Turki: Demokrasi terus diancam dengan perbicaraan pertunjukan terhadap HDP

Perbicaraan pertunjukan terhadap 108 orang pemimpin HDP yang akan diadakan pada 26 April 2021 merupakan sebahagian daripada plot untuk menghancurkan gerakan pembangkang demokratik berhaluan kiri yang paling besar di negara Turki pada masa kini. Selahattin Demirtaş, bekas Pengerusi HDP, seorang sahaja bakal berdepan dengan hukuman penjara selama 15,000 tahun sekiranya disabit kesalahan dalam kes Kobanî!

Malaysiakini didenda RM500,00: Kebebasan bersuara terancam

Mahkamah Persekutuan memutuskan pada hari ini (19 Februari 2021) untuk mendenda Malaysiakini sebanyak RM500,000 kerana komen pembacanya dalam rencana yang diterbitkan oleh portal berita tersebut yang dikatakan menghina mahkamah. Keputusan mahkamah ini menimbulkan kerisauan bahawa kebebasan media di negara kita akan dihakis dengan lebih lanjut lagi. Keputusan mendenda Malaysiakini atas pertuduhan menghina mahkamah ini dibuat … Continue reading Malaysiakini didenda RM500,00: Kebebasan bersuara terancam

Seorang pekerja pembersihan melawan PERKESO di mahkamah

Ini adalah satu kes di mana seorang pekerja pembersihan sekolah dinafikan hak untuk mendapat perlindungan PERKESO kerana pihak PERKESO menafsir undang-undang secara sempit. Valarmathy, berumur 47 tahun, ialah seorang pekerja pembersihan yang berkerja di Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 1, Cheras, Selangor. Pekerjaannya di sekolah termasuklah kerja membersihkan longkang, membersihkan dewan, mengaturkan kerusi dan … Continue reading Seorang pekerja pembersihan melawan PERKESO di mahkamah

Antara dua darjat: Kisah dua orang yang tidak mengaku salah

oleh S. Arutchelvan Ini adalah catatan tentang dua peristiwa yang berlaku di Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur pada bulan ini. Satu melibatkan seorang bekas Perdana Menteri dan satu lagi melibatkan satu pasangan – seorang pemandu lori gas dan seorang wanita yang hilang kerja semasa pandemik COVID-19. Salah satu insiden berlaku pada 7 Julai 2020, manakala … Continue reading Antara dua darjat: Kisah dua orang yang tidak mengaku salah

Tidak patut “double standard” dalam soal hak berhimpun

oleh A. Sivarajan Pagi ini kita dikejutkan dengan perhimpunan lebih 3000 orang penyokong bekas Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak, di pintu masuk Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta. Persoalannya adalah, adakah Polis Diraja Malaysia (PDRM) meluluskan perhimpunan tersebut di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012, lebih-lebih lagi apabila kita masih dalam Perintah Kawalan … Continue reading Tidak patut “double standard” dalam soal hak berhimpun

Aktivis kesatuan didakwa langgar peraturan PKP kerana protes menentang penindasan terhadap kesatuan

IPOH, PERAK - 4 JUN 2020: 5 orang aktivis yang ditangkap pada 2 Jun 2020 kerana mengadakan protes membantah penindasan terhadap kesatuan sekerja di hadapan Hospital Besar Ipoh (Hospital Raja Permaisuri Bainun) didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh pada hari ini. Mereka yang didakwa ialah M. Sarasvathy selaku Setiausaha Eksekutif Kesatuan Pekerja-pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan di … Continue reading Aktivis kesatuan didakwa langgar peraturan PKP kerana protes menentang penindasan terhadap kesatuan

Petani didakwa di mahkamah kerana kes 3 tahun lepas dibuka semula – tapi semua OKT dibebaskan dari pertuduhan

KAMPAR, PERAK – 27 SEPTEMBER 2019: 7 orang petani dari Mambang Diawan dan 8 orang pekerja Delscon Properties Sdn Bhd yang dipanggil untuk pertuduhan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan (rusuhan) di hadapan Mahkamah Majistret Kampar pada hari ini, untuk kes yang berlaku hampir 3 tahun dahulu, telah dilepaskan dan dibebaskan setelah pengadu mengesahkan bahawa … Continue reading Petani didakwa di mahkamah kerana kes 3 tahun lepas dibuka semula – tapi semua OKT dibebaskan dari pertuduhan

Aktivis anti-pengusiran dibebaskan dari pertuduhan

GEORGETOWN, PULAU PINANG – 13 SEPTEMBER 2019: Karthiges dan Nathan, dua orang yang cuba mempertahankan rumah penduduk miskin daripada pengusiran paksa di unit rumah PPR Padang Tembak tetapi ditangkap pada tahun lalu, telah menang dan dibebaskan daripada pertuduhan pada hari ini oleh Mahkamah Majistret Georgetown. Setelah meneliti semakan terhadap saksi dan bahan bukti yang dikemukakan … Continue reading Aktivis anti-pengusiran dibebaskan dari pertuduhan