Virus ketidaksamarataan terus menular di dunia

1,000 orang yang terkaya di dunia pulih daripada kerugian mereka kerana pandemik COVID-19 dalam tempoh hanya 9 bulan, tetapi berbilion-bilion orang yang termiskin di dunia pula perlu mengambil masa lebih 10 tahun untuk pulih daripada impak ekonomi pandemik yang melanda setahun yang lepas. Inilah fakta yang didedahkan dalam laporan Oxfam yang terbaru. Oxfam ialah sebuah … Continue reading Virus ketidaksamarataan terus menular di dunia

Dunia semakin tidak adil: 22 orang lelaki terkaya lebih kaya daripada semua wanita di Afrika

“Ketidaksamarataan ekonomi telah hilang kawalan.” Begitu katanya laporan terbaru terbitan Oxfam yang bertajuk “Masa untuk peduli: Kerja penjagaan yang tidak dibayar dan dibayar gaji yang rendah dan krisis ketidaksamarataan global” (Time to care: Unpaid and underpaid care work and the global inequality crisis). Oxfam ialah sebuah badan bukan kerajaan bantuan kebajikan antarabangsa yang memfokus pada usaha membasmi … Continue reading Dunia semakin tidak adil: 22 orang lelaki terkaya lebih kaya daripada semua wanita di Afrika

Orang miskin bukannya simpan rasa iri hati pada orang kaya, mereka hanya mahukan kehidupan yang memuaskan

oleh S. Arutchelvan Kecaman Mahathir terhadap orang miskin semasa menyampaikan ucapannya dalam program perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri pada 6 Januari 2020, menunjukkan ketiadaan kemanusiaan dalam kenyataannya dan menghina jutaan pekerja dan rakyat yang bekerja keras setiap hari hanya untuk hidup. Hanya seseorang dengan minda Trump akan memuji ucapan yang menghina dan merendah-rendahkan … Continue reading Orang miskin bukannya simpan rasa iri hati pada orang kaya, mereka hanya mahukan kehidupan yang memuaskan

Oxfam: Jurang kekayaan dunia semakin melebar

Pemusatan kekayaan dalam tangan golongan mahakaya semakin serius dengan 26 orang hartawan terkaya di dunia memiliki aset sebanyak yang dimiliki oleh 50% rakyat termiskin di dunia (iaitu bersamaan dengan 3.8 bilion orang). Inilah fakta yang didedahkan oleh Oxfam, sebuah badan amal yang memfokus pada bantuan dan pembangunan antarabangsa, dalam laporan tahunannya tentang pengagihan kekayaan dunia … Continue reading Oxfam: Jurang kekayaan dunia semakin melebar

Kelas

Kelas yang dimaksudkan di sini bukannya bilik darjah/dewan kuliah dengan guru/pensyarah yang mengajar anak murid/pelajar, tetapi kelompok masyarakat yang dibezakan mengikut status sosio-ekonomi mereka, ataupun kedudukan mereka dalam hubungan pengeluaran-pengagihan kekayaan sesuatu masyarakat. Dalam masyarakat primitif, di mana manusia yang hidup secara kelompok itu tiadanya hasil buruh lebihan (surplus), maka tidak perlu wujudnya pemisahan kerja … Continue reading Kelas

(Komik) Gaji dan kekayaan yang dicipta pekerja

Kekayaan yang dicipta oleh pekerja yang dibayar semula sebahagiannya dalam bentuk gaji kepada pekerja. Namun, apabila pekerja dibayar dengan gaji yang rendah, pengagihan kekayaan akan menjadi semakin tidak adil. Maka, jurang antara yang kaya dengan yang miskin turut akan semakin melebar! Tandatangani petisyen “Kenaikan Gaji Minimum hanya RM50 menghina pekerja! Kaji semula kenaikan gaji minimum!”: … Continue reading (Komik) Gaji dan kekayaan yang dicipta pekerja