Gerakan pekerja abad ke-19 (Siri Revolusi Dunia – 12)

Gerakan pekerja pada abad ke-19 telah meninggalkan warisan penting kepada gerakan pekerja selepasnya, dari abad ke-20 hingga abad ke-21. Banyak pencapaian dan pembaharuan yang dapat dinikmati oleh golongan pekerja di banyak negara hari ini, seperti hak mengundi sejagat, hak berkesatuan, hak untuk perundingan bersama, jam kerja sehari yang lebih pendek, hari rehat pada hujung minggu, kesamarataan gender, pencen warga emas, insurans kemalangan tempat kerja, keselamatan tempat kerja, kesihatan awam yang percuma, pendidikan percuma dan sebagainya, merupakan hasil daripada usaha perjuangan yang dimulakan oleh gerakan pekerja pada abad ke-19.

Vaksinasikan pekerja daripada ancaman virus kapitalis yang zalim dengan solidariti rakyat, demokrasi dan perlindungan sosial (Kenyataan Bersama Parti-parti Kiri Asia Tenggara untuk Hari Pekerja Sedunia 2021)

Kenyataan bersama ini merupakan inisiatif kumpulan-kumpulan Kiri Asia Tenggara, dan disokong oleh organisasi dari dalam dan luar rantau Asia Tenggara. Hari Pekerja Antarabangsa mengingatkan kita mengenai perjuangan kelas pekerja yang belum selesai dan sedang berlaku untuk sebuah dunia yang lebih baik, sebuah dunia di mana seluruh rakyat hidup dalam persekitaran yang bebas, samarata, adil, demokratik, sihat, selamat dan lestari. Usaha sebegini tidak dapat dicapai tanpa solidariti, organisasi dan mobilisasi rakyat pekerja dari bawah secara berterusan untuk memperjuangkan perubahan sosial yang sebenar.

Turki: Penyanyi Kiri meninggal dunia selepas mogok lapar 288 hari, demi hak untuk menyanyi secara bebas

Helin Bölek, seorang pemuzik berhaluan kiri di Turki, telah meninggal dunia pada 3 April 2020, selepas bermogok lapar selama 288 hari. Helin Bölek terkorban dalam perjuangan mempertahankan hak untuk kebebasan menyanyi! Pemuzik muda yang baru berumur 28 tahun ini merupakan mangsa terbaru kezaliman pemerintahan Recep Tayyip Erdoğan di Turki. Helin Bölek ialah anggota kepada “Grup … Continue reading Turki: Penyanyi Kiri meninggal dunia selepas mogok lapar 288 hari, demi hak untuk menyanyi secara bebas

Tumpukan perhatian ke atas rakyat dalam menghadapi Pandemik Global

Berikut ialah Deklarasi Antarabangsa yang dirangka oleh Perhimpunan Rakyat Antarabangsa (International Assembly of the Peoples) dan Tricontinental: Institute for Social Research. Teks asal Deklarasi di sini. SARS-CoV-2 atau COVID-19, yang diisytihar sebagai pandemik global oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sekarang ini, telah mula membawa bencana di sebahagian besar dunia, dengan bahagian dunia yang lain sedang menunggu … Continue reading Tumpukan perhatian ke atas rakyat dalam menghadapi Pandemik Global

Brazil: Lula bebas selepas 580 hari dalam penjara

Selepas ditahan selama 580 hari di bandar Curitiba di selatan Brazil, bekas Presiden Brazil yang berhaluan kiri, Luiz Inácio Lula da Silva, dibebaskan pada 8 November 2019. Lula disambut meriah oleh ribuan massa yang berhimpun di luar bangunan ibupejabat Polis Persekutuan Brazil di mana beliau ditahan. Lula mendapat kebebasan selepas Mahkamah Agung Brazil memutuskan pada … Continue reading Brazil: Lula bebas selepas 580 hari dalam penjara