Turki: HDP bertekad terus perjuangkan alternatif demokratik

Walaupun menghadapi serangan bertubi-tubi daripada rejim pemerintahan Recep Tayyip Erdoğan di Turki yang semakin autoritarian, Parti Demokratik Rakyat (HDP) tetap berpendirian teguh dalam memperjuangkan agenda politik alternatif yang progresif dan dasar “penyelesaian kepada masalah-masalah asas Turki”. Keazaman HDP ini jelas ditunjukkan dalam kongresnya yang berjaya diadakan baru-baru ini.

Turki: Rejim Erdogan lancar penangkapan besar-besaran terhadap anggota HDP

Kerajaan Turki pimpinan Recep Tayyip Erdoğan sedang melancarkan serangan terbaru terhadap Parti Demokratik Rakyat (Halkların Demokratik Partisi, HDP), parti politik berhaluan kiri yang merupakan parti ketiga besar dalam Parlimen Turki. Ketua Pendakwaraya di Ankara mengeluarkan waran tangkap pada 25 September 2020 terhadap 82 orang anggota HDP. Ramai orang dalam senarai waran tangkap telah ditahan atas alasan … Continue reading Turki: Rejim Erdogan lancar penangkapan besar-besaran terhadap anggota HDP

Revolusi Rojava dalam bahaya

Presiden Turki Recep Tayyip Erdoğan mengumumkan pada 9 Oktober 2019 bahawa tentera Turki memulakan operasi pencerobohan yang dirancang lama ke atas wilayah Utara Syria, dengan niat untuk mengusir Pasukan Demokratik Syria (HSD) yang bertapak di situ supaya mewujudkan “zon selamat”. Tindakan tentera Turki ini dicetuskan berikutan pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada 7 … Continue reading Revolusi Rojava dalam bahaya

Turki: Datuk Bandar dari parti kiri dilucutkan jawatan dalam kudeta menentang kehendak rakyat

oleh Hadri A Rahman Tiga orang datuk bandar untuk Diyarbakır, Mardin and Van masing-masing – Adnan Selçuk Mızraklı, Ahmet Türk dan Bedia Özgökçe Ertan, kesemuanya daripada parti kiri pro-Kurdi Parti Demoktratik Rakyat (HDP) telah dilucutkan jawatan atas tuduhan mempunyai hubungan dengan Parti Pekerja Kurdistan (PKK). Ahli politik Kurdi veteran Ahmet Türk, yang dipilih dengan 56 … Continue reading Turki: Datuk Bandar dari parti kiri dilucutkan jawatan dalam kudeta menentang kehendak rakyat

Pejuang Revolusi Rojava tewaskan ISIS

Masyarakat Kurdi di Timur Tengah menyambut Tahun Baru tradisional mereka, Newroz (sama dengan tahun baru masyarakat Iran, Nowruz), pada 20 Mac setiap tahun. Dalam mitos masyarakat Kurdi, 20 Mac menandakan hari di mana pemberontakan yang dipimpin oleh Kawa berjaya menewaskan pemerintahan zalim Zuhak. Zuhak (atau dikenali sebagai Azhi Dhaka dalam budaya Parsi) ialah seorang raja … Continue reading Pejuang Revolusi Rojava tewaskan ISIS