20190821 - 61221_HDPmayors_1566297198514.jpg
Dari kiri: Selçuk Mızraklı, Ahmet Türk dan Bedia Özgökçe Ertan

oleh Hadri A Rahman

Tiga orang datuk bandar untuk Diyarbakır, Mardin and Van masing-masing – Adnan Selçuk Mızraklı, Ahmet Türk dan Bedia Özgökçe Ertan, kesemuanya daripada parti kiri pro-Kurdi Parti Demoktratik Rakyat (HDP) telah dilucutkan jawatan atas tuduhan mempunyai hubungan dengan Parti Pekerja Kurdistan (PKK).

Ahli politik Kurdi veteran Ahmet Türk, yang dipilih dengan 56 peratus undi di bandar Mardin, telah ditangkap tetapi dibebaskan atas alasan kesihatan. Namun begitu, beliau telah digantikan jawatannya dengan seorang pemegang amanah yang dilantik kerajaan pusat, Mustafa Yaman.

Sementara itu, Datuk Bandar Van, Bedia Özgökçe Ertan, yang dipilih dengan 54 peratus undi, dan Datuk Bandar Diyarbakir, Adnan Selcuk Mizrakli, yang menerima 63 peratus undi, juga ditangkap dan diganti dengan pemegang amanah.

20 orang ditangkap di Adana berdasarkan perkongsian mereka di media sosial apabila HDP memberi amaran mengenai “sebuah kudeta baru yang jelas”.

Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri Turki, “majlis perbandaran itu berusaha untuk menjadi pusat logistik untuk membekalkan sumber kepada militan, memberi sokongan kewangan dan peralatan untuk menyokong aktiviti pengganas.”

Di samping itu, ketiga-tiga datuk bandar tersebut telah dituduh bahawa menawarkan peluang pekerjaan kepada ahli keluarga anggota militan PKK yang telah meninggal dunia dan menunjukkan simpati kepada kumpulan itu dengan menghadiri pengebumian ahli-ahlinya, menukar nama-nama jalan untuk sebagai penghormatan kumpulan tersebut dan memerhatikan detik-detik keheningan untuk militan yang mati.

Tindakan menahan ketiga-tiga orang datuk bandar ini, yang dipilih dalam pilihanraya majlis bandaraya yang diadakan pada 31 Mac lalu, dianggap sebagai serangan terhadap parti HDP yang dituduh oleh ahli politik nasionalis dan media pro-kerajaan sebagai sebuah “fron politik” kepada Parti Pekerja Kurdistan yang melancarkan pemberontakan bersentaja menentang kerajaan Turki sejak tahun 1980-an.

HDP Bahagian Istanbul telah mengadakan sidang akhbar mengenai pelantikan pemegang amanah di Perbandaran Metropolitan di Diyarbakır, Van dan Mardin pada 20 Ogos 2019. Sidang akhbar tersebut dihadiri oleh Pengerusi Bersama HDP Pervin Buldan serta Ahli Parlimen HDP seperti Musa Piroğlu, Filiz Kerestecioğlu, Erol Katırcıoğlu, Oya Ersoy, Züleyha Gülüm dan Ahmet Şık.

Bermula dengan ucapannya dengan memohon maaf kepada rakyat Van, Diyarbakır dan Mardin kerana tidak ada bersama mereka kerana keadaan kesihatannya, Buldan mengecam tindakan kerajaan Turki yang melantik pemegang amanah untuk menggantikan ahli politik yang dipilih sebagai satu tindakan rampasan kuasa politik.

Di samping itu, beliau juga mengatakan bahawa pemegang amanah yang dipilih oleh kerajaan Turki sebelum ini telah meninggalkan hutang yang tidak dibayar dan mengecam parti pemerintah AKP kerana ahli politik mereka yang terlibat dalam kecurian, rasuah, penipuan dan semua jenis kesalahan sekali lagi dihantar oleh Parti AKP untuk menggantikan datuk bandar yang dilantik.

Beliau menyimpulkan ucapannya dengan menyeru kepada semua parti politik di Turki kecuali Parti AKP dan MHP untuk bersatu:

Panggilan saya terutama kepada Tuan Kemal Kılıçdaroğlu dan semua parti politik di Perhimpunan Agung Kebangsaan Turki (TBMM), kecuali AKP dan MHP. 

Ini adalah panggilan kami kepada semua orang termasuk parti-parti politik di luar Parlimen, organisasi massa demokratik dan pembela demokrasi: Kita harus lulus ujian ini secara bersama-sama. 

Apa yang dilakukan terhadap kami tentu sudah tentu akan dilakukan terhadap anda esok. Sekiranya kita tidak dapat menghentikan perjalanan acara sekarang, semua orang akan menjadi sebahagian daripada kitaran penindasan ini esok.”

Dianggarkan seramai 500 orang telah ditangkap, termasuk ahli politik pro-Kurdi, wartawan dan juga aktivis, dalam operasi yang dianggap sebagai “kudeta menentang kehendak rakyat”. Seramai 418 orang aktivis dan ahli majlis bandaraya daripada HDP telah ditahan, dan dianggarkan lebih lagi akan ditahan, menurut sumber yang memberitahu akhbar Morning Star mengenai satu senarai aktivis yang akan ditahan oleh pihak berkuasa.

Sumber Maklumat:

https://morningstaronline.co.uk/article/w/britain-accused-of-failing-to-speak-out-against-turkey-coup-against-democracy

https://www.al-monitor.com/pulse/originals/2019/08/three-hdp-mayors-dismissed-turkey-crackdown.html

http://bianet.org/english/politics/211939-from-hdp-co-chair-buldan-to-chp-chair-kilicdaroglu-break-your-silence

https://www.hdp.org.tr/en/english/statements/we-will-not-be-silenced-we-will-not-be-stopped/13404

2 thoughts on “Turki: Datuk Bandar dari parti kiri dilucutkan jawatan dalam kudeta menentang kehendak rakyat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *