16 orang anak muda telah memfailkan writ saman terhadap Kerajaan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia pada 30 Disember 2021 atas salah laku pihak berkuasa yang menangkap peserta-peserta aksi “Malam Belasungkawa Jiwa-Jiwa Yang Telah Pergi” pada 19 Ogos 2021. Sebab-sebab writ saman ini difailkan ialah:

  1. Penangkapan yang salah;
  2. Serangan yang tidak wajar;
  3. Pelanggaran hak di bawah Perkara 5, 8, 9 dan 10 Perlembagaan Persekutuan;
  4. Pelanggaran tanggungjawab berkanun;
  5. Salah laku penjawat awam.
Polis halang aksi berkabung untuk mereka yang meninggal dunia kerana COVID-19 pada 19 Ogos 2021. (foto: Numan Afifi)

“Malam Belasungkawa Jiwa-Jiwa Yang Telah Pergi” diadakan pada 19 Ogos 2021 untuk berkabung dan memperingati 13,385 orang rakyat Malaysia yang meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19 pada masa itu. Namun, aksi berkabung untuk mangsa COVID-19 tersebut telah dihalang oleh polis, dengan peserta-peserta ditahan polis dengan cara yang kasar.

Asraf Sharafi, jurucakap Sekretariat Solidariti Rakyat, berkata, “Saya telah melihat bagaimana peserta diheret, ditengking dan didera oleh pihak polis pada malam itu. Ini bukanlah ciri negara yang demokratik dan kerajaan yang ‘prihatin’. Malam peringatan itu adalah cerminan derita rakyat di luar sana. Tapi tindak balas kerajaan bukanlah untuk mengerti dan menyelesaikan masalah rakyat, sebaliknya untuk mendiamkan tangisan mereka. Bukankah kerajaan itu harus adil dan mengerti? Bukankah zalim kalau keperitan kita semua diabaikan begitu sahaja?”

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Solidariti Rakyat, kejadian pada malam tersebut adalah sesuatu yang amat memalukan dan tidak sewajarnya terjadi memandangkan peserta yang terlibat hanya ingin mengenang rakan-rakan, ahli keluarga dan rakyat Malaysia yang telah menjadi mangsa COVID-19.

“Hanya sekadar menyalakan lilin, membaca puisi dan meletakkan bunga ros sebagai simbolik telah dilayan dengan kasar sehingga ada yang dikasari serta diheret. Malah disebabkan tangkapan tersebut, peserta diletakkan dalam keadaan yang lebih tidak selamat dengan terpaksa duduk berhimpit di tempat tertutup,” begitu katanya kenyataan Sekretariat Solidariti Rakyat.

“Kes ini amat penting untuk dibawa ke mahkamah kerana kes ini merupakan cerminan kepada doktrin pembahagian kuasa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan kita. Kekhilafan dan salah laku oleh mereka yang berkuasa haruslah disemak dan diimbang. Tingkah laku pihak PDRM pada malam 19 Ogos menunjukkan salahguna kuasa yang ketara dan pengabaian akan hak asasi setiap rakyat Malaysia yang sedia ada dalam Perlembagaan kita.” kata New Sin Yew, peguam yang mewakili 16 orang anak muda semasa memfailkan writ saman tersebut.

“Kami ingin sekali lagi tegaskan bahawa ruang demokrasi jangan ditutup walaupun ketika musim pandemik, malah ia perlu dipandu. Pihak polis selaku penjaga keselamatan awam malah harus lebih meraikan pihak-pihak yang ingin menggunakan ruang tersebut untuk menuntut kebertanggungjawaban kerajaan dan bersolidariti atas kesusahan yang menimpa rakyat,” tegas kata kenyataan Sekretariat Solidariti Rakyat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s