Pekerja Ladang Windsor gesa sambung semula air dan elektrik

KUALA LUMPUR - 21 OGOS 2020: Pekerja-pekerja dari Ladang Windsor di Ulu Sepetang, Kamunting, Perak, berprotes di hadapan ibupejabat syarikat Malakoff Corporation Berhad di Brickfields, Kuala Lumpur, pada hari ini, untuk menggesa pada pihak syarikat yang merupakan pemilik tanah ladang tersebut supaya jangan mengusir pekerja secara paksaan. Mereka menyeru untuk menyambung semula bekalan air dan … Continue reading Pekerja Ladang Windsor gesa sambung semula air dan elektrik

Pekerja Ladang Windsor diancam pengusiran

Pekerja-pekerja ladang meminta untuk pelaksanaan skim perumahan tetapi dilayan pula dengan pengusiran paksa daripada pihak pengurusan ladang pada ketika negara kita masih dilanda ancaman pandemik COVID-19. Inilah kemelut yang sedang dihadapi oleh pekerja-pekerja di Ladang Windsor. 6 orang pekerja Ladang Windsor yang sudah melebihi usia persaraan tetapi masih bekerja secara kontrak telah diberhentikan kerja oleh … Continue reading Pekerja Ladang Windsor diancam pengusiran

Penternak lembu ladang Sime Darby gesa hentikan gangguan

Penternak-penternak lembu di sekitar kawasan Kuala Selangor, Selangor, telah membuat aduan polis pada 1 Mac 2020 di Balai Polis Sungai Kapar Indah ke atas pengurus ladang daripada syarikat Sime Darby berkenaan dengan ugutan untuk mengusir keluar lembu dari ladang. Penternak-penternak ini datang daripada Ladang Bukit Cherakah, Ladang Brownson dan Ladang Bukit Panjang. Menurut salah seorang … Continue reading Penternak lembu ladang Sime Darby gesa hentikan gangguan

Pekerja Ladang Bukit Beruntung tuntut tanah untuk selesaikan penantian rumah selama 20 tahun

KUALA KUBU BHARU - 18 DISEMBER 2019: Pekerja-pekerja Ladang Bukit Beruntung yang ditipu oleh pemilik ladang tersebut yang gagal menunaikan janji membina rumah untuk mereka, telah mengadakan aksi protes pada hari ini dan menyerahkan satu memorandum kepada Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor, dengan tuntutan kepada Pentadbir Tanah supaya merampas tanah daripada pemilik tanah ladang … Continue reading Pekerja Ladang Bukit Beruntung tuntut tanah untuk selesaikan penantian rumah selama 20 tahun

MB Kedah nampaknya tiada empati dan kesungguhan politik untuk selesaikan isu bekas pekerja Ladang Padang Meha

oleh S. Arutchelvan Sejak 25 September lalu, lebih kurang 70 buah keluarga bekas pekerja ladang yang tinggal di Ladang Padang Meha yang terletak berhampiran dengan Padang Serai di negeri Kedah, telah dinafikan bekalan air paip. Adalah mengejutkan bahawa dalam abad ke-21 ini, pemaju masih boleh menggunakan cara menafikan kemudahan asas rakyat seperti air untuk mengusir … Continue reading MB Kedah nampaknya tiada empati dan kesungguhan politik untuk selesaikan isu bekas pekerja Ladang Padang Meha

Bekalan air dipotong! Penduduk Ladang Padang Meha gesa MB Kedah campurtangan segera

ALOR SETAR, KEDAH – 26 SEPTEMBER 2019: Bekas pekerja Ladang Padang Meha berprotes di hadapan Pejabat Menteri Besar Kedah pada hari ini untuk menuntut campurtangan segera daripada pihak Kerajaan Negeri supaya menyambung semula bekalan air ke rumah mereka yang dipotong semalam. Pihak pemilik tanah Ladang Padang Meha, Vintage Developers Sdn Bhd (anak syarikat MBF Holdings … Continue reading Bekalan air dipotong! Penduduk Ladang Padang Meha gesa MB Kedah campurtangan segera