Perjuangan Progresif di Malaysia Baru (Siri Menjelang Kongres PSM 2019 – 04)

oleh S. Arutchelvan  Kelmarin saya bersolidariti dengan ratusan nelayan dari Pulau Pinang yang membantah projek penambakan di Selatan Pulau itu. Semasa berada di hadapan Parlimen, saya berjumpa dengan seorang wartawan veteran. Beliau berkata bahawa hanya PSM sahajalah yang masih membawa ke depan isu-isu rakyat seperti isu harga perumahan, isu kesihatan awam dan suara-suara warga miskin … Continue reading Perjuangan Progresif di Malaysia Baru (Siri Menjelang Kongres PSM 2019 – 04)

Marta Harnecker (1937-2019): Intelek yang dedikasikan hidupnya kepada pembebasan rakyat

"Kita perlukan golonggan kiri yang menyedari bahawa menjadi radikal bukannya terdiri daripada membangkitkan slogan yang paling militan atau melakukan aksi yang paling ekstrim - dengan hanya beberapa orang sahaja bersetuju, dan menakutkan majoriti - tetapi sebaliknya berkeupayaan dalam mewujudkan ruang untuk sektor-sektor yang seluas mungkin bagi bertemu dan bergabung tenaga dalam perjuangan. Kesedaran bahawa jumlah … Continue reading Marta Harnecker (1937-2019): Intelek yang dedikasikan hidupnya kepada pembebasan rakyat

Pilihanraya Parlimen Eropah: Imbangan kuasa baru dalam Eropah yang berpecah-pecah?

Pilihanraya Parlimen Eropah baru-baru ini menyaksikan penurunan sokongan kepada parti-parti tradisional utama daripada blok berhaluan kanan dan blok demokrat sosial yang berhaluan kiri tengah, sementara blok liberal yang berhaluan tengah, blok nasionalis yang berhaluan pelampau kanan, dan blok politik hijau yang memperjuangkan perlindungan alam sekitar dapat meningkatkan kerusi dalam jumlah yang signifikan. Cabaran untuk blok … Continue reading Pilihanraya Parlimen Eropah: Imbangan kuasa baru dalam Eropah yang berpecah-pecah?

Pilihanraya Sepanyol: Polarisasi kiri-kanan yang ketara

Parti Pekerja Sosialis Sepanyol (PSOE) yang dipimpin oleh penyandang jawatan Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sánchez, sebuah parti berhaluan kiri-tengah yang sudah lama wujud, telah muncul sebagai parti yang terbesar dalam Parlimen Sepanyol, berikutan pilihanraya umum yang diadakan pada 28 April 2019, dengan peroleh undi dan kerusi yang lebih banyak berbanding 3 tahun dahulu. Parti Rakyat … Continue reading Pilihanraya Sepanyol: Polarisasi kiri-kanan yang ketara

“Progressive International”: Gerakan baru untuk sosialisme demokratik di peringkat global

Satu gerakan antarabangsa yang menyatukan aktivis dan organisasi progresif yang berhaluan kiri, telah dilancarkan pada 30 November 2018, dalam satu perhimpunan golongan progresif yang dianjurkan oleh The Sanders Institute di Burlington, Vermont, Amerika Syarikat. Matlamat pembentukan gerakan kiri baru ini adalah untuk melawan kebangkitan politik kanan lampau, xenofobia dan dasar-dasar mencabul hak rakyat yang semakin … Continue reading “Progressive International”: Gerakan baru untuk sosialisme demokratik di peringkat global

Brazil: Pelampau kanan dipilih sebagai Presiden

Keputusan pengundian pusingan kedua Pilihanraya Presiden Brazil yang berlangsung pada 28 Oktober 2018, telah mencetuskan kebimbangan ramai orang di Brazil dan juga di peringkat antarabangsa, kerana negara terbesar di Amerika Selatan tersebut telah memilih seorang Presiden yang paling reaksioner and anti-demokratik sejak peralihan ke demokrasi di Brazil lebih 3 dekad dahulu. Jair Bolsonaro, seorang ahli … Continue reading Brazil: Pelampau kanan dipilih sebagai Presiden

Manifesto Untuk 99% (Gabungan Kiri 2018)

MANIFESTO UNTUK 99% MUKADIMAH Kami, warga tanah air yang dirahmati dengan keindahan khazanah ekologi, warga berbilang bahasa dan tradisi, sama-sama berikrar untuk mendirikan sebuah masyarakat baru yang bertapak di atas prinsip kebebasan, kesamarataan dan kekitaan. Kami berazam untuk menyamaratakan peluang untuk semua kelompok masyarakat; bermula dengan sokongan badan institusi yang akan membebaskan rakyat daripada kemiskinan … Continue reading Manifesto Untuk 99% (Gabungan Kiri 2018)