Dapatkan informasi terkini mengenai Parti Sosialis Malaysia (PSM) sekarang dengan mengikuti saluran Telegram PSM.

==========

(gambar arkib)

Pemuda Sosialis mendesak pembebasan Fahmi Reza

oleh Arveent Kathirtchelvan

Pemuda Sosialis memandang serius terhadap tindakan kerajaan menangkap Fahmi Reza untuk membuat sisatan terhadapnya atas Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia.

Pemuda Sosialis berasa bahawa tindakan kerajaan ini bersifat menindas dan bercanggah dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menjamin kebebasan bersuara kesemua individu di Malaysia.

Kedua-dua Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia sering digunakan untuk menindas individu-individu yang lantang berjuang melawan kerajaan yang memeras rakyat bawahan. Pemuda Sosialis berasa bahawa akta-akta sebegini perlu dimansuhkan.

Dikhabarkan bahawa lebih 20 anggota polis hadir untuk membuat tangkapan di rumah saudara Fahmi sebelum penguamnya hadir, walaupun bukan saudara Fahmi yang memulakan penggunaan #DengkiKe yang menjadi suatu isu besar. Ini jelas menunjukkan bahawa tangkapan saudara Fahmi adalah suatu bentuk intimidasi yang tidak patut dilakukan oleh pihak polis.

Atas sebab ini, Pemuda Sosialis, bersama rakan-rakan aktivis lain, mendesak supaya saudara Fahmi Reza dibebaskan serta merta. Kami akan terus bersolidariti bersama saudara Fahmi sehingga saudara dibebaskan dan akan terus bersuara dalam isu ini sehingga berjaya.

==========

Arveent Kathirtchelvan ialah Ahli Jawatankuasa Pemuda Sosialis PSM.

[Kemaskini: Fahmi Reza telah dibebaskan selepas reman sehari berikutan Majistret menolak permohonan pihak polis untuk meremannya selama 4 hari.]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *