10 orang lelaki terkaya di dunia telah melipatgandakan kekayaan mereka dalam tempoh masa dua tahun penularan pandemik, sedangkan pendapatan 99% rakyat sedunia telah merosot. Sekurang-kurangnya 21,000 orang mati setiap hari, atau seorang setiap 4 saat, akibat daripada ketidaksamarataan yang wujud di dunia.
Peduli rakyat terbanyak, jangan risau tentang segelintir kecil orang kaya
Rakyat kita sering dialihkan perhatian kepada masalah perkauman, sedangkan masalah yang disebabkan oleh jurang kekayaan yang semakin melebar itu lebih meruncing.
“Pandora Papers”: Satu lagi tsunami pembongkaran maklumat yang tidak mengejutkan
Pembongkaran maklumat dalam Pandora Papers menjadi salah satu daripada bukti bertimbunan yang menunjukkan bahawa sistem kapitalis global pada hari ini masih terus membiak golongan parasit yang mengkayakan diri mereka sendiri dengan cara menyembunyikan kekayaan di tempat berlindung cukai selepas mengeksploitasi golongan tenaga kerja dan memiskinkan lagi golongan miskin. Orang kaya memanggil ini sebagai “pengurusan kekayaan” (wealth management), tetapi realitinya ialah perampasan yang berterusan terhadap masyarakat.
“Squid Game”: Mobiliti sosial yang penuh keganasan dalam kapitalisme
Di sebalik visual yang mempersonakan, adegan aksi yang mendebarkan, jalan cerita yang menarik dan persembahan dramatik untuk tragedi yang menyayat hati, siri drama “Squid Game” cuba meneroka dan mengupas isu-isu sosial yang bukan sahaja menyentuh hati penonton di Korea Selatan, tetapi juga mewujudkan gema dalam kalangan masyarakat umum di peringkat global. Siri drama ini mempersembahkan ilustrasi realiti kehidupan ramai orang pada hari ini: kesusahan hidup dalam sistem kapitalis, perampasan sifat kemanusiaan daripada manusia di bawah suasana persaingan ekonomi, dan percanggahan kelas masyarakat yang membiak pelbagai masalah yang lain.
Golongan terkaya di Malaysia 14% lebih kaya, bagaimana pula dengan rakyat biasa?
50 orang bilionair (semuanya lelaki) yang terkaya di Malaysia dalam senarai Forbes pada ketika ini telah mencatatkan peningkatan jumlah kekayaan mereka sebanyak 14% berbanding tahun yang lalu, walaupun ekonomi negara kita telah mengecut sebanyak 5.6% pada tahun 2020.
Tolak Apartheid Vaksin
Jika kita membenarkan negeri-negeri yang lebih kaya untuk memperoleh vaksin secara sendiri, bagaimana pula dengan negeri-negeri yang lebih miskin dalam Persekutuan Malaysia? Adakah nyawa rakyat di negeri-negeri lebih miskin itu kurang bernilai berbanding dengan penduduk-penduduk di Selangor, Pulau Pinang dan Sarawak?
Virus ketidaksamarataan terus menular di dunia
1,000 orang yang terkaya di dunia pulih daripada kerugian mereka kerana pandemik COVID-19 dalam tempoh hanya 9 bulan, tetapi berbilion-bilion orang yang termiskin di dunia pula perlu mengambil masa lebih 10 tahun untuk pulih daripada impak ekonomi pandemik yang melanda setahun yang lepas. Inilah fakta yang didedahkan dalam laporan Oxfam yang terbaru. Oxfam ialah sebuah … Teruskan membaca Virus ketidaksamarataan terus menular di dunia
Dunia semakin tidak adil: 22 orang lelaki terkaya lebih kaya daripada semua wanita di Afrika
“Ketidaksamarataan ekonomi telah hilang kawalan.” Begitu katanya laporan terbaru terbitan Oxfam yang bertajuk “Masa untuk peduli: Kerja penjagaan yang tidak dibayar dan dibayar gaji yang rendah dan krisis ketidaksamarataan global” (Time to care: Unpaid and underpaid care work and the global inequality crisis). Oxfam ialah sebuah badan bukan kerajaan bantuan kebajikan antarabangsa yang memfokus pada usaha membasmi … Teruskan membaca Dunia semakin tidak adil: 22 orang lelaki terkaya lebih kaya daripada semua wanita di Afrika
Orang miskin bukannya simpan rasa iri hati pada orang kaya, mereka hanya mahukan kehidupan yang memuaskan
oleh S. Arutchelvan Kecaman Mahathir terhadap orang miskin semasa menyampaikan ucapannya dalam program perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri pada 6 Januari 2020, menunjukkan ketiadaan kemanusiaan dalam kenyataannya dan menghina jutaan pekerja dan rakyat yang bekerja keras setiap hari hanya untuk hidup. Hanya seseorang dengan minda Trump akan memuji ucapan yang menghina dan merendah-rendahkan … Teruskan membaca Orang miskin bukannya simpan rasa iri hati pada orang kaya, mereka hanya mahukan kehidupan yang memuaskan
Oxfam: Jurang kekayaan dunia semakin melebar
Pemusatan kekayaan dalam tangan golongan mahakaya semakin serius dengan 26 orang hartawan terkaya di dunia memiliki aset sebanyak yang dimiliki oleh 50% rakyat termiskin di dunia (iaitu bersamaan dengan 3.8 bilion orang). Inilah fakta yang didedahkan oleh Oxfam, sebuah badan amal yang memfokus pada bantuan dan pembangunan antarabangsa, dalam laporan tahunannya tentang pengagihan kekayaan dunia … Teruskan membaca Oxfam: Jurang kekayaan dunia semakin melebar