Malaysiakini didenda RM500,00: Kebebasan bersuara terancam

Mahkamah Persekutuan memutuskan pada hari ini (19 Februari 2021) untuk mendenda Malaysiakini sebanyak RM500,000 kerana komen pembacanya dalam rencana yang diterbitkan oleh portal berita tersebut yang dikatakan menghina mahkamah. Keputusan mahkamah ini menimbulkan kerisauan bahawa kebebasan media di negara kita akan dihakis dengan lebih lanjut lagi. Keputusan mendenda Malaysiakini atas pertuduhan menghina mahkamah ini dibuat … Continue reading Malaysiakini didenda RM500,00: Kebebasan bersuara terancam

Sepanyol: Penyanyi rap kiri dipenjarakan di bawah bayangan Franco

(foto: Catalan News) Pada 16 Februari 2021, pihak polis Sepanyol melancarkan satu operasi menyerbu Universiti Lleida yang terletak di wilayah Catalonia, untuk menangkap Pablo Hasél, seorang penyanyi rap yang berhaluan kiri. Penangkapan Hasél mencetuskan protes besar-besaran yang membantah tindakan pihak berkuasa Sepanyol yang menyambung warisan pemerintahan diktator Franco dalam melenyapkan suara kritikan terhadap golongan berkuasa. … Continue reading Sepanyol: Penyanyi rap kiri dipenjarakan di bawah bayangan Franco

Adakah pemimpin nelayan Pulau Pinang dimangsakan kerana bantah penambakan laut?

Nazri bin Ahmad, seorang pemimpin nelayan Pulau Pinang yang lantang bersuara membantah projek penambakan laut yang menjejaskan rezeki para nelayan, telah dimangsakan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dengan digugurkan keahliannya daripada Persatuan Nelayan Negeri Pulau Pinang baru-baru ini. Nazri yang juga merupakan Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Pulau Pinang, telah memperjuangkan nasib para nelayan yang bakal … Continue reading Adakah pemimpin nelayan Pulau Pinang dimangsakan kerana bantah penambakan laut?

3 Mei: Hari Kebebasan Akhbar Sedunia

"Kebebasan adalah sentiasanya kebebasan untuk seseorang yang berfikiran berbeza." - Rosa Luxemburg  3 Mei setiap tahun ialah Hari Kebebasan Akhbar Sedunia. Hari ini disambut sebagai peringatan kepada semua orang tentang kepentingan kebebasan akhbar dan tanggungjawab kerajaan di seluruh dunia untuk melindungi kebebasan bersuara yang menjadi tulang belakang kepada masyarakat demokrasi moden. Dalam satu seminar anjuran … Continue reading 3 Mei: Hari Kebebasan Akhbar Sedunia

14 pertuduhan terhadap Khalid Ismath digugur

14 pertuduhan yang dikenakan ke atas Khalid Ismath sejak tahun 2015 telah digugurkan! Pihak Peguam Negara telah menggugurkan pendakwaan terhadap Khalid Ismath berkaitan dengan tulisannya dalam media sosial yang dituduh menghina Sultan Johor. Khalid Ismath ditangkap pada 7 Oktober 2015 dan didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada 13 Oktober 2015. Sebanyak 14 pertuduhan dikenakan … Continue reading 14 pertuduhan terhadap Khalid Ismath digugur