jaga” arahan Namron patut ditonton sekiranya anda menghargai pembikinan filem tempatan yang berkualiti dan penuh keikhlasan. Filem ini tiadanya aksi yang hebat, tiadanya “special effect” yang menggunakan CGI, tetapi penceritaannya yang padat dengan adegan yang mencerminkan realiti sosial dan mengemukakan kritikan sosial tanpa berkuliah panjang lebar. Filem “One Two … Continue reading One Two Jaga: Tragedi dalam sisi gelap realiti masyarakat

Caj doktor swasta akan naik 3 kali ganda?

Adalah dilaporkan bahawa cadangan untuk meningkatkan kadar bayaran konsultasi untuk doktor di hospital dan klinik swasta akan dibentangkan dalam mesyuarat kabinet yang akan datang. Menurut Dr. Dzulfefly Ahmad, Menteri Kesihatan, semakan semula kadar caj di hospital dan klinik akan dibincangkan dalam kabinet dulu sebelum keputusan diambil. Sebelum ini, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Dr. Azman … Continue reading Caj doktor swasta akan naik 3 kali ganda?

10 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang PSM

1. Berjuang 10 tahun untuk pendaftaran Tahukah anda bahawa Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengambil masa selama 10 tahun sebelum didaftarkan sebagai sebuah parti politik? Kenapa? Ini kerana PSM adalah sebuah parti yang disertai oleh aktivis daripada tiga buah organisasi masyarakat (iaitu SWP, CDC dan Alaigal), mempunyai sejarah dalam memperjuangkan isu-isu rakyat biasa. Menteri Dalam Negeri … Continue reading 10 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang PSM

Erti Merdeka dalam zaman “Malaysia Baru”

31 Ogos 2018 menandakan ulangtahun ke-61 Semenanjung Malaysia mencapai kemerdekaan. 31 Ogos juga merupakan hari Sabah mencapai pemerintahan sendiri pada tahun 1963 sebelum bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia sekarang), Sarawak dan Singapura untuk membentuk Malaysia. Negeri Sarawak pula mencapai pemerintahan sendiri pada 22 Julai 1963 sebelum bergabung dalam Malaysia; Singapura keluar dari Malaysia … Continue reading Erti Merdeka dalam zaman “Malaysia Baru”