Dengan pelbagai penjimatan yang dinikmati oleh majikan apabila pekerjanya bekerja dari rumah, maka cadangan MEF untuk memotong gaji adalah hanya untuk memaksimumkan keuntungan dengan merampas hasil tenaga kerja daripada pekerja mereka.
Laksanakan gaji minimum RM1,500 sekarang: Pekerja pembersihan, tukang kebun & pengawal keselamatan bangunan kerajaan mesti diutamakan
Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan yang menganugerahkan tender kepada syarikat bermasalah, tidak boleh mencuci tangan dan meletakkan tanggungjawab pada kontraktor sahaja.
Tolak perang di Ukraine
PSM mengecam pencerobohan tentera Rusia ke atas Ukraine.
Lazada, jangan tindas pekerja!
Pekerja-pekerja penghantaran yang menyumbangkan titik peluh mereka tidak harus dilayan sebagai barangan yang boleh diubah harganya sesuka hati.
Daya tahan lemah Malaysia terhadap banjir: Tiada alasan!
Gabungan Darurat Iklim Malaysia (GDIMY) menuntut pada Kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk mengutamakan ketahanan iklim bagi menangani isu kejadian cuaca ekstrim di negara kita dengan segera bersama dengan penyelesaian konkrit berpusatkan rakyat dan bukan penyelesaian palsu.
Jangan tekan pekerja semasa banjir!
Terdapat pekerja yang merupakan mangsa banjir ditekan oleh majikan dengan paksaan hadir kerja, potongan gaji dan ugutan pembuangan kerja.
Prinsip kesamarataan dan tidak berdiskriminasi ialah nadi hak asasi manusia
Kita menyambut Hari Hak Asasi Manusia pada ketika hak sosio-ekonomi dan politik terus merosot. Rakyat masih dipinggirkan daripada hal ehwal pembangunan negara dan sosio-ekonomi. Hak ekonomi dan sosial seperti perlindungan sosial, air, kesihatan, pendidikan, makanan dan tempat tinggal, masih jauh dari realiti bagi kebanyakan masyarakat terpinggir.
Biar bendera Bintang Kejora berkibar: Solidariti bersama perjuangan Papua Barat untuk menentukan nasib sendiri
Bersempena dengan ulangtahun ke-60 pengibaran bendera Bintang Kejora, marilah kita bersolidariti dengan perjuangan rakyat Papua Barat untuk menentukan nasib sendiri.
Bajet 2022: Pekerja kontrak kerajaan masih dipinggirkan
JPKK kesal dengan pengumuman Bajet 2022 yang nampaknya gagal menghargai jasa pekerja barisan hadapan seperti pekerja pembersihan, tukang kebun dan pengawal keselamatan di hospital dan juga sekolah. Walaupun bekerja dalam ancaman wabak sebagai pekerja lapisan pertama yang terdedah dengan penyakit dan sisa operasi, jasa mereka tidak dihargai, malah keadaan kerja mereka terus terabai seumpama sistem perhambaan moden.
Solidariti bersama perjuangan rakyat Sudan untuk tuntut semula demokrasi
PSM mengecam sekeras-kerasnya rampasan kuasa tentera yang terbaru di Sudan, dan bersolidariti dengan rakyat Sudan yang memperjuangkan demokrasi di negara itu.