Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) menggesa kerajaan untuk segera memperbaiki sistem perolehan tender kontrak perkhidmatan sokongan di bangunan kerajaan, seperti perkhidmatan kawalan keselamatan dan kebersihan di sekolah dan hospital, demi menjaga kesejahteraan pekerja.
Pekerja pembersihan yang tidak divaksinasi mati kerana COVID-19: Kementerian Kesihatan harus bertanggungjawab dan ambil tindakan terhadap majikan yang sebabkan kematian pekerja
Kerajaan harus bertanggungjawab dan mengambil tindakan terhadap majikan yang cuai sehingga menyebabkan kematian pekerja pembersihan kerana dijangkiti COVID-19.
Doktor kontrak berprotes tuntut jaminan kerja
Doktor-doktor kontrak mengadakan aksi protes serentak di hospital-hospital kerajaan di seluruh negara untuk menuntut jaminan kerja.
#CodeBlackMY: Solidariti bersama dengan doktor kontrak yang tuntut jaminan kerja
Isu pegawai perubatan kerajaan kontrak di hospital kerajaan yang menuntut penukaran status kepada jawatan tetap telah menjadi hangat baru-baru ini, dengan kempen tanda pagar #CodeBlackMy menular di media sosial baru-baru ini.
Adakah kilang Infineon (Melaka) mengingkari arahan KKM?
Pemberian kelulusan beroperasi ketika “Lockdown Penuh” kepada Infineon boleh menggagalkan usaha membendung penularan COVID-19.
Masalah serius dalam menangani kes COVID-19 sebelum kemasukan wad
Satu mekanisme yang selamat harus diwujudkan untuk memantau kes-kes positif COVID-19 yang belum lagi dipindahkan ke hospital atau asrama COVID-19. Satu sistem pemantauan yang sesuai akan membantu kita dalam memastikan bahawa mereka yang mengalami keadaan merosot dan mereka yang tidak dapat mengamalkan pendekatan pengasingan yang sesuai di dalam rumah sendiri, akan dapat dimasukkan lebih awal ke dalam kemudahan COVID-19 yang disediakan.
Pekerja pembersihan hospital gesa Menteri Kesihatan hentikan tindakan UEMS yang mangsakan pekerja
Pekerja-pekerja pembersihan hospital menggesa Menteri Kesihatan supaya mengambil tindakan segera untuk melindungi hak pekerja-pekerja barisan hadapan yang menjaga kebersihan hospital dan menghentikan pemangsaan pekerja oleh syarikat Edgenta UEMS.
Iktiraf pekerja pembersihan hospital sebagai frontliner
Kenyataan oleh Kesatuan Pekerja-Pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan Di Hospital-Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia (KPSPSHKSM) Kesatuan Pekerja-Pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan Di Hospital-Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia (KPSPSHKSM) mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk memasukkan pekerja kontrak di hospital kerajaan dalam fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Keputusan kerajaan tersebut jelas menunjukkan bahawa pekerja pembersihan hospital kerajaan juga harus diiktiraf sebagai … Continue reading Iktiraf pekerja pembersihan hospital sebagai frontliner
JPKK gesa Kementerian Kesihatan iktiraf pekerja perkhidmatan sokongan hospital sebagai frontliner
PUTRAJAYA – 3 DISEMBER 2020: Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) menyerahkan satu memorandum kepada Kementerian Kesihatan pada hari ini untuk menggesa pihak Kementerian supaya mengiktiraf perkhidmatan sokongan hospital (seperti pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan) sebagai sebahagian daripada barisan hadapan (frontliner) supaya mereka tidak dinafikan faedah yang diberikan kepada golongan frontliner, menyerapkan semua pekerja perkhidmatan sokongan … Continue reading JPKK gesa Kementerian Kesihatan iktiraf pekerja perkhidmatan sokongan hospital sebagai frontliner
Majikan curi OT dan cuti umum pekerja pembersihan?
Kesatuan Pekerja-pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan di Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia (KPSPSHKSM) membongkarkan bahawa Edgenta UEMS, syarikat yang mengambilalih kontrak kerja pembersihan di hospital-hospital kerajaan di empat buah negeri di Utara Pantai Barat sejak awal tahun ini, masih terus menghakis hak pekerja, dan isunya kali ini ialah bayaran kerja lebih masa (OT) dan cuti umum yang … Continue reading Majikan curi OT dan cuti umum pekerja pembersihan?
