Seseorang yang berada dalam golongan 99% terbawah akan mengambil masa kira-kira 1,500 tahun untuk mengeluarkan karbon yang sama dengan apa yang dikeluarkan oleh golongan bilionair terkaya dalam tempoh setahun.
Banjir di Pakistan: Bencana akibat imperialisme iklim
Negara-negara di Selatan Global yang kurang membangun dari segi ekonomi berbanding negara-negara maju di Utara Global (kerana proses penjajahan kuasa imperialis sebelum ini) sering kali menjadi mangsa kepada krisis iklim yang semakin menjadi-jadi. Ini merupakan manifestasi “imperialisme iklim” dalam abad ke-21.
GDIMY gesa isytihar Darurat Iklim selewat-lewatnya Hari Malaysia 2022
Gabungan Darurat Iklim Malaysia (GDIMY) menggesa kerajaan di semua peringkat, dari Persekutuan hingga ke Negeri dan Tempatan, untuk mengisytihar Darurat Iklim selewat-lewatnya pada 16 September 2022, iaitu Hari Malaysia tahun ini.
Laporan IPCC: Tindakan segera diperlukan sekarang untuk elak malapetaka iklim yang lebih besar
Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Iklim (IPCC) menerbitkan laporan terbarunya, “Perubahan Iklim 2022: Mitigasi Terhadap Perubahan Iklim”, dengan satu lagi amaran kepada kerajaan-kerajaan di dunia untuk mengambil tindakan serta-merta supaya mengehadkan pemanasan global dalam lingkungan 1.5oC sekiranya dunia kita hendak mengelak daripada malapetaka iklim yang lebih besar. Laporan “Perubahan Iklim 2022: Mitigasi Terhadap Perubahan Iklim” … Continue reading Laporan IPCC: Tindakan segera diperlukan sekarang untuk elak malapetaka iklim yang lebih besar
Pemimpin dunia digesa jangan gagal lagi dalam tangani krisis iklim
100,000 orang berprotes di Glasgow pada 6 November 2021, di samping ratusan aksi di seluruh dunia, untuk menyatakan kemarahan rakyat terhadap kegagalan pemimpin-pemimpin dunia dalam menangani masalah krisis iklim secara berkesan.
Laporan IPCC: Kod merah untuk umat manusia hadapi krisis iklim
Laporan IPCC terbaru mengemukakan fakta bahawa secara jelasnya aktiviti manusia telah memanaskan planet Bumi kita pada kadar yang tidak pernah wujud dalam tempoh seratus tahun kebelakangan ini berbanding 2,000 tahun dahulu.
Planet mendahului keuntungan – Hanya satu Bumi
Menghentikan barbarisme kapitalis merupakan tugas utama zaman kita. Kita perlu menamatkan dominasi modal terhadap kehidupan demi mewujudkan sebuah dunia yang adil, egalitarian dan bersemangat, agar kita semua dapat hidup dengan baik dan aman.
Apabila karbon bertemu dengan kapitalisme
Karbon itu ialah kewujudan yang semula jadi, tetapi apabila ia bertemu dengan kapitalisme yang merupakan sistem ekonomi buatan manusia yang berfungsi berlandaskan logik pengumpulan modal secara berterusan, ia mendatangkan krisis kepupusan kepada spesies manusia sendiri! Kita hanya dapat mengatasi krisis yang timbul daripada kapitalisme itu dengan melangkaui kerangka kapitalisme.
Gilgit-Baltistan: Baba Jan dibebaskan hasil daripada gerakan solidariti
Selepas 9 tahun berada di dalam penjara kerana memperjuangkan keadilan untuk mangsa bencana alam, Baba Jan bersama dengan dua orang lagi rakan seperjuangannya yang masih dipenjarakan, Iftikhar Hussain dan Shukoorullah Baig, akhirnya dibebaskan pada 27 November 2020. 11 orang lain yang dipenjarakan pada masa yang sama dengan Baba Jan, juga telah dibebaskan lebih awal pada … Continue reading Gilgit-Baltistan: Baba Jan dibebaskan hasil daripada gerakan solidariti
PSM lancar kempen desak pengisytiharan Darurat Iklim
KUALA LUMPUR - 21 JANUARI 2020: Parti Sosialis Malaysia (PSM) melancarkan kempen baru pada hari ini dalam satu sidang akhbar khas, untuk mengetengahkan isu krisis iklim yang semakin serius dan mendesak Kerajaan Malaysia supaya mengisytihar Darurat Iklim. Pengerusi PSM Dr. Jeyakumar Devaraj berkata dalam sidang akhbar pelancaran kempen ini, “Kita sedang menghadapi krisis iklim yang … Continue reading PSM lancar kempen desak pengisytiharan Darurat Iklim