sanders_keynote_sanders_institute_gathering.jpg

Satu gerakan antarabangsa yang menyatukan aktivis dan organisasi progresif yang berhaluan kiri, telah dilancarkan pada 30 November 2018, dalam satu perhimpunan golongan progresif yang dianjurkan oleh The Sanders Institute di Burlington, Vermont, Amerika Syarikat. Matlamat pembentukan gerakan kiri baru ini adalah untuk melawan kebangkitan politik kanan lampau, xenofobia dan dasar-dasar mencabul hak rakyat yang semakin ketara di peringkat dunia.

Gerakan yang digelar “Progressive International” ini dilancarkan bersama oleh The Sanders Institute dan “Gerakan Demokrasi di Eropah 2025” (DiEM25). Pendukung utama idea untuk mewujudkan organisasi antarabangsa berhaluan kiri ini ialah Bernie Sanders dan Yanis Varoufakis. Sanders ialah Senator AS untuk Vermont yang pernah menjadi calon dalam pemilihan awal Parti Demokratik untuk Presiden AS pada tahun 2016, sementara Varoufakis ialah seorang ahli ekonomi berhaluan kiri yang pernah menyandang jawatan Menteri Kewangan Greece untuk tempoh 6 bulan pada tahun 2015.

Penubuhan Progressive International merupakan satu respon politik dan usaha kiri untuk menewaskan kebangkitan kuasa-kuasa kanan di seluruh dunia dengan membina satu gerakan akarumbi untuk keadilan global.

DtVdWQaWsAAY1LC
Ada Colau (Datuk Bandar Barcelona daripada organisasi politik kiri Barcelona en Comú), Bernie Sanders dan Yanis Varoufakis dalam sesi perbincangan semasa perhimpunan anjuran The Sanders Institute di Burlington, Vermont, AS.

Pada ketika ini, ancaman kuasa populis kanan semakin hebat, dengan satu “Internasional Nasionalis” sedang dalam pembentukan. Jaringan kuasa nasionalis berhaluan kanan ini muncul di peringkat dunia dan merentasi benua-benua utama, dengan ahli politik populis berhaluan kanan mengambilalih kuasa seperti Viktor Orbán di Hungary, Jair Bolsonaro di Brazil, Rodrigo Duterte di Filipina dan Donald Trump di Amerika Syarikat. Gabungan kerajaan pimpinan “orang kuat” berhaluan kanan ini sedang menyekat hak-hak sivil, mengkambinghitamkan golongan minoriti di negara masing-masing dan mempermudahkan perluasan amalan penyelewengan untuk mengkayakan lagi golongan mahakaya yang rapat dengan mereka.

Untuk menghadapi ancaman kuasa yang memecah-belahkan rakyat dunia untuk kepentingan golongan elit politik yang rapat dengan hartawan mahakaya, gerakan progresif yang berhaluan kiri menjadi semakin perlu. Di Amerika Syarikat, Bernie Sanders menyeru untuk “menyatukan rakyat di seluruh dunia” untuk melawan autoritarianisme; di Britain pula, pemimpin Parti Buruh Jeremy Corbyn bertekad untuk membangkitkan semula “tadisi internasionalis yang terbaik dalam gerakan buruh”. Kehadiran Corbyn dalam majlis perlantikan Andrés Manuel López Obrador, seorang ahli politik berhaluan kiri di Mexico, sebagai Presiden Mexico, menunjukkan bahawa solidariti dan kerjasama antara gerakan kiri yang baru semakin berkembang di peringkat antarabangsa.

Menurut Varoufakis, “Fasis berkuasa pada tempoh masa antara perang bukannya dengan menjanjikan keganasan, perang ataupun kem tahanan. Mereka berkuasa dengan bercakap

kepada orang baik… memandang mereka di mata dan berjanji untuk memulihkan kebanggaan mereka… memberi mereka satu rasa kepunyaan terhadap satu janji yang lebih besar, sementara mencipta satu ancaman daripada ‘orang asing’ yang tersembunyi yang dianggap mengancam harapan mereka.”

“Era kita akan diingati dengan kemaraan kemenangan golongan berhaluan kanan yang bersatu secara global – satu Internasional Nasinalis – yang muncul daripada penakung najis kapitalisme kewangan,” Varoukakis menulis, “sama ada ia juga akan diingati dengan kejayaan humanis dalam mencabar ancaman ini bergantung pada kesanggupan progesif di Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, United Kingdom dan juga negara-negara seperti Mexico, India dan Afrika Selatan, untuk membangunkan sebuah Internasional Progresif yang koheren.”

Masa sudah tiba untuk golongan kiri membentuk fron bersama dalam perjuangan untuk keamanan dan kemakmuran dunia. Progressive International bercita-cita untuk menghimpunkan golongan kiri di peringkat dunia untuk bersama-sama merangka sebuah dunia yang kita ingini dan menjadikannya realiti. Ini hanya dapat dilakukan dengan gerakan akarumbi yang memobilisasi rakyat pekerja di seluruh dunia, tanpa memutuskan diri daripada perjuangan setempat.

Golongan kanan populis menghadapi krisis kapitalis dengan mengembalikan pemerintahan autoritarian melalui pengapi-apikan sentimen kebencian, golongan kiri menghadapinya dengan membina solidariti di kalangan rakyat terbanyak untuk perubahan sistem dan membina sosialisme demokratik dari bawah.

Sekadar dasar-dasar reformis adalah tidak mencukupi. Kita perlukan gerakan yang mempunyai visi bersifat revolusioner yang mengubah keseluruhan struktur sosio-ekonomi. Di setiap negara, terdapatnya rakyat yang sedang berjuang untuk kemajuan masyarakat dan kesejahteraan bersama. Golongan progresif yang berhasrat untuk membina masyarakat yang lebih baik ini akan menjadi lebih kuat apabila bergabung bersama dalam satu gerakan yang lebih besar di peringkat antarabangsa. Kita perlu mulakan dari hari ini, usaha kita untuk membina masa depan yang lebih baik.

static1.squarespace.com

Berikut ialah seruan terbuka daripada Progressive International:

Terdapatnya satu perang global yang telah dilancarkan terhadap pekerja-pekerja, terhadap alam sekitar kita, terhadap demokrasi, terhadap tatasusila.

Satu jaringan puak berhaluan kanan sedang bekerjasama merentasi sempadan untuk menghakis hak asasi manusia, mendiamkan suara bantahan, dan menggalakkan sikap tidak bertoleransi. Tidak sejak 1930, kemanusiaan menghadapi ancaman kewujudan sebegini.

Untuk mengalahkan Internasional Nasionalis ini, kita tidak boleh semata-mata kembali kepada status quo yang telah gagal. Globalisasi yang tidak terkawal menjanjikan keamanan dan kemakmuran. Namun, sebaliknya ia mendatangkan krisis kewangan, perang yang tidak patut berkalu, dan perubahan iklim yang membawa bencana.

Masa sudah sampai untuk golongan progresif membentuk gerakan akarumbi demi keadilan global: untuk memobilisasi pekerja-pekerja,wanita dan rakyat yang dilucutkan hak di seluruh dunia di sebalik visi bersama untuk demokrasi, kemakmuran, kelestarian dan solidariti.

Internasional Progresif kita akan mendekati komuniti-komuniti di setiap sudut dunia untuk membantu dalam membina visi bersama kita.

Internasional Progresif kita akan berdiri bersama rakyat yang berjuang untuk menamatkan ketidaksamarataan, eksploitasi, diskriminasi dan kemusnahan alam sekitar.

Internasional Progresif kita akan menuntut semula komuniti-komuniti kita, bandar-bandar kita, negara-negara kita, dan planet kita dengan satu New Deal Antarabangsa yang berani di mana kita akan berkerja, secara bersama, untuk menyampaikannya.

Tiba masanya untuk golongan progresif dunia bersatu.

Hari ini, bagi pihak DiEM25 dan The Sanders Institute, kami mengeluarkan Seruan untuk Bertindak: untuk mewujudkan satu jaringan global bagi individu-individu dan organisasi-organisasi yang akan berjuang bersama demi maruah, keamanan, kemakmuran dan masa depan planet kita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s